1001 kisah PRU 15 yang diadakan pada 19 November 2022 terus menjadi perbualan rakyat Malaysia dan juga dunia. Sehingga hari ini pembentukkan kerajaan masih dalam tanda tanya.
Rata-rata membuat pelbagai andian dan menunggu dengan penuh debaran. Apa yang pasti, rakyat sabar dan tenang dengan segala keputusan yang bakal diumumkan nanti.
“Bersabar, terima keputusan rakyat. Terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong. Tolong rasional dan kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini. Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada semua rakyat Malaysia agar dapat memberi masa untuk Seri Paduka Baginda membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10.
Setakat ini, Seri Paduka Baginda tidak dapat mendedahkan sebarang kenyataan kerana belum menerima makluman terbaharu.
Patik sekalian mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kebijaksanaan dan bimbingan oleh Allah SWT dalam membuat keputusan yang terbaik buat Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Ads
AGONG SANTUNI MEDIA
Terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan berangkat menyantuni pengamal media yang berkampung di Pintu 2 Istana Negara sejak pagi hari ini.
Ads
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan bungkusan makanan kepada kira-kira 150 pengamal media yang bertugas membuat berita berkenaan pembentukan Kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10 pasca PRU-15.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar rakyat bersabar dan bertenang dalam kemelut politik yang berlaku ketika ini sehingga keputusan dicapai.
Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.
Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan pada setiap tahun. Namun masih terdapat mereka yang tidak tahu tentang pembahagian daging yang betul.
Menyentuh tentang agihan daging korban dan memberi lebih kesedaran dan penerangan tepat, mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ada berkongsi info di akaun fbnya.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Siapa yang tak kenal dengan pasangan ‘gila-gila’ dan boleh dianggap loving couple ini. Karekter sang suami juga turut mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.Bagi Eira, sepanjang perkahwinannya yang dibina bersama Azad sejak 16 September 2011, pasti ada turun naik
“Awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu kalau suami balik lewat contohnya. Cuma lama lama kita susah mula faham rentak suami. Perasaan risau dan tak yakin itu sudah kian terhakis. Cuba elak daripada fikir bukan bukan. Kepercayaan jadi teras utama.
“Apabila hidup bersama kita mula tahu sisi baik dan buruk pasangan. Kena terima, hadap dan biasakan. Saya dulu sebelum kahwin lebih serius dan dramatik. Tapi dapat pula suami yang gila gila dan penuh humor, saya mula mengikut rentaknya. Tahulah perangai dia macam kita tengok di Instagram bagaimana pula. Ada saja modal lawak dan usikan buat kita ketawa sampai terbahak bahak.
“Lebih utama apabila berkahwin, kita juga kena akrab dengan keluarga mentua. Ibu mentua pun saya sudah anggap ibu kandung sendiri. Adik lelaki nya pun sudah jadi seperti teman BFF saya,” katanya.
Eira juga mengakui kehadiran tiga anak perempuannya, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan
Areisya Suri Rose, 2 sudah mencukupi jadi pelengkap rumah tangga mereka.
“Tapi saya tahu suami memang kalau boleh nak anak lelaki pula. Saya dalam hal ini hanya berserah. Kalau ada rezeki hamil, saya tak tolak. Ikut hati cukuplah tiga anak perempuan.
“Cuma apabila bersalin ketiga anak itu dengan cara pembedahan, doktor memang minta jarakkan tempoh masa kalau nak hamil lagi,” katanya.
Sementara itu, Azad mengakui niat bersanding balik itu sudah lama terpendam.
“Tapi saya lihat angka kesembilan dengan tiga anak ini waktu terbaik untuk realisasikannya. Memang teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan izinkannya, dengan syarat kena bersanding dengan orang sama iaitu dengan dia.
“Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,” katanya.
Kata Azad, apa yang dilakukannya juga sebagai menghargai Eira.
“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.
“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kejang beberapa kali akibat demam sawan. Namun, dengan tindakan segera dengan membawa ke hospital dapat menyelamatkan anak daripada komplikasi.
Begitulah detik cemas yang dilalui oleh seorang ibu menerusi facebooknya, Cik Puan Ammy. Beliau tidak menyangka anaknya yang aktif mendapat demam sawan. Kesempatan ini juga, turut berkongsi panduan jika mengalami situasi anak demam sawan.
KRONOLOGI ANAK KENA SAWAN
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yg mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos 2019 adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Biasanya demam tak lama akan kebah
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Malam sebelum tidur tetap aktif
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi. Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Seluruh badan kejang
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap.
Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai.
Ya Allah… Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang. Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami.
‘Tolong tuan, anak saya sawan..’
Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit “tolong tuan… Anak saya sawan…” Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya.
Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’. “Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Zon merah
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang.
Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi.
Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya. ” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…” Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.
Bilik kecemasan selama 1 jam
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya. Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
SAWAN DEMAM Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure) Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam. 2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam. Tanda-tandanya… 1. Badan terasa panas. 2. Badan dan kaki tegang. 3. Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan. 4. Mulut berbuih. 5. Terberak atau terkencing. 6. Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif. 7. Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan? 1. Ibu dan ayah perlu bertenang. 2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri). 3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar. 4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk. 5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan. 6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan. Berikan ubat2an seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi. Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…” Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi…
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.