Kreativiti sepasang suami isteri ini membina ‘rumah’ buat bermain dan ruang tidur haiwan peliharaan mereka dengan menggunakan almari pakaian lama meraih perhatian ramai.
tempat yang dahulunya menyimpan pakaian kini bertukar wajah sebagai sangkar si bulus kesayangan mereka.
Berkongsi cerita bersama MStar, Izyan Suraya Khalib @ Khalid berkata, dia membeli seekor kucing betina pada 2012 tetapi ia hilang pada Mei 2021.
“Pada Disember lalu, suami terjumpa seekor anak kucing tanpa ibu di tengah jalan. Ingatkan tak nak bela dah tapi memang niat nak selamatkan sebab kasihan.
“Kucing jantan ini kami beri nama Aegi. Buat masa ini, kami bela kucing kampung seekor saja,” katanya lagi.
Dek kerana mahu memelihara anak kucing itu, justeru sangkar yang sesuai untuk menempatkannya dalam keadaan yang selesa di rumah diperlukan.
“Saya buat survey cari sangkar kucing tapi harga mahal. Bukan tak ada sangkar, tapi yang sedia ada agak kecil.
“Secara kebetulan, kami ada almari yang tidak digunakan lagi. Hari-hari pandang almari tu tiba-tiba datang idea untuk transform jadi sangkar kucing, almari tu pun besar,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.
Tambahnya lagi, almari tersebut sepatutnya dibuang kerana keadaannya tidak lagi sesuai untuk menyimpan pakaian.
“Kami nak buang sebab dah lama, lebih sembilan tahun. Dah sebulan almari tu dikosongkan tapi tak ada sebarang tindakan pun.
“Saya tengok banyak rumah kucing yang luas dan cantik di media sosial. Teringin nak ada ruang besar untuk kucing saya, itu yang kami buat sendiri guna almari,” katanya.
Ads
Izyan dan suami mengambil masa sehari untuk melakukan transformasi membabitkan kos kurang RM150 untuk pembelian bahan dan kelengkapan.
“Memang mencabar nak buat. Kami ingatkan senang je, rupa-rupanya kayu almari di bahagian tengah agak keras dan tebal.
“Kami suami isteri pula bukannya ada pengalaman bertukang, potong kayu ni. Kami buat asal boleh je,” katanya sambil menambah suaminya bertugas sebagai penolong jurutera.
Dalam pada itu, Izyan yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, sangkar kucing tu boleh memuatkan antara tiga dan empat ekor kucing.
“Lepas dah siap, rasa puas hati sangat sebab sangkar tu besar, berukuran 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Saya bersyukur suami sanggup layankan mengikut idea saya.
Ads
“Bahan yang kami guna pun mudah nak cari dan murah. Nak buang almari lama tapi sayang pula, akhirnya kami transform jadi sangkar kucing,” katanya.
Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya sentisa menjadi tumpuan netizen. Sebelum ini si suami Aeril Zafril menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal dengan sebuah kereta. Semalam si isteri pula buat kejutan dengan menghadiahkan kereta Toyota Vellfire kepada suami kesayangannya itu.
Menurut Wawa dalam catatannya di laman istagram, hadiah tersebut adalah sebagai membalas jasa suaminya yang pernah berbuat kejutan yang sama kepadanya sebelum ini.
Wawa memilih kereta rona yang sama seperti yang dipilih suami untuknya sebelum in. menurut Wawa, suaminya itu sebenarnya mengidamkan kereta sport.
“balas jasa suami beli kan i keta haritu .alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki. “
“Walaupun aeril sedih sikit sbb sbnr nya dia nak kereta sport? next year ye syg?tahun ni tahun yg sgt bermakna buat kami. sikit2 impian Allah makbulkan . benarlah kata org rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat & tak pernah salah alamat. Thank U Allah.
noormaziantyWaaahhh cantikk sangatt kereta tu..kami doakn wawa berdua kekal till ke jannah..Aamiin
zara_zararizTu pun dh memadai dh .. moge rezeki kak @ wawa zainal dan @ aeril zafril melimpah ruah ..Aamiin
weeira_adwaiqaalhamdulillah tak sport takpe..asal dpt bawak anak istri jln2 ok lah tu.. tahniah both of u smoga kekal berkasih syg hingga jannah aamiin3
iraayusofAlhamdulillah. Sweet n happy family. Suka tgok wawa’s family. Happy je ?
Baru-baru ini peminat pasangan sama cantik ini dikhabarkan berita gembira yang mana Scha Alyahya kini sedang hamil anak kedua. Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagram Awal Ashaari sempena hari jadinya baru-baru ini. Bukan tu je, Lara Alana, anak sulung pasangan ini turut memuat naik video sambil menunjukkan ujian kehamilan milik mommynya.
Video berdurasi 38 saat itu jelas menunjukkan wajah gembira lara kerana bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
Terbaru, Scha memuat naik sekeping gambar yang dilukis sendiri Lara Alana. We are overwhelmed by the love and support! I would like to THANK to each and everyone of you for your well wishes and prayers Alhamdulillah
First trimester was a bit of challenge, toilet trips all day everyday , social media cleanse, “liquid diet ” nonetheless we are thrilled that our home is expanding by another two feet InshaAllah ! Again, thank your for keeping me and family in your thoughts. It is truly wonderful to hear so much from so many of you. Insyallah, may we all have alot of blessings through days and always. Kami juga mendoakan semoga anda juga dikurniakan apa yang dihajati
Written by Ayaya
Illustrated by @laraalanaa Namun, apa yang melucukan bila mana rata-rata memberi komen berkenaan gambar Scha yang dilukis oleh Lara. syahirashdHahahahhahahaa tengok perut ngandung hahahahahhaaha annafisz78Senaya lara lukis berapa babies tu ,macam banyak je sinarmentariCongratulations ️ Lara is gonna be the most amazing awesome big sister n the coolest one too ️ wig.onlinestore.myKembar 4 ke tu tingginye expectation lara. So cuteee!! Heehe take a good care of urself ayaya! Love ya througheyesofmineFrom the illustration it seems as @laraalanaa expecting Triplets to play with!!! tilam_angel baby twin ke illustrated @laraalanaa tu lyanamasturaaaLara bagi hint lagi ka ni?? shamsinar.amri so sweet lara nye lukisan…smpi 4 baby tu…hehe…semoga dipermudahkan & baik² ajer…aamiinn dhia_saadbnyk nya baby ..mcm Bawa beg plastic noty la @laraalanaa sheril.aidaQuadruplets ke tuuu Lara Alana? Kemain dia request adik ramai2 anyway, semoga dipermudahkan urusan kak Ayaya thefateh79Lara so excited nk dpt adik sbb tu byk babies dia lukis….. Moga dimudahkan urusan @schaalyahya
Andai kata hilang duit RM50 pun kita rasa terkilan, inikan pula nilainya mencecah ratusan ribu ringgit. Seakan tidak mampu untuk membayangkan betapa kecewanya perasaan di hati.
Apatah lagi duit tersebut sebelum ini tersimpan rapi di dalam bank, namun sekelip mata lesap begitu sahaja gara-gara diri terpedaya dengan scammer!
Inilah yang dilalui oleh seorang pesara wanita, terpaksa berputih mata apabila wang sejumlah RM134,503 di dalam akaun miliknya hilang sekelip mata selepas dia menyerahkan maklumat perbankan kepada seorang lelaki yang kononnya pegawai Bank Negara.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di Harian Metro baru-baru ini, di mana insiden malang ini berlaku di Kepala Batas Penang.
Insiden bermula apabila mangsa berusia 61 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa kad kredit miliknya digunakan untuk tujuan pembelian mata wang digital bitcoin melalui tiga transaksi berjumlah RM15,991.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa bagaimanapun menafikan penggunaan kad kredit terbabit selain menegaskan bahawa dia tidak mempunyai akaun wang digital itu.
Gambar hiasan Photo by Marília Castelli on Unsplash
“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai Bank Negara sebelum meminta mangsa memberikan maklumat perbankan membabitkan username (nama penguna) dan password (kata laluan) kononnya untuk tujuan siasatan.
“Mangsa menyerahkan maklumat seperti diminta dan menerima mesej daripada pihak bank bahawa sejumlah RM134,503 dikeluarkan dari akaun miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Gambar sekadar hiasan
Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis semalam berhubung kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!