Membesarkan anak angkat beragama Islam, Chee Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Chee, 83, yang membesarkan Rohana Abdullah, 20, sejak usia dua bulan hingga sekarang mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan kerana keikhlasannya menjaga serta mendidik gadis itu walaupun mereka berlainan agama.
Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Chee yang hadir berkerusi roda ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menjawab ringkas: “Saya sangat gembira (menerima anugerah itu).”
Ads
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Syed Zainal Abidin, 59, berkata pengurniaan anugerah itu memberikan semangat untuk beliau menjalankan tugas seharian yang mencabar.
Ads
“Saya memang suka mengamalkan korporat dakwah dan dengan adanya anugerah ini saya serta rakan-rakan korporat lain akan menggunakan platform sedia ada untuk berbuat baik dalam syarikat dan komuniti sekeliling,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Lima lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul adalah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Datuk Dr Azizan Baharudin, Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9 Ahmad Noor Sulaiman dan Pengerusi Yayasan ZIKAY Mohd Khay Ibrahim.
Ads
Penerima lain adalah aktivis kemanusiaan dan penceramah motivasi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina serta kaunselor berdaftar Hushim Salleh.
Terbaru dalam perkongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi laman instagram, suami kesayangan Datin Dr Halina ini kini sedang berada di Jakarta atas urusan kerja.
Sememangnya , Angkasawan Negara ini sejak dahulu lagi sudah diketahui ramai, seorang bapa penyayang yang membuatkan ramai kagum dengan caranya membesarkan anak.
Tidak hairanlah, dia sedari awal sudah menyiapkan jadual bagi memudahkan isterinya menguruskan anak-anak mereka apabila dia tiada di rumah.
perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata kagum dengan cara Sheikh Muszaphar yang cukup teratur dalam pengurusan anak-anak.
Tak kurang yang terhibur dengan reaksi Dr Halina yang kini sedang bercuti bagi menguruskan anak-anaknya. Dia mengadu terasa mahu demam bila mana dirinya terpaksa mengambil alih tugas suaminya selama ini.
Ekoran kes Covid-19 meningkat baru-baru ini sehingga membabitkan kanak-kanak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa ekoran anak-anak kini sudah memulakan persekolah.
Ekoran daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat.
Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).
“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.
“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.
“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.
Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.
Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.
Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata perkara itu akan dilihat mengikut kes.
“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).
“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya.
Bukan nak menunding jari, cari kesalahan suami, tetapi jika inginkan kebahagiaan keluarga, suami isteri perlu saling melengkapi dalam menguruskan anak-anak. Memang diakui kadang kala, wujud perselisihan faham dalam mendidik anak. Malah kebanyakan kaum ibu sahaja cenderung berminat mengikuti ceramah keibubapaan berbanding kaum suami.
Ikuti penjelasan Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif mengenai kesannya jika suami tidak berminat mengenai ilmu keibubapaan. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat keluarga.
7 Kesan Buruk Bila Suami Tak Ikut Belajar Ilmu Keibubapaan
1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga
– Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut
– Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai
– Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan
2. Suami cenderung gunakan kekerasan & tengkingan
– Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya
– Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda ‘instant solution’ pada masalah anak yang suka meragam
– Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!
3. Suami panas baran
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri
– Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling ‘fragile’ dan lemah ketahanan mindanya!
4. Suami terlupa nak jadi Icon
– Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga
– tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya
– Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!
5. Suami lupa jaga bonding dengan anak
– Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
– Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!
6. Suami cenderung salahkan si ibu
– Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi
– Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?
7. Suami terlalu manjakan anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta
– Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan ( rejection control )
Taufiq Razif Percaya Takkan Jadi Pondan Lelaki Yang Belajar Pasal Anak Anaknya Sendiri
p/s : Tu lah kenapa, kita kena ajak suami kita belajar ilmu parenting bersama sama. Jangan segan nak ajak suami pergi kelas parenting ke seminar keibubapaan ke.
Jika suami isteri, bersam-sama mempelajari ilmu keibubapaan, barulah namanya hubungan suami isteri yang saling melengkapi, baru menjadi sebuah keluarga yang inspirasi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.