Lazimnya bila membuat kuih-kuih tradisional seperti onde-onde untuk mendapatkan warna hijau yang cantik, selain menggunakan air kisaran daun pandan pasti akan kita tambahkan sedikit pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang menarik.
Kalau anda sedang mencari mesin pengisar boleh try Primada Smart Cooking Blender, confirm mudahkan anda & berbaloi-baloi.
Pun begitu, bagi wanita ini di mana ibunya telah berniaga kuih onde-onde 10 tahun lamanya ada cara lain yang digunakan untuk mendapatkan warna yang cantik tanpa perlu menggunakan pewarna makanan yang dijual dipasaran.
“Hampir puluhan tahun mek saya buat kuih ondeh-ondeh untuk jualan/tempahan jarang guna pakai pewarna hijau tiruan. Hanya blend daun cekak manis/pucuk manis campur daun pandan sikit,” tulisnya di bahagian caption apabila berkongsi info dan gambar di salah satu group masakan di facebook.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet yang turut teruja untuk mencuba menghasilkan warna semulajadi menggunakan daun pandan dan daun pucuk manis ini.
Cara buat
Blend lepas tu tapis. Bila dah siap akan dapat warna hijau lumut natural. Bau pun wangi. Pucuk manis tu ambik yang betul-betul hijau ya.
Untuk lebih jelas, turut dikongsikan video bancuhan onde-onde.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Merancang untuk membeli rumah untuk tujuan pelaburan mahu pun untuk didiami, itu suatu permulaan yang bagus. Bila niat sudah ada, ilmu berkenaannya kenalah dicari agar serba sedikit kita tahu mana yang terbaik, mana yang boleh dan mana yang harus dijauhkan dalam membuat keputusan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh peguam ini berkenaan urusan membeli rumah subsale atau juga kita panggil membeli rumah second hand. Jom ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini.
URUSAN JUAL BELI RUMAH SUB-SALE BELUM SELESAI, BOLEH TAK PEMBELI NAK MINTAK KUNCI RUMAH UNTUK MASUK LEBIH AWAL?
1. Saya dapati ada pembeli rumah subsale yang kadang-kadang tak sabar untuk mendiami rumah yang dibelinya, walaupun urusan jual beli rumah tersebut masih belum sempurna sepenuhnya.
2. Kadang-kadang baru saja tandatangan perjanjian jual beli (SNP), dah nak mintak kunci rumah daripada penjual.
3. Antara alasan mereka untuk memasuki rumah tersebut lebih awal adalah :
– tuan rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa;
-mereka tiada tempat lain untuk tinggal;
-mereka juga kata mereka dah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya mereka dah ada hak terhadap rumah tersebut,
-mereka kata nak renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah ke rumah tersebut, dan lain-lain alasan lagi.
4. Tahukah anda, dari segi amalan guaman hartanah yang sebenar, dalam urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli, dan pembeli telah menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.
5. Amalan guaman ini biasanya dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
6. Oleh yang demikian, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP dan bertentangan dengan amalan guaman hartanah yang sebenar.
7. Bukan itu sahaja, tindakan pembeli untuk mendiami rumah tersebut lebih awal sebelum milikan kosong diserahkan secara rasmi kepada mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP, juga akan mendedahkan pembeli kepada beberapa risiko kerugian.
8. Antaranya termasuklah:
A. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual.
Bayangkan ketika itu rumah tersebut telah penuh dengan barang-barang pembeli, bukankah ia akan menjadi masalah kepada pembeli untuk mengangkut keluar barang-barang tersebut? Dah lah terpaksa keluar kos untuk angkut keluar barang-barang, malu dengan jiran-jiran pun satu hal jugak.
B. Katakanlah ketika itu pembeli dah buat renovation terhadap rumah tersebut, sekiranya SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala renovation pada rumah tersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak fasal-fasal tuan rumah yang untung akibat ketidaksabaran anda. Dan perlu diingat, anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.
C. Katakanlah berlaku kematian kepada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-waris si mati berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.
Bayangkan ketika itu anda telah mendiami rumah tersebut lebih awal, dan waris kepada penjual pulak ingin menuntut rumah tersebut daripada anda, sudah pasti ianya boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
D. Selain daripada itu, kadang-kadang ada juga rumah yang dibeli itu, tanpa pengetahuan pembeli, dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiami rumah tersebut dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.
Pernah berlaku kes di mana rumah dah “diserahkan” kepada pembeli lebih awal, tiba-tiba rumah kena lelong dan dah ada pembida yang berjaya. Memang bergaduh lah jawabnya antara 3 pihak tersebut; penjual, pembeli dan pembida yang berjaya. Bukankah ini akan menimbulkan masalah kepada semua pihak terutamanya pihak pembeli?
9. Jadi elakkan lah minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.
10. Sebaiknya anda perlu merancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta. Ingat ni drama swasta ke? Sign je SNP terus dapat kunci rumah.
11. Jadi bawak-bawak lah bersabar demi kebaikan anda juga. Kata orang, takkan lari gunung di kejar. Jika rumah tersebut telah ditakdirkan rezeki milik anda, pasti anda akan dapat juga mendiaminya. Yang penting semua pihak selamat kerana mengikut undang-undang yang sepatutnya.
Dalam banyak-banyak biskut,ini antara yang popular dan wajib ada di Hari Raya. Biskut Almond Landon, bukan sahaja anak-anak menggemarinya malah orang dewasa juga dek kerana salutan coklat serta sebiji badam rangup di dalamnya. Memang enak terasa.
Buat yang ingin mencuba menyediakan biskut raya, boleh dicuba dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Alhamdulillah…baru siapkan biskut almond london yang menjadi kesukaan tetamu saya setiap kali tibanya hari lebaran…biskut wajib kesukaan kami sekeluarga juga
Susah nak dapatkan rasa almond london yang betul² sedap jadi resepi ini saya belajar dari kelas yang berbayar…resepi yang amat mudah…jadi hari ini saya nak kongsikan pada semua…saya halalkan…ada kisah sedih disebalik resepi biskut Almond London nie…
ALMOND LONDON
250gm butter
100gm gula aicing
2 biji kuning telor
450gm tpg gandum
Sedikit baiking powder – ayak bersama tpg
1/2 cwn cornflakes dikisar halus
1 st esen vanilla
Buah badam yg dipanggang
Badam cincang utk hiasan disangai
Cara penyediaan :
# Pukul manja butter sedikit kembang.Masukkan gula…pukul lagi.
Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai hidangan ketika cuaca panas tengah hari.
Boleh juga disediakan sebagai hidangan istimewa ketika majlis harijadi, kenduri kesyukuran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.Pasti menarik! Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
1.5 liter air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Cara membuat:
Bersihkan semua bahan-bahan.
Hiriskan lemon nipis-nipis.
Sediakan bekas yang bersesuaian.
Letakkan daun pudina secukupnya.
Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris nipis dan diikuti asam boi putih.
Seterusnya masukkan buah laici atau longan.
Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
Letakkan ketulan ais jika suka.
Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya. Sedia dinikmati!
Info Ekstra:
Jika rasa terlalu manis, boleh juga tambahkan sedikit air mengikut cita rasa masing-masing.
Sumber: Azlita Masam Manis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di