Jangan buat main apabila isteri sedang berpantang. Memang benara beberapa  amalan berpantang ini bagus. Tetapi berpada-padalah, agar tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Sebagaimana perkongsian oleh Dr Hana Hadzrami telah memaparkan gambar rahim yang sihat dan rahim yang terjejas akibat amalan pantang yang terlalu ketat. Semoga


Berpada-Padalah Masa Berpantang, Jangan Sampai Jejaskan Rahim. Doktor Ini Jelaskan Sebabkan
Gambar pertama ialah rahim wanita yang masih subur (pra-menopos).
Berpada-Padalah Masa Berpantang, Jangan Sampai Jejaskan Rahim. Doktor Ini Jelaskan Sebabkan
Gambar kedua ialah rahim wanita yang dah menopos iaitu rahim wanita pasca menopos. Ia bersaiz separuh dari rahim wanita subur. Nampak tak semakin tua bukannya rahim kita semakin mengembang tetapi semakin mengecut. Jika wanita menopos mempunyai saiz rahim seperti wanita subur, ia adalah tak normal, malah boleh menandakan rahimnya berpenyakit (fibroid, kanser). Jadi bagus kah wanita subur ambil suplemen mengecutkan rahim? Kan rahim kecut tu bermakna rahim yang dah menopos?

Ini adalah uterus atau rahim. Gambar pertama ialah rahim wanita yang masih subur (pra-menopos). Gambar kedua ialah rahim wanita yang dah menopos. Perhatikan perbezaan saiznya.

Rahim boleh mengembang hingga memuatkan sebesar-besar muatan (janin, uri, ketuban) sewaktu mengandung dan akan kembali ke saiz normal iaitu 3 x 2.5 inci dalam masa 6 minggu dengan sendiri.

Rahim boleh kembali kuncup ke saiz asal dan keluar bersih darahnya tanpa urutan, bertungku, jamu dan sebagainya. Itulah kehebatan organ ciptaan Tuhan.

Amalan seperi urutan, bertungku dan berbengkung hanyalah untuk memberi sokongan emosi kepada ibu selepas bersalin. Jadi ibu boleh berehat, terasa disayangi dan diberi perhatian.

Namun amalan berpantang yang ketat boleh menjadi pedang dua mata yang memberi tekanan emosi dan fizikal kepada ibu lepas bersalin.

Bukan itu saja, ia berpotensi membawa maut kepada ibu. Menyekat air minuman boleh menyebabkan dehidrasi dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan jamu boleh menganggu fungsi hati ibu dan bayi menyusu serta memburukkan lagi jaundis bayi.

Berbengkung terlalu ketat dan berbaring sepanjang masa boleh menyebabkan pembentukan darah beku seterusnya kematian mengejut.

Berpada-padalah.

Sokongan fizikal dan emosi untuk ibu adalah penting untuk mengurangkan risiko post partum depression dan post partum psychosis.

IKLAN

Jadi berilah sokongan, bukannya tekanan.

 

Orang tua yang sihat ialah mereka yang berpantang sampai ke tua

Berpada-Padalah Masa Berpantang, Jangan Sampai Jejaskan Rahim. Doktor Ini Jelaskan Sebabkan

 

Betul ke orang-orang tua yang berpantang ketat masa muda dulu sihat je sampai ke tua?

IKLAN

Tak betul ya. Ramai je mereka ni datang dengan penyakit berangkai-rangkai. Ada yang rahim jatuh juga walaupun anak tak ramai dan rahim kononnya dah disengkak tinggi. Bezanya cuma ada yang buat pembedahan, ada yang simpan saja sebab malu.

Bagaimana kami tahu? Sebab bila sakit mereka datang jumpa kami. Bukan jumpa makcik bawang. Baguslah, sekurang-kurangnya mereka dapatkan rawatan yang betul.

Orang tua yang sihat ialah mereka yang berpantang sampai ke tua. Mereka makan secara sederhana, makan makanan yang sihat, jaga berat badan dan selalu melakukan aktiviti fizikal seperti berkebun, beriadah dan sebagainya. Tak perlu ambil produk apa pun.

Jadi usahlah menakut-nakutkan ibu-ibu supaya berpantang secara ketat. Yang penting berikan ruang ibu lepas bersalin untuk berehat dan bonding dengan baby.

Jagalah emosi dia jangan sampai tertekan; biar dia sendiri memilih nak berpantang dimana, berapa lama dan dengan siapa. Bukan biar suami atau mertua pilihkan. Yang bersalin tu dia bukan orang lain.

Tak perlu cukupkan 44 atau 100 hari kalau ibu dah sihat dan bersih dari nifas.

Ikutlah keselesaan dia. Tiada data menunjukkan siapa pantang paling lama akan paling sihat. Malah siapa paling cergas dan jaga pemakanan dialah paling sihat.

IKLAN

Minum air secukupnya

Berpada-Padalah Masa Berpantang, Jangan Sampai Jejaskan Rahim. Doktor Ini Jelaskan Sebabkan

Ramai berkongsi kisah pahit berpantang ketat dengan hanya dibenarkan minum air 2 gelas dan makan nasi berlaukkan ikan kering dan bilis saja tiap-tiap hari sepanjang berpantang. Sudahlah lapar, susu tak keluar, sembelit teruk pulak tu!

Ada yang berpantang dengan mertua dengan sangkaan akan dijaga baik, rupanya tak dapat berehat langsung. Tiap kali tetamu datang, ibu kena persembahkan bayi bawa ke luar untuk tetamu tengok.

Disuruh memasak dan hidangkan pada suami walaupun bersalin secara pembedahan. Makanan sendiri disekat pula.

Jadilah kita ibu dan ibu mertua yang berilmu dan bertimbangrasa. Menantu bukanlah untuk diambil kesempatan dan usah merajakan anak lelaki sampai tiada rasa belas ihsan.

 

Semoga para ibu alert dengan amaran ini. Jaga kesihatan diri supaya diri selamat dan kembali sihat.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI