Beza umur 32 tahun bukan penghalang bertemu jodoh-“Ramai ingat isteri saya emak atau mak cik..” Rata-rata ramai yang terkejut apabila tahu hal sebenar. Itu perkara biasa kami lalui sejak berkahwin, tapi saya tak pernah malu kerana apa pun, dia isteri saya dan sangat sayangkannya.”
Beza Umur 32 Tahun Bukan Penghalang Bertemu Jodoh-“Ramai Ingat Isteri Saya Emak Atau Mak Cik..”
Demikian pengakuan jujur Mohamad Nazir Annuar Mohamad Kazri, 29, yang kini menjadi perhatian ramai kerana kisah cintanya bersama isteri tersayang, Salmah Jaya, 61. Lebih menarik, Salmah sebelum ini merupakan ibu tunggal kepada tujuh anak setelah kehilangan suami akibat serangan jantung pada 2016.
Pasangan ini mula dikenali selepas video mesra mereka dikongsi Nazir Annuar di media sosial, namun ada segelintir warga maya menyangka mereka anak dan ibu kerana perbezaan umur yang ketara. Ada juga yang tidak percaya mereka sebenarnya suami isteri sah.
Menceritakan kisah sebenar, Nazir Annuar berkata mereka mendirikan rumah tangga pada 16 April 2022 selepas mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia sememangnya cenderung kepada wanita berusia dan menganggap jodohnya bersama Salmah sebagai satu anugerah.
Katanya, proses memikat hati isterinya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Saya mula stalk, follow dan cuba add isteri di Facebook (FB) sejak 2018 sebab dia nampak comel dan daripada awal memang tahu dia wanita berusia.
“Tapi sebab nak kenal, saya cuba juga dan lama nak tunggu dia terima permintaan saya…isteri pun tak layan saya pada awalnya sampai kecewa.
Ads
“Bukan senang nak ‘mengorat’ isteri kerana selepas dapat nombor telefon pun, saya disekat sampai bertukar nombor telefon untuk cuba hubunginya. Tapi akhirnya isteri sudi berkawan dan pertemuan pertama kami pada 2021 di rumah didiaminya dengan anak,” jelas Nazir.
Selepas pertemuan itu, mereka mulai rapat dan serasi disebabkan beberapa minat yang sama termasuk warna kegemaran dan minat terhadap perkara mistik. Hubungan yang bermula dengan persahabatan itu akhirnya berputik menjadi cinta hingga membawa ke jenjang pelamin selepas setahun berkenalan.
“Keluarga saya tiada masalah sebab semua tahu minat saya cuma anak tiri tak boleh terima pada awalnya kerana usia saya muda.
“Tapi mereka akhirnya lembut hati untuk terima dan paling terharu apabila isteri pun ajak kahwin bagi menghalalkan hubungan.
“Awal perkahwinan kekok juga dan paling tak dapat lupa waktu bermaafan di pagi raya tapi lama kelamaan okay. Cuma isteri berpengalaman jadi dia pernah tegur misalnya bab memasak dan ada masa ‘melantun’ juga mungkin sebab saya suami tapi kini, kami semakin boleh bertolak ansur,” kata Nazir yang kini bekerja sebagai kru katering di pelantar minyak.
Ads
Nazir juga tidak menolak wujud pandangan negatif daripada sesetengah pihak, namun dia memilih untuk tidak melayan kecaman tersebut.
“Tapi saya tak endahkan kerana bagi saya, perkahwinan kami adalah ketentuan-Nya. Jadi tak ada isu pun kerana sejak awal sudah sedia maklum dengan siapa saya berkahwin.
“Soal anak pun bukan masalah kerana tahun pertama kahwin, isteri hamil cuma tak ada rezeki kami selepas dia keguguran.
“Jadi tak ada apa yang saya harap dan doa melainkan dapat jadi suami lebih baik juga kebahagiaan dalam perkahwinan kami,” ujarnya penuh harapan.
Sementara itu, Salmah mengakui dirinya tidak pernah berhasrat untuk berkahwin semula selepas pemergian arwah suami, malah menolak ramai yang ingin berkenalan dengannya ketika dalam tempoh iddah.
Ads
“Waktu dalam tempoh iddah pun, sudah ada lelaki datang nak berkenalan, kebanyakannya umur 30 hingga 40 an tapi saya tak terima ketika itu kerana fikir sudah tak nak kahwin.
“Suami pun umurnya lebih kurang anak jadi berat nak terima awalnya tapi yang buat saya lembut hati bila tengok kesungguhan suami yang sanggup redah motosikal dalam banjir untuk jumpa saya.
“Anak mulanya susah nak terima dan saya pun tak pernah pujuk tapi mereka akhirnya akur kerana enggan saya menangis sebab tak bahagia.
“Pernah juga tanya suami, tak malu ke jalan dengan saya dan katanya tiada apa nak dimalukan. Sebagai wanita, saya bersyukur dapat pasangan sepertinya dan berdoa semoga jodoh kami berpanjangan,” ujar Salmah dengan penuh rasa syukur.
Pasangan unik ini membuktikan bahawa cinta sejati tidak mengenal usia, dan yang paling penting adalah keikhlasan, kesungguhan serta kesetiaan dalam perhubungan.
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya menderita sakit, ditambah pula dalam usia yang masih kecil. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kepiluan di hati seorang ibu sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bak minyak yang penuh kini terbaring kaku akibat koma selepas terjatuh dari motosikal jumaat yang lalu.
Amiera Zulaika, 6 dikatakan baru pulang dari sekolah dijemput oleh ibunya dengan motosikal. Ketika dalam perjalanan pulang itu, mangsa dipercayai tertidur lalu terjatuh dan menyebabkan pendarahan yang banyak keluar dari telinga dan hidung mangsa.
“Pada hari kejadian, dia tertidur dan terjatuh dari motosikal. Banyak darah keluar dari mulut dan hidungnya.
“Masuk darah 9 beg. Kelmarin buat pembedahan baiki rahang. Tapi masih belum sedarkan diri dari koma dan bergantung kepada bantuan mesin oksigen. Tapi hari ini doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah.
“Pagi tadi doktor nak cabut wayar oksigen tetapi ibu dan ayah dia tak bagi, tunggu dulu. Kalau cabut, dia akan tinggalkan kami semua. Sekarang ada di ICU Hospital Kajang.
“Mohon doakan kesembuhan buat Amiera Zulaikha. Keadaannya masih tidak stabil. Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu, ibu mangsa, Amereza Zaameer melalui Facebooknya berkata, dia reda dengan apa jua ketentuanNya.
“Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah. Terima kasih Ika atas kenangan terindah Ika bersama kami. Rehatlah Ika, Umie dan Abie sayang Ika Ya Allah, aku mohon kekuatan Ya Allah,” tulisnya.
Semoga keluarga ini diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan berat tersebut.
Bermula 13 April, umat Islam mula menunaikan ibadah berpuasa di dalam bulan Ramadan. Termasuklah anak-anak yang sudah memulakan pengajian baik di sekolah rendah mahupun menengah. Berpuasa dalam situasi covid-19 ini mungkin sedikit berbeza pendekatannya.
Tidak hairanlah ada antara rakan-rakan bukan muslim ada yang tidak faham dan pelik, kenapa rakan-rakan muslim mereka tidak makan ketika waktu rehat.
Itulah situasi yang dialami sendiri oleh anak Dato’ Lee Chong Wei, Kingston. Kisah tersebut dimuat naik bekas pemain badminton nombor satu negara ini menerusi laman facebooknya.
“Papa, I ada soalan nak tanya” ditanya anak saya dalam perjalanan dari sekolah tadi.
“Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa ?” Muka anak terus muram bagai kaca ditimpa batu.
Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung “Pastu I pon dinasihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa salah say a, papa?”
Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.
“koko @kingstonleekc , you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain. ”
Sulung yang kini dah 8 tahun sudah start menunjukkan sikap memberontak. “Kenapa kena bertolak ansur ? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal” .
Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo terus melanda ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni.
Sulung pun menangis bertanya sebab. “Kalau kita tak bertolak ansur, koko tidak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tak bertolak ansur, koko main mercun semasa New Year mestinya dimaki. Jika tidak hormat, kawan India buat perarakan Thaipusam semestinya dihalang. Andainya tidak menghormati sesama lain, tak mungkin shopping mall KL ada Christmas tree masa Christmas”, jawabnya saya.
“Kita menang bola dan Thomas Cup pun sebab kita bertolak ansur dan bersatu padu”, disambung saya.
Dengan muka menyesal, pendek sahaja jawapan anak saya “Saya mahu berkawan baik dengan Amli dan Syihan” .
Itulah cerita hari ni. Saya Chong Wei dan Mew Choo sekeluarga ingin memohon-maaf dan mengucapkan Selamat Berbulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Have a blessed puasa month.
Batu Covid pasti berudang, Diharap bersabar sesama sembahyang; Petunjuk Ramadhan moga diundang, Semoga Raya di kampung tersayang.
Akhirnya persoalan terjawab sama ada sekolah diteruskan atau sebaliknya setelah penularan kluster sekolah.
Ekoran penularan itu di beberapa buah negari hingga negeri Selangor hari ini terpaksa menutup 79 buah sekolah akibat pengesan jangkitan covid-19.
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia semakin matang menghadapi situasi Covid-19, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Jidin telah mengumumkan operasi persekolahan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara di tutup selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.
“Petang tadi saya berkesempatan bertemu pengamal media bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan KPM.”
“Antaranya adalah mengenai cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas cuti perayaan nanti.”
“Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.”
Katanya lagi, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.
Tegasnya, dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.
Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.
IBU BAPA TARIK NAFAS LEGA
Melihat kepada ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa syukur dengan keputusan bijak dan tepat pada masanya.
Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di