Mengamalkan penjagaan kulit wajah tidak semestinya dengan produk yang mahal sahaja. Sebaliknya, bahan-bahan semula jadi juga boleh membantu. Selain itu, menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan juga termasuk dalam list untuk penjagaan kulit. Tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!
Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.
Betik Rawat Kulit Mati
Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikakan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.
Bahan-Bahan:
Betik
Air mawar
Ads
1. Pilih betik yang masak ranum.
2. Lenyek betik sehingga halus.
3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.
4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.
Ads
Rawat Mata Sembab
Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?
Bahan-Bahan:
Kentang
Ads
1. Gunakan ubi kentang yang segar.
2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.
3. Basuh dan bilas muka dengan bersih.
4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.
Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dikatakan sahabat yang baik itu adalah yang akan sentiasa mendoakan sahabatnya walau dirinya berada di dalam keadaan yang sukar dan kesakitan sekali pun. Begitulah dapat digambarkan erti persahabatan Elly Mazlein buat temannya penyanyi Siti Sarah, 37, yang disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini.
Berita dukacita ini dikongsikan oleh Shuib Sepahtu yang memaklumkan isteri kesayangannya itu telah pergi buat selamanya pada jam 5.13 pagi.
Manakala melalui hantaran di instagram, Elly Mazlein menitipkan salam takziah kepada Shuib sekeluarga dengan berita yang menyedihkan itu. Ujarnya, “Al-fatihah. Allayarhamah Siti Sarah Bte Raissudin. Salam Takziah buat Eb sekeluarga. Allah lbih menyayangimu. Jan Sayang Tasya”
Terdahulu dihantaran Ig, Elly Mazlein ada memaklumkan keadaan dirinya yang sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta untuk menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas tahap kesihatannya.
Buat MRI
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina yang sarat hamil enam bulan berkata, dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan namun, memaklumkan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik.
“Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan.
“Sekejap lagi buat MRI. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat, alhamdullah baby sihat (enam bulan),” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.
Terus Doakan Siti Sarah
Dalam pada itu, Elly turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakannya iaitu penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan.
“Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya.
“Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua,” tulisnya lagi.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berbahagianya dapat makan aiskrim ketika musim panas begini bukan? Pasti terasa lega tekak yang kering ini apabila dapat menelan aiskrim yang sejuk. Apatah lagi jika aiskrim itu kaya nutrisi. Jadi tidaklah sahaja dapat hilangkan dahaga, malah boleh juga bekalkan khasiat untuk tubuh badan.
Bahkan kita sebagai ibu pun tidaklah bimbang sangat kalau anak-anak makan terlebih aiskrim tersebut. Maklumlah kita sendiri yang sediakannya, pasti kita hanya masukkan bahan-bahan yang terbaik di dalam penyediaan aiskrim tersebut.
Untuk yang belum pernah mencuba menyediakan aiskrim berkhasiat ini, jom sediakan sepertimana yang dikongsikan oleh MamaD ini.
Melihat bahan-bahan yang dikongsikannya untuk membuat resipi aiskrim itu pun kita sudah dapat bayangkan kesedapan rasanya, tak sabar pula untuk dicuba!
Anak-anak suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confirm mengamok nak aiskrim. Pening kepala mak pak kan nak kontrol. Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yang sihat.
AISKRIM HOMEMADE SIHAT
Bahan-bahan:
1 cawan 1/2 susu segar
1 cawan susu cair
Segenggam badam
Segengam kismis
Sedikit susu pekat( mamaD tak letak, sebab tak nak manis
Perisa ikut suka. MamaD letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pun boleh.
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett
2 Badam disangai atau beli yang siap sedia dimakan, kemudian blend hancur.
3 Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi. Blend sekejap.
4 Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam blender ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 min dan boleh dimasukkan badam yang siap diblend hancur.
5) Sedia dibekukan. Enjoy.
Ekstra info :
*Sebenarnya, boleh je terus diblend dalam blender bahan-bahan tu tanpa alih bancuhan ke dalam pemutar kek. Tapi efek dia kurang gebu sikit la. *Kismis dan badam tu boleh je kalo nk masukkan ke dlm aiskrim secara kasar, tp disebabkan ank mamaD ni kecil lg, sbb tu mamaD blend hancur. ? *Gantikan kismis dgn pisang pon best tau. *Untuk lagi gebu, pukul sebiji telur bersama ovallett sehingga gebu dahulu. Baru dimasukkan susu dan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak hanyir pun.
Ok, enjoy ya. Kita yang dewasa pon berebut aiskrim ni. Lemak manis.
sumber : Miera Irayz Nordin via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masa kita bersama ibu dan ayah tidak lama, masa yang berlalu sangat pantas. Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja mereka sudah berusia.
Menyentuh tentang berkatnya doa dari seorang ibu, nyata ianya tidak sama dengan doa
orang lain. Seramai mana pun orang yang mendoakan kita, doa ibu tetap nombor satu. Doa ibu tiada hijab.
Bahkan kejayaan yang kita perolehi sekarang, yakinlah itu juga restu dan berkat doa daripada ibu kita.
Jadi, selagi ada ibu jagalah dan jangan pernah sakitkan hatinya.
Ingatan dan pesanan ini juga dikongsikan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.