Alangkah bertuah menantu dan mentua yang hubungannya sentiasa wangi dan mesra. Dan betapa pedihnya bagi mereka yang hubungannya sentiasa panas dan meruncing.
Apabila menantu dan mentua tidak sebulu, orang lain dalam keluarga akan turut sama merasakan tempiasnya,
Gambar sekadar hiasan
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan. Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
Ads
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
gambar sekadar hiasan10 cara jadi menantu favourite!
Ads
Selalu senyum
Apabila berdepan dengan ibu mertua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang ibu mertua terasa hati walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira.
Elak masuk campur
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlaku itu tidak bertentangan dengan syariat. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah, ia akan memakan diri anda sebagai menantu. Jadi, berbaik-baiklah dengan mertua dan ipar-duai yang lain.
Murah hati
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya perlu bermurah hati misalnya belikan ibu mertua hadiah, pakaian atau paling kurang barang keperluan rumah. Anda juga boleh beri wang kepadanya untuk dia berbelanja.
Ringan tulang
Ingat, di rumah mertua anda perlu ringan tulang! Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera bantu ibu mertua di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Anda juga perlu tunjuk skil memasak dan soal sedap atau tidak itu bukan keutamaan. Yang penting anda rajin ke dapur.
Selalu minta pandangan
Sebagai ibu, hati mana yang tidak gembira jika anak menantu selalu menghubungi atau menziarahinya. Selain bertanya khabar, sebagai menantu anda juga boleh bertanya pendapatnya tentang sesuatu perkara misalnya yang melibatkan anak-anak anda yakni cucu-cucunya. Sesekali anda juga boleh bertanya resipi kegemaran suami anda yang juga anak kesayangannya. Pasti ibu mertua anda gembira.
Ads
Usah cemburu dengan ibu mertua sendiri
Asyik anda sahaja layan suami! Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Bukan setiap hari ibu mertua anda berpeluang layan anak lelakinya seperti zaman bujang mereka dulu. Jadi biarkan jika ibu mertua manjakan suami anda. Cemburu biarlah bertempat!
Jaga air muka suami
Isteri yang baik dan bijak adalah isteri yang pandai menjaga aib suaminya. Jadi, elakkan memarahi suami di depan ibunya walaupun apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda depan ibu mertua! Usah sesekali memperkecilkan suami di depan ibu mertua anda dan adik-beradiknya yang lain. Ini boleh memberi gambaran positif pada ibu mertua anda bahawa anda seorang yang sangat menghormati suami.
gambar sekadar hiasan
Jaga percakapan
Usah biarkan kerana mulut badan binasa! Jika anda seorang yang dikategorikan sebagai ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Dan pastikan anda sentiasa alert apa yang bakal diperkatakan anda, bimbang ia mengecilkan hati ibu mertua. Fikir sebelum bercakap!
Dahulukan dia
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan ibu mertua anda dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh mudah, apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak-anak tidak mengapa.
Puji suami anda
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi, anda perlu selalu memuji kebaikan suami anda di depan ibu mertua. Sesekali ucaplah begini, “Syukur sangat Allah beri suami sebagai jodoh saya. Pandai sungguh mama didik dan ajar dia. Saya rasa sangat beruntung dapat suami macam dia”
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2016 & Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat berbuka seisi keluarga bersama pastinya menjadi momen yang cukup indah dan bermakna kan. Lagi-lagi dengan sitausi sekarang ini, nak berjumpa pun susah. Untunglah bagi mereka yang tinggal berdekatan boleh bersua muka dan meraikan hari yang mulia ini bersama-sama.
Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini cukup sibuk dengan urusan kerja masing-masing, namun tetap juga mereka mencuri masa untuk berbuka bersama keluarga.
Sememangnya sejak awal berkahwin sehingga menimang cahaya mata, Nur Fazura dan fattah Amin cukup mesra dan rapat dengan ahli keluarga mereka.
Terbaru, pasangan sejoli ini dilihat berbuka puasa bersama keluarga Fattah.
Apa yang menarik perhatian menerusi perkongsian itu adalah hubungan mesra antara menantu dan ibu mentua.
Fazura sejak dahulu lagi memang dikenali seorang yang lemah lembut dan cukup mesra orangnya, patutlah dia mudah rapat apatah lagi orang itu adalah ibu kepada suaminya.
Menerusi satu instagram kelihatan Fazura berkongsi momen bersama keluarga mentuanya dalam satu majlis berbuka puasa.
Selain menikmati juadah berbuka, kelihatan Fazura mengusik ibu mentuanya yang sedang makan bersama. Ibu mentuanya hanya tersebyum manis melayan gelagat menantunya.
kedengaran usikan manja dari Fazura terhadap ibu mentuanya yang cukup sporting melayan menantu kesayangannya itu.
Nampak mesra dan sweet menantu dan mentua ini. Bukan selalu dapat meluangkan masa bersama begini kan, bila ada peluang bergurau dan makan bersama mengeratkan lagi kasih sayang.
Di sebalik kecantikan dan keindahan bunga ros, sebenarnya banyak khasiatnya dalam penjagaan kecantikan. Bahkan mungkin ada yang tidak tahu, apabila kita jadikan bunga ros ini sebagai minuman untuk seisi keluarga, khasiat dan manfaatnya boleh dinikmati bersama. Dikatakan badan lebih segar dan paling penting awet muda.
Oleh itu, jom kita ketahui cara dan teknik menggunakan bunga ros ini untuk tujuan penjagaan kecantikan yang telah dikongsikan oleg rakan kita di media sosial.
CANTIK DENGAN BUNGA MAWAR HANYA RM1 SEMINGGU
Bahan-bahan:
Bunga ros RM1, air, gula, bekas
Cara penyediaan:
1. Bunga ros dicuci bersih
2. Rebus sampai warna ros dah pucat
3. Api kecik je
4. Dah siap, tunggu sejuk sikit baru masuk bekas
1. Untuk muka/rambut letak kt botol spray
2. Untuk minum, tambah gula sesudu, letak peti ais, minum setiap pagi
sumber : Lynn Khalid
Manakala apabila ditinjau di media sosial instagram, beautyshop95_bynurul pula telah berkongsi cara untuk menyediakan kiub ais dengan menggunakan bunga untuk digunakan sebagai perawatan wajah agar nampak berseri.
Bahan-bahan:
Air mawar
Ros Essential Oil
Kelopak bunga
Air yang telah dididihkan 2-3 minit.
Cara buat :
Satukan semua bahan di dalam bekas.
Kemudian masukkan ke dalam bekas kiub ais.
Bekukan dan sedia untuk digunakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daging kambing juga mengandungi lemak tak tepu berbanding daging lembu. Lemak tak tepu ini lebih bermanfaat untuk kesihatan berbanding lemak tepu. Sebenarnya kandungan lemak daging kambing 8,5 kali lebih rendah daripada daging lembu.
Selain itu, daging kambing juga mengandungi protein yang tinggi. Namun ada yang mengatakan pengambilan daging ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Sebenarnya itu sekadar kepercayaan masyarakat. Jika betul sekali pun , mungkin disebabkan oleh pengambilan protein (dalam daging kambing) yang terlalu banyak.
Bagi anda yang mengalami masalah sakit kepala selepas mengambil daging ini, jangan beranggapan ia ada kaitan dengan faktor kolesterol yang tinggi.
Sebenarnya rasa pening kepala itu terjadi kerana tindak balas daging kambing itu yang mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.
Kolesterol kambing boleh menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolesterol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolesterol tepu akan menyebabkan isi padu darah meningkat.
Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isi padu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.
Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolesterol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak.
Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing.
Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Khasiat dan kelebihan daging kambing:
• Mencantikkan Kulit
• Vitamin C semula jadi yang tidak dioksidakan juga terdapat dalam daging kambing.
• Vitamin C tidak dioksidakan amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit.
• Vitamin C yang tidak dioksidakan akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah dioksidakan dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga.
Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing ialah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Sumber: Sempoimedia.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.