Menikmati keenakan rasa coconut shake dengan rasa yang cukup lemak manis dan berkrim tiada siapa mampu menolaknya. Lebih-lebih lagi jika cuaca panas, andai dapat dihirup alangkah puas rasa di hati.
Pun begitu selain minuman coconut shake ini yang menjadi kegemaran ramai, jika dijadikan aiskrim tidak kurang hebatnya. Jika anda ingin mencubanya untuk dinikmati bersama keluarga tercinta, apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norhafiza ini.
Membuatnya juga tidak susah dan untuk itu, jom teliti cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakannya.
“Aiskrim malaysia perisa coconut shake gitu haaa nama dia… Saya sertakan resepinya di bawah..” –Norhafiza
Bahan2 yang diperlukan :-
Ads
– air kelapa serta isinya
– air kosong
– susu cair 1 tin
– susu pekat 1 tin
– gula ikut kesesuaian
– secubit garam
– ovalette 2sb
– tepung jagung sesenduk bancuh dan tapis
Cara buat :
Asingkan isi kelapa..isi kelapanya jangan lah terlalu muda tau..kalau rajin buangkan yg koko2 tu..xrajin hentam jala.. basuh bersih dan toskan.
Ads
2.Isi tadi kita blendkan dia.. jangan terlalu hancur.. bila tergigit isi baru rasa…walllaaaaaa gitu.
3. Campurkan air kelapa,air,susu cair,susu pekat,garam,gula..gaul dulu.. kemudian ambil sedikit campuran air ni blendkan dengan ovalette.. lupa pulak nak snap gmbar yg cantik gebu lepas blend..masak atas api..pastikan periuk yang you all gunakan suci murni dari segala bau.. kalau guna periuk kuah laksa..kau rasakan sendiri coconut laksa . Masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kacau selalu untuk elak hangit.
Ads
4.Sejukkan bolehlah dipacking ikot kerajinan anda.. kalau nak lagi gebu sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan..mixer sampai gebu gebas.
Ekstra info :
Sukatan tak payah risau agak2 je masak lepastu rasa..xcukop manis tambah gula.. nak buat ais kenalah manis..kalau manis2 buah nanti bila dah beku jadi tawar..
Teringin juga sekali sekala nak buat kek untuk dimakan bersama keluarga. Tapi apibila mengenangkan sekejap menjadi sekejap bantat kek yang dimasak, itu yang buatkan ada yang patah semangat untuk mencuba.
Pun begitu, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan oleh tokey penjual kek, Pn Anne. Jom semak.
Saya nak share resepi kek span coklat..
Kek Jualan saya setiap hari..Mudah,senang pasti jadi
Cara-cara
1.mix bahan-bahan yang bertanda * sehingga kembang dan gebu..
2.kemudian masukkan minyak.. Kaub balik je guna senduk @ spatula
**Bakar selama 40minit atau sehingga masak suhu 160°c api ats bawah…
(Kenali oven masing2 dulu ye.. Setiap oven pembakaran tak sama)
**krim putih tu beli je dekat kedai bakeri fresh cream…mix je sampai kental tak payah tambah apa-apa.
Selamat mencuba
Sumber : Pn Anne via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut mengenaik biskut raya yang menjadi kegemaran sejak kecil bagi setiap seseorang tentu banyak kalau hendak disenaraikan. Pun begitu dalam banyak-banyak biskut, biskut Cornflakes inilah yang menjadi antara yang begitu digemari.
Kerangupan kepingan cornflake memberi rasa yang istimewa pada biskut raya tersebut. Sekali makan berkali-kali hendak lagi. Tidak dengan itu, untuk membuatnya pun mudah sangat. Tanpa perlu acuan biskut pun boleh jadi!
Jadi raya kali ini jika terasa rindu untuk merasai keenakan rasa biskut conflakes apa kata anda sediakan dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini. Nampak mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Setahun sekali, tak kisah la raya kat mana pun nanti, memang tak pernah miss biskut favorite dari kecik ni..time free abam gunakan untuk membakar biskut paling simple…paling ketagih bile makan
BISKUT CORNFLAKES LEJEN
Resepi :
250gm butter/majerin
50gm tepung jagung
100gm gula aising (kalau nak guna gula castor or brown kurangkan sikit gula)
200gm tepung gandum
1 mangkuk Cornflakes yang dah diramas (untuk masukkan sekali dalam adunan +- 80g untuk bagi lg crunch yang ni agak-agak je kalau kurang nak taruk lebih pun boleh
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukup rasa
Cara-cara :
– Pukul butter & gula hingga sebati & nampak berkrim.( saya pukul guna mixer sebab buat banyak adunan asal sebati je adunan tak perlu lama)
– Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik )
– Masukkan cornflakes yang dah diramas ke dalam adunan dan sebatikan.
– Sudu kan atau cubit² comelkan adunan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golek2 kan. (Ikut kreativiti masing² jgn terlampau besar).
– Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing².
Kreativiti si ayah ni DIY atau buat sendiri kitchen kabinet mainan untuk anak-anak perempuannya. Memandangkan kini semua dalam proses total lockdown dan anak-anak juga tidak bersekolah, jadi masa lebih banyak dihabiskan di rumah.
Justeru, dengan kreativiti dan kemahiran sebagai arkitek, lelaki ini menggunakan bahan-bahan terpakai untuk merealisasikan impian anak-anak nya untuk memiliki kitchen kabinet sendiri.
Perkongsian ini dimuat naik oleh saudara Ahmadsyafii’ei Abdul Kudos menerusi facebooknya. Memang kreatif dan cantik, nampak seperti kabinet betul.
Aktiviti cuti sekolah + lockdown.
Syifa n Sarah request nak ada kitchen sendiri..
So mula lah operasi mencari barang2 recycle
Kebetulan baru beli almari ikea, banyak pulak lebihan kotak2 recycle. Dari buang baik guna balik.
Sinki guna mangkuk melamine yang dah tak pakai.
Jointing pakai cloth tape je
Untuk top cabinet, mmg drill wall bracket ke dinding supaya kukuh sikit.
Lain-lain barang recycle dari barang lama kat rumah
Asalnya nak buat kitchen kecik je guna dua kotak ni..Alang2 buat panjang sikit lah worktop nya. Pasang sinki guna bowl melamine yg dah x pakai..water tap yg dah x elok..Alang2 buat panjang, buat shelves lah..mcm best je..Semangat pulak rasa, alang2 buat top cabinet lah..drill kat dinding terus bagi tahan sikit.Pintu kena ada.baru kitchen x serabutSiap.sticker wallpaper beli kat mr diy rm10 dpt dua gulung..dah boleh wrap semua pintu.frame2 comel beli kat diy jugak..Done.syifa berangan nak tambah aksesori dapur.toaster..mixer..oven..sapa nak sponsor meh la..haha