Bersihkan Rumah Pasca Banjir, Pasir Kucing Antara Yang Perlu Ada Untuk Kurangkan Bau Lumpur!

Share

Membersihkan rumah pasca banjir diakui bukanlah kerja mudah, cukup melelahkan. Apatah lagi jika di dalam rumah bukan sahaja ada saki baki air banjir malah ada yang dipenuhi dengan lumpur, sampah dan sebagainya.

Pun begitu, tugas-tugas membersihkan rumah perlu dilakukan segera, semakin lama dibiarkan akan semakin sukar pula jadinya. Lebih-lebih lagi jika ada banyak lumpur, jika dibiarkan bimbang akan mengeras dan kesannya semakin sukar untuk dibersihkan dan rumah akan berbau.

Lantaran itu, sebelum anda memulakan operasi membersihkan, apa kata baca perkongsian daripada Adzmal Abdul Aziz di akaun facebooknya.

Difahamkan ilmu yang dikongsikan ini diperolehi daripada kawan-kawannya yang menetap di Pantai Timur yang selalu menghadapi banjir. Ujarnya, selain water jet, glove, plastik sampah, penyodok air dan safety shoes menjadi antara alatan wajib ada, bahkan pasir kucing juga sangat berguna.

Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya di sini. Semoga bermanfaat!

1. Water jet


Sebab rumah kita penuh dengan lumpur jadi kita kena basuh guna air tekanan tinggi. Mudah kalau ada water jet ni sebab barang rumah kena cuci banyak kali sebab busuk bau lumpur.

2. Penyodok air


Mudah kita nak sodok air lumpur keluar dari rumah.

3. Gloves


Sebab kita nak buat kerja berat jadi lebih selamat untuk semua pakai gloves. Tangan tak luka. Kita taknak cedera pulak masa bersihkan rumah.

4. Safety shoe


Lepas banjir macam macam benda masuk dalam rumah. Jadi untuk elakkan terpijak benda tajam kita kena pakai safety shoe ni.

5. Beg sampah


Ready beg sampah banyak-banyak sebab confirm banyak sampah dalam rumah.

6. Pasir kucing


Pasir kucing ni untuk kurangkan bau lumpur yang busuk tu. Korang letak je dalam bekas dekat beberapa sudut rumah.

7. Freshener


Beli apa-apa jenis freshener supaya bau lumpur tu tak kuat sangat.

 

Sumber : Adzmal Abdul Aziz 

ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

 

 

 

IKLAN