Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Ads
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Ads
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
Ads
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Banyak kali tanam tapi tak tumbuh, rupanya ada sebab kenapa biji durian yang disemai itu tak naik tunasnya. Tak sangka biji durian pun ada jantan dan betinanya. Kalau semai yang jantan memang takkan tumbuh lah.
Biji durian jantan.
Bila direndam dalam air baru tahu rupa biji durian ada jantan ada betina..patut pun bila disemai ada tumbuh ada tak. Rupanya yang jantan tak ade mata tunas.
Kena rendam dahulu biji durian.Inilah biji durian betina yang ada tunas.
Terima kasih sahabat Berkebun D Rumah yang bagi petua rendam dulu baru semai.👍👍👍
Bila perut sering terasa senak atau kembung mahu pun badan sengal-sengal, rasa tidak selesa dan lesu itu semua adalah tanda-tanda menunjukkan angin banyak dalam badan. Dan bila tidak dirawat akan menjejaskan kelancaran tubuh untuk melakukan aktiviti dengan sempurna.
Lebih-lebih lagi, bagi seorang ibu yang bekerja. Sememangnya menggalas terlalu banyak beban kerja seharian. Tidak hanya melunaskan kerja-kerja di pejabat semata-mata malah bila pulang daripada tempat kerja, masih ada kerja menanti di rumah. Hal ini memerlukan kaum ibu untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang waktu!
Oleh itu, untuk mengatasi masalah angin yang dihadapi, ada baiknya melakukan perubahan kecil dengan mengamalkan pengambilan jamu secara rutin. Banyak manfaat dan kebaikan yang akan dirasai jika mengamalkannya.
Malah jika rajin, ada baiknya juga ibu-ibu menyediakan sendiri bahan ataui ramuan jamu tersebut. Selain diyakini lebih selamat malah ia juga lebih menjimatkan. Memandangkan kebiasaannya ramuan jamu banyak menggunakan bahan-bahan tersedia di ruang dapur.
Untuk itu, Norliza Mohd Salleh telah berkongsi resipi untuk menyediakan jamu untuk buang angin dan kempiskan perut. Jom fahami cara dan kaedah membuatnya dan bolehlah diamalkan bersama.
Bahan-Bahan
3cm halia
3 sudu besar halba
15biji lada hitam
3 ulas bawang putih
Cara-Cara Membuatnya:
1)Tumbuk halba sampai lumat.
2.Kemudian masukkan halia , bawang putih dan tumbuk lagi.
3) Akhir sakali masuk lada hitam dan ditumbuk hingga lumat.
4) Kemudian bulat-bulatkan dan keringkan.
Cara Pengambilan :
Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan/keperluan badan.
INFO :. Bahan semula jadi tanpa perapat. Sesiapa yang banyak angin TERBAIK untuk amalkan selalu
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di