Kasih sayang bukan terhad kepada manusia, tetapi semua makhluk yang dicipta olehNya.
Begitu juga kisah yang menjadi tular baru-baru ini mengenai kasih seorang ibu tunggal yang sanggup berpanas melakukan perkerjaan demi 50 ekor kucing yang dibelanya.
Sesungguhnya, sikap yang ditunjukkkan oleh wanita ini menggambarkan bahawa hidup ini tiada sempadannya dan perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Ads
Dan kita perlu juga sedar hakikat bahawa ada pahala membela haiwan kesayangan Rasullullah SAW. Sungguh inspirasi cara wanita ini.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Mak cik Endon memberitahu usia yang telah menjengah 50-an bukan alasan baginya untuk hanya mengharapkan bantuan sahaja, tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Dia yang merupakan seorang ibu tunggal telah melakukan pekerjaan tersebut sejak tiga tahun lepas, dan hanya memperoleh kira-kira RM30 sehari. KASIH PADA KUCING Mak cik Endon yang tinggal berseorangan di Kuantan selepas anak-anaknya mengikut bekas suami, memberitahu kehidupannya hanya ditemani 50 ekor kucing yang dibelanya. Kasih sayang terhadap haiwan peliharaannya, terpancar apabila dia akan membawa gegantung setiap kali bekerja bagi memberi kesadaran kepada orang awam tentang sifat menyayangi kucing. Mak cik Endon juga menjelaskan, dia tidak malu untuk memakai maskot walaupun dibasahi terik matahari, kerana dia perlu menyara 50 ekor kucing yang menjadi peneman hidupnya.
Ads
TIADA HAD BAYARAN
Ads
Kata Mak Cik Endon lagi, setiap pengunjung yang datang ke pantai Teluk Cempedak akan bergambar dengannya, dan dia tidak menetapkan apa-apa bayaran tertentu. Namun hanyalah sumbangan seikhlas hati kepada yang ingin mengambil gambar bersamanya. “Mak cik tidak malu memakai maskot dan tetap berjalan di sekitar kawasan ini untuk mencari pengunjung yang mahu bergambar. Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggal 20 Ogos yang lalu, anak kepada CEO syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes, yang dinamakan Aliyah Ena Fernandes telah genap setahun.
Disebabkan baby Aliyah berdarah kacukan Korea, Tony dan isterinya, Chloe Kim, telah mengadakan sambutan sederhana bagi merai hari kelahiran anak mereka mengikut adat tradisi Korea. Tony dan keluarganya dilihat memperagakan pakaian tradisional Korea iaitu “hanbok” dengan tema warna putih pink yang cantik sekali.
Apa yang lebih menarik berkenaan sambutan ulang tahun tersebut, adalah berkenaan adat tradisi Korea iaitu “Doljanchi”. Semasa aktiviti ‘Doljanchi” berlangsung, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pilihan lain yang mewakili makna berbeza. Objek pertama atau kedua yang dipilih dipercayai ‘mungkin’ mewakili kerjaya mereka di masa hadapan.
Antara objek di dulang untuk dipilih adalah bola, mikrofon, palu kayu hakim dan banyak lagi. Adakah baby Aliyah akan memilih objek yang berkaitan dengan perniagaan penerbangan seperti kerjaya bapanya? Jawapan dia tidak. Baby Aliyah memilih mikrofon! Mungkin baby Aliyah akan menjadi penyanyi atau pengacara yang terkenal satu hari nanti.
Tony Fernandes turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smart Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”
Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan itu, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza. Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai ‘mungkin’ mewakili kerjaya masa depan mereka.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih mikrofon sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Sebagai info, Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi dan hiburan kepada anda semua dan kami berharap agar baby Aliyah akan kekal bahagia tanpa kira apa kerjaya sebenarnya nanti.
Sumber: Astro Awani
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan.
Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Jom praktik kan petua ini.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.
3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.
Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.
Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life”
Dah settle satu masalah, sekarang aku dah boleh fokus kerja.
_____________________
Sumber : FB OH MEDIA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Impian semua orang untuk memiliki rumah idaman untuk keluarga. Ia menjadi ruang untuk kita menjalani kehidupan seharian bersama pasangan dan anak-anak. Oleh itu, ramai yang akan dekorasi rumah agar kelihatan cantik dan kemas.
Namun, bajet yang murah tidak bermakna dekorasi tidak menyerlah. Bajet biasa-biasa pun mampu membuatkan rumah kelihatan ‘wow’!
Nak dekorasi rumah kena ada perancangannya. Nak tahu caranya jom ikuti perkongsian puan Nurlia Mohd Nor yang menyediakan beberapa tip berguna untuk dijadikan panduan.
DUA PERKARA PENTING SEBELUM DEKORASI RUMAH
Ada yang pm saya bertanyakan pendapat mengenai tips nak deko dan mengemas rumah.
Secara jujurnya saya bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ini. Cumanya kalau setakat berkongsi pengalaman tu boleh la.
Ada 2 perkara penting yang kena ambil kira sebelum nak mendeko rumah:-
1) BAJET/ kemampuan kita. Jangan ikut ‘selera’, tapi ikutlah kemampuan supaya tak pening kemudian hari.
2) Apa yang kita SUKA, bukan apa yang orang suka. (warna, tema dan sebagainya). Kita yang nak tinggal dalam rumah tu so kita sendiri decide.
Dua ni saja cukup, kita dah pun boleh mula mendeko dan mengemas rumah dengan tenang.
Saya mengimbau kembali waktu beli rumah ni dulu. Kami sign agreement pembelian rumah ni pada tahun 2014. Dari duit simpanan bisnes yang ada pada waktu itu saya spend untuk beli barang elektrik dan perabot.
Kami suami isteri memang dah plan dari awal. Ada barang dari rumah lama kami bawa, ada juga barang yang kami jual dan tinggal saja di sana untuk penyewa guna.
Kebetulan awal tahun 2015 ada satu kedai elektrik/ perabot ni buat sales. Saya beli jugak walaupun rumah belum siap. Hahaha.
Saya minta kedai tu simpan barang- barang yang kami beli sehingga rumah siap. Syukurlah boleh kawtim. Dalam setahun lebih juga dia simpan. Waktu tu kami beli:-
– Mesin basuh ruang atas
– Peti sejuk
– Hood dapur
– Dapur memasak
– Rice cooker
– Katil
– Sofa
– Meja makan
– Oven
– Microwave
Dan adalah beberapa barang lain.
Setel 1 bab..
April 2016 barulah dapat kunci rumah. Benda pertama yang kami buat adalah pasang grill, lampu, kipas, ceiling plaster dan kabinet dapur. Ni bagi saya penting.
Kalau yang berhajatkan ceiling plaster ada di rumah memang kena buat yang ni dulu memandangkan habuknya tersangatlah azab nak cuci. Kalau dah masuk barang baru nak buat memang letihla.
Mau berhari- hari nak hadap kerja mencuci. Silap silap boleh demam sebab habuk dia lain macam. Tapi kalau taknak buat, abaikan.
Kalau ikutkan keinginan kabinet dapur siapa taknak yang cantik kan. Tanyalah mana- mana wanita mesti ada impian nak memiliki dapur idaman. Saya survey harga untuk solid wood (nyatoh), 3G/4G glass door dan bermacam- macam lagilah. Kalau ikut selera memang nak nyatoh. Masa tu dalam kepala nyatoh kelabu/ dark blue. Hahaha.
Tapi…
Kalau dibanding rm7k dengan rm20-30k ternyata jauh sangat beza. Boleh guna duit tu untuk buat benda lain pada waktu itu. So kami pilih yang mampu milik. Alhamdulillah dah 6 tahun pun tinggal di rumah ni.
Boleh kata hari- hari masak, kabinet dapur masih elok macam dulu. Yang penting mahal ke murah penjagaan kena ada. Kalau mahal tapi tak jaga akan jahanam juga kan..
Selepas 3 tahun tinggal di sini barulah pelan pelan upgrade. Tak semua buat sekaligus. Pasang awning di porch, di balkoni, buat loteng di hall atas dan sebagainya. Awning pun yang biasa saja. Dua awning atas bawah tak sampai rm5k tak silap.
Bab deko dalam rumah pula ikutlah apa yang kita suka. Nak cat warna kuning, silakan. Nak cat warna hijau, silakan. Nak cat warna hitam pun silakan. Yang nak tinggal lama dalam rumah tu kita. So buatlah ikut apa yang kita suka.
Cuma yang penting kebersihan dan kekemasan dalam rumah kenalah jaga supaya sedap mata memandang. Yang ni kenalah konsisten. Jangan masuk rumah baru sebulan dua je ok, kemudian dah tunggang langgang. Habit/ rutin mengemas tu kena jadikan aktiviti harian barulah semua akan ok sampai bila- bila.
Kalau nak ikut pendapat orang ada orang suka tema scandinavian, ada orang suka tema farmhouse, ada orang suka tema moden dan sebagainya.
Citarasa orang tak sama. So dalam mendeko ni takde istilah siapa betul, siapa salah. Masing- masing punya citarasa, so ikutlah.
Saya perasan juga sejak usia dah menjejaki 44 tahun kalau boleh semua nak tenang tenang saja. Deko rumah pun nak yang lapang, taknak serabut dah, guest friendly dan paling penting nak suasana yang menenangkan saja.
Rumah kecil atau besar bukanlah jadi penentu sesebuah kebahagian. Yang penting rumah bersih, kemas dan suasana dalam rumah tenang inshaAllah semua orang dalam rumah happy.
Program Infaq Kasih Ramadhan 2026 di Masjid Denai Alam mendidik anak-anak tentang empati dan nilai memberi apabila 483 pelajar terlibat menyediakan bantuan kepada 344 keluarga asnaf.