Mengatur kehidupan selepas bergelar ibu tunggal untuk memastikan keperluan anak-anak agar tetap sempurna sepertimana keluarga orang lain bukanlah suatu perkara yang mudah untuk digalas. Selain perlu semangat yang kuat untuk terus bangkit demi anak-anak, usaha dan tenaga juga harus digandakan untuk mencari rezeki.
Sedar dengan kepayahan dan kesukaran ini, SuperMum Bakery iaitu sebuah perusahaan pastri di bawah projek Rotary Club Petaling Jaya (PCPJ) menyediakan latihan praktikal untuk ibu tunggal mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang kulinari dan seterusnya dapat melahirkan pelatih yang memiliki ciri keusahawanan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Semua ini dilakukan bagi merialisasikan misi program dalam memperkasakan ibu tunggal.
Mewar-warkan lagi usaha yang dijalankan oleh SuperMum Bakery ini, m/SIX merupakan agensi komunikasi media tidak melepaskan peluang untuk turut menyumbang tenaga dengan menghabiskan waktu hujung minggu di SuperMum Bakery untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal ini menyiapkan tempahan yang diterima dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti yang ditaja oleh Bagus Marketing Sdn. Bhd.
Kerjasama ini juga pastinya menguntungkan semua pihak dan khususnya buat ibu tunggal tersebut. Apa yang pasti usaha ini cukup murni dan wajar diteruskan untuk masa-masa akan datang.
Buat pasangan yang mendirikan rumah tangga andai sudah beberapa tahun berkahwin jika tidak juga dikurniakan zuriat, orang di kiri dan kanan akan mulah lah cakap itu dan ini. Hatta bagi pasangan ini, kecintaannya memelihara kucing juga dijadikan asbab orang bercakap.
Berkongsi kisah tentang kucing dan zuriat, jom kita baca perkongsian ini. Mana yang baik dijadikan sebagai tauladan, mana yang sebaliknya dijadikan sempadan.
Ini perkongsiannya.
Kalau siapa kenal Fluffy, dia mesti akan ada dalam setiap gambar kami. Dia akan ada dibahu bila bergambar. Kami nikah dia pun ada. Kami sanding atas pelamin pun ada.
Selepas 2 tahun kahwin, baru ada rezeki ada baby. Tahun ni alhamdulillah selamat lahirkan baby.
Tapi… selepas genap sebulan baby lahir, Fluffy tinggalkan kami. Memang sayu sangat rasa.
Masa belum ada zuriat, org selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Macam-macma lagi lah orang cakap. Bila dah ada baby, dan Allah ambik Fluffy, kami fikir, Baby ni seolah-olah pengganti Fluffy. Allah bagi baby, Allah ambil Fluffy. Dua-dua kesayangan kami. Dia dah puas teman kami sepanjang takde baby. Allahu. Memang sedih sgt2. Terasa kehilangan dia.
Raya kali ni, Fluffy dah takde. Kita cuba letak cucu dia pula kat bahu. Tapi Fluffy tetap tiada ganti.
Meninjau di ruangan komen, ramai memberi respon di atas tanggapan orang bila ada yang selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Netizen rata-rata menyangkal dakwaan tersebut dan meletakkan rezeki zuriat itu adalah kententuan Allah.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, balik ke rumah menjelang waktu mahgrib adalah waktu yang cukup getir untuk memasak. Balik sahaja ke rumah terus ke dapur dan memasak untuk anak-anak yang menunggu kelaparan.
Ada waktunya kerja-kerja memasak tersasar lambatnya dek kepenatan dan tugasan ibu yang tak pernah henti. Sebenarnya ada cara lebih baik untuk memastikan jadual seminggu anda terjaga dengan baik.
Menyediakan stok sambal yang boleh digunakan dalam sebarang jenis masakan ini antara yang wajib ibu-ibu bekerja lakukan. Stok untuk seminggu. Confirm kerja memasak setiap hari jadi lagi mudah.
Ikuti cara yang dikongsikan oleh Naeamah Balqis ini. Superb!
Alasan tak sempat nak masak bagi ibu-ibu bekerja…lambat nak goreng bawang, cili dan sebagainya. Krik krik. Apa kata cuba buat pes sambal ni. 10 minit dah siap masak.
Pes sambal ni serbaguna, nak masak apa pun boleh. Sambalnya dah siap masak, cuma tambahkan saja sos dan bahan-bahan lain bila nak masak. Simpan dalam peti sejuk beku ya.
Masukkan minyak.. Letak air sikit nak bagi senang kisar.
Masukkan dalam kuali, sebab bercampur dengan air. Biar air kering sikit.
Masukkan cili kisar.
Dah hampir masak, masukkan garam dan gula. Gula akan membuatkan sambal kita masak cantik berkilat.
Kacau dengan kasih sayang sampai la masak. Cantik kan.
Masukkan dalam bekas, tutup dan simpan dalam freezer.
Sumber: Naeamah Balqis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dulu waktu kecil-kecil, pernah tak terdetik dalam hati bila dah kahwin dan ada anak, tak nak jadi garang macam mak kita?
Tapi… Bila kita dah meningkat dewasa, baru kita sedar mak kita garang bukannya saja-saja. Ada maknanya! Makna yang kita akan rasa sendiri bila melalui hari-hari kita. Kan?
Dalam ramai-ramai orang yang kita kenal dalam hidup, mak satu-satunya beri didikan yang terbaik dan penuh kasih sayang. Jom ikuti perkongsian dari Asyikin Md Isa ini.
——————————————————————————————————
Ada orang kata, dengan kanak-kanak ni tidak boleh garang-garang dan perlu berlembut dalam mendidik. Adakah ia betul atau sebenarnya ibu garang macam singa adalah cara didikan yang terbaik?
Peranan ibu bapa
Anda pasti pernah melihat situasi seorang ibu memarahi anaknya dan ketika itu pasti terdetik di hati anda, “Saya takkan garang dengan anak saya”, betul tak? Penulis juga pernah mengatakan begitu. Namun, situasinya berbeza sekarang, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu dalam masa yang sama.
Adalah normal untuk anak-anak melakukan perkara yang mungkin akan mengundang kemarahan anda. Mungkin itu adalah lumrah proses tumbesaran anak. Namun setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Ibu garang didikan terbaik
Biasanya anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik. Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar. Malahan, tidak boleh dinafikan, kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Disebabkan ini, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh langsung memanjakan si comel anda, tetapi segalanya perlu mempunyai had agar tidak naik lemak dan memijak kepala ibu. Dalam erti kata lain, ketegasan yang masih terkawal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
1. Maaf dan terima kasih
Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
2. Lakukan secara sukarela
Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
3. Mengawal penggunaan media dan gajet
Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
4. Rasai kegagalan
Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Garang tidak bermaksud tidak sayang
Menjadi ibu yang garang tidak bermakna anda tidak menyayangi anak-anak anda. Tetapi kerana rasa sayanglah anda harus bertegas untuk membentuk mereka menjadi ‘orang’ di masa hadapan.
Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi segalanya mempunyai had dan batasan. Jika ada yang mengatakan anda seorang ibu garang macam singa, tak perlu nak marah atau naik angin. Ini kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk permata hati anda.
Nak jadi sebahagian dari ahli Keluargagader Club? Jom sertai sekarang juga di sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.