Setiap orang pastinya mempunyai aktiviti tertentu untuk dilakukan pada waktu lapang bersama keluarga tersayang. Ada antaranya dengan menonton wayang, pergi membeli belah, bermain atau paling tidak duduk santai di rumah sambil berbual mesra bagi mengisi masa yang ada dengan sebaiknya.
Namun berbeza sekali dengan tiga beradik yang berasal dari Kampung Desa Kasih Kuala Krai, Kelantan ini yang siapa sangka dengan memanfaatkan waktu lapang yang ada, mampu meraih pendapatan hampir RM10,000!
Ini sebagiamana memetik berita yang dilaporkan Bernama, bahawa Muhamad Lokman Hakim Md Sabri, 25, berkata pada peringkat permulaan, tanaman yang diusahakan itu adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja memandangkan beliau mempunyai banyak waktu terluang kerana bekerja sebagai juruteknik.
“Melihat potensi cendawan tiram ini, dua lagi adik saya iaitu Puteri Nurin Darwisyah, 23, dan Puteri Nurin Sabirah, 20, telah membantu saya untuk bersama-sama mengusahakan tanaman ini sebagai pendapatan sampingan.
“Kami mula membeli bongkah cendawan tiram dengan harga RM1.60 seunit sedikit demi sedikit untuk diletakkan di tepi rumah dan sehingga kini kami memiliki 3,000 bongkah,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Muhamad Lokman Hakim berkata mereka tidak menang tangan kerana cendawan tiram mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat dan peniaga di sekitar Kuala Krai dengan hampir 30 kilogram sehari.
“Kami tidak sangka sambutan jualan cendawan tiram ini sangat menggalakkan kerana selain mempunyai pelanggan tetap, kami turut menjualnya secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial untuk menambah pendapatan.
“Bagi mendapat hasil maksimum dan berkualiti, tanaman itu perlu berada dalam keadaan yang lembap selain persekitarannya juga perlu sentiasa bersih,” katanya yang akan mengutip hasil cendawan tiram dua kali sehari iaitu pada pagi dan malam.
Ads
Muhamad Lokman Hakim berharap usahanya akan dibantu oleh agensi berkaitan kerana beliau berhasrat untuk menjual bongkah cendawan tiram bagi membantu mana-mana individu yang berminat untuk mengusahakan tanaman berkenaan.
“Bagi menghasilkan bongkah cendawan tiram, kami perlu tiga bahan iaitu habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian yang semuanya digaul dan disebatikan dengan menggunakan mesin.
“Bahan tersebut dikukus selama enam jam di dalam tong dan akan disejukkan selama 24 jam sebelum disimpan pada suhu yang lembap,” katanya.
Sumber : Bernama
Ads
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Melihat hasil kreativiti yang diilhamkan oleh Puan Izz dalam menghasilkan langsir dengan modal yang ekonomi, tentunya cukup mengujakan.
Apatah lagi, menurutnya dia tidak mempunyai kepakaran menjahit, namun mampu hasilkan langsir yang cukup sweet sepertinya ini.
Ini perkongsiannya.
Saya ada tengok dalam group eco diorang buat, tapi dorang buat biasa-biasa je saya tengok.. Saya suka olahkan bagi lagi menarik.. kiranya design semua tu dari saya lah..
Reben pun macam dorang buat selapis je.. Saya buat 4 keping.. Campur dengan kening 1/2…
Semua saya beli dekat kedai eco.. 1 barang RM 2.10.. Untuk 1 pintu 4 1/2 keping jadi kos dalam 1 pintu hanya RM10.50.. Saya beli 5 keping alas meja.
Saya jahit tangan sahaja.. Tak pandai guna mesin.. Beli mesin jahit mini pun masih tak pandai guna.
Sekejap je jahit.. Jahit bodo-bodo orang kata. Sehari pun dah boleh siap.. ..
Saya buat langsir ini tahun lepas. Bulan ogos.. Sekarang masih ok.. dan raya memang tak tukar lain.. Guna yang tu je.. Hehe.. Cuma kena basuh je..
Komen suami pula, dia suka sangat. Benda boleh jimat kan.. Sebab tu sekarang ni kalau saya ajak pergi kedai eco.. Dia ikut kan je.. Dia tak tanya nak beli apa.. Dia nak tengok je apa laa isteri dia nak buat pulak.
Sering kali bahan-bahan masakan yang kita beli, saat hendak digunakan sudah rosak atau busuk kerana tidak disimpan dengan baik walau pun di dalam peti sejuk. Terasa rugi pula kerana perlu dibuang begitu sahaja.
Jadi jom kita ubah cara menyimpan bahan-bahan masakan tersebut dengan teknik yang dikongsikan dari negara seberang iaitu oleh rikhatiwi, semoga bermanfaat.
Jangan dicuci cili yang baru dibeli dan jangan dibuang tangkainya agar tahan lebih lama. Jika cili yang dibeli dalam keadan lembab bolehlah dilap terlebih dahulu. Kemudian ambil bekas dan alas dengan tisu. Kemudian letakkan cili tadi di dalam bekas bersama beberapa ulas bawang putih dan kemudian lapikkan dengan tisu di atasnya.
Setelah itu barulah ditutup rapat dengan penutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Menyimpan dengan teknik ini, meskipun sudah sebulan cili masih di dalam keadaan baik.
2. Bawang merah
Bawang merah sebaiknya jangan dikupas kulitnya. Simpan sahaja begitu dan bila ingin digunakan barulah dibuang kulitnya seperti biasa.
3. Bawang putih
Sama dengan bawang merah cara penyimpananya, tetapi kerana peti sejuk sudah full saya simpan seperti di dalam gambar, so far tahan 3 minggu tidak bertunas.
4. Kunyit, lengkuas, Halia & Serai
Menyimpan kunyit, lengkuas, halia dan serai sebaiknya di letakkan di dalam plastik yang di sealer agar lebih tahan lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Cuma kunyit tidak perlu dikupas kulitnya ya. Cukup dikerik dengan pisau agar kandungan nutrisinya tidak terbuang. Kemudian cuci dan toskan atau lap dengan tisu. Kemudian hiris dan simpan di dalam bekas atau plastik yang di sealer.
5. Daun Salam, Daun Limau & Daun Kunyit
Untuk menyimpan dketiga-tiga duan ini, caranya cuci bersih terlebih dahulu kemudian keringkan/lap lalu simpan di dalam peti sejuk. Tapi saya tidak bimbang sangat kerana di rumah saya ada 3 pokok dan jika mahu digunakan boleh terus petik.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi untuk membesarkan anak-anak. Yang ingin hanya satu iaitu memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa depan yang lebih cerah. Kekurangan anak-anak tidak mahu dijadikan batu penghalang untuk kejayaan anak-anak.
Usaha dan doa ibu cekal bernama Norhayati ini didengari bila mana anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Tahfiz usai melepasi temu duga yang dijalankan oleh sekolah berkenaan.
Manakala anak keduanya pula didaftarkan mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI). Menariknya, anaknya yang kedua ini sangat suka memasak dan menonton rancangan masakan di televisyen telah menjadi hobi buat dirinya.
Jom ikuti kisah suka-duka yang ditempuh oleh Puan Mcnor Norhayati untuk membesarkan anak-anak beliau yang sangat istimewa itu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada pembaca dan membuka mata masyarakat tentang anak-anak autisme ini.
Salam dan selamat sejahtera. Just nak share dua orang anak saya yang ASD+ADHD..kedua-duanya ada kad oku..kedua-duanya tiada fasa merangkak semasa bayi…duduk terus jalan. Mungkin coretan ini yang paling panjang di dalam page ini. Sebab sebenarnya saya memang tiada masa nak menulis panjang-panjang macam ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kawan-kawan yang lain dalam grup ini.Alhamdulillah yang abang dah lulus temuduga dan baru 2 minggu mendaftar masuk di sebuah maahad tahfiz sains di utara ni. Manakala adiknya masih di tahun 3 PPKI. Walaupun keduanya ada ASD dan ADHD, banyak behaviour yang tak sama.
Semasa mereka masih kecil, saya juga pernah melalui fasa yang sukar, tak boleh makan kat kedai sebab anak akan berjalan atas meja makan, menjerit-jerit dan macam-macam lagi, kenduri kawen pun terpaksa bergilir-gilir pergi, sorang lagi kena jaga dalam kereta, 3 kali hampir hilang mencari merata-rata tempat, pernah kena bersihkan dinding dan perabot rumah sebab habis dinding dan perabot kena sapu najis (time tu tengah masak kat dapur, tak sedar anak dah berak dalam pampers dia korek), telur habis sepapan kena pecah dan berguling-guling dengan telur pecah tu, tuang sunlight sebotol dan siap main luncur ski(time tu umi dia terlena…haha), pernah jatuh tergolek kat jalan raya kejar anak, tantrum kat mall dan banyak lagi peristiwa yang mencabar kesabaran kami sekeluarga.
Saya pernah juga give-up dan pasrah dengan akademik anak yang 1st sebab bila dia di aliran perdana, banyak tertinggal dan tak dapat follow lesson kerana ADHD yang dia alami menyebabkan dia tak dapat fokus sepenuhnya dan pernah masukkan dia di PPKI (sebelum tu di kelas perdana kerana sekolah masih belum ada aliran PPKI)…dia juga pernah makan kertas exam bila terpaksa menghabiskan exam tersebut(banyak helaian dia stress penat tulis).
Alhamdulillah, selepas beberapa tahun mengalami kesukaran handle 2 anak ASD ni…semakin besar anak-anak dah semakin ok. Anak-anak memang tak pernah consume sebarang ubat or medication dan suppliments..sebab memang refuse makan ubat…kalau demam pun memang tak pernah bagi ubat…mujur mereka berdua ni sangat jarang demam. Alhamdulillah, just lalui kehidupan macam biasa tapi memang perlukan kesabaran yang tinggi, cuma bagi aktiviti yang mana bersesuaian dengan minat anak.
Anak yang kedua amat minat memasak. Channel tv kegemaran pun semua yang berkaitan memasak dan boleh statik tengak rancangan memasak. Yang ini ada speech delay dan mula bercakap dan keluarkan perkataan pertama mama umi ayah ketika berumur hampir 5 tahun. Juga ada sensory problem…jalan jengket-jengket, tak suka kotor, dan tak boleh pijak tikar getah sebab melekit-lekit…tutup telinga bila dengar blender, vakuum…namun terus boleh membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tanpa di ajar ketika mula bercakap pada umur 5 tahun.
Hari-hari baca buku resepi…tengok youtube resepi…. sekarang ni kat rumah hanya melayan dia memasak sajalah(kena ready stok bahan baking). Banyak juga hasil masakan yang dah berjaya buat seperti kek, muffin, pizza. Nampaknya kelebihannya di situ sebab kadang-kadang dia yang ajar kita macam mana nak buat, tapi lately kena tengok jugak sebab dia dah start tengok cara-cara memasak NAAGIN sebab umi dia dok layan citer naagin kat rumah…hahaha…bahaya betul!!(naagin pun masuk dalam cerita ni..haha)
Yang si abang tahun ni form 1 dan lalui peperiksaan UPSR macam anak normal yang lain cuma dia di kategori calon MBK (dpt tambahan masa tp x asingkan kelas) tapi si anak tak gunakan sebab dia dah siap sama macam kawan-kawan yang lain katanya..sepanjang persekolahannya dari tahun 1-4(aliran perdana) memang sangat mencabar….buku tulisnya tak pernah siap dia salin dari sekolah….setiap tahun, setiap subjek memang takkan lebih dari 10 pages yang berjaya salin…tahun 1-2 tulisan memang tak boleh baca langsung (ada masalah psikomotor), tak boleh lompat, urus diri memang sangat teruk.
Alat tulis memang bukan kata hari-hari hilang, tapi setiap kali lepas rehat dah kosong pencil box, bila hilang, satu kelas kena stop belajar sebab tantrum nak jugak cari even pemadam tu dah besar kuku jari kelingking….hahaha.
So di rumah memang macam kedai stationery buat stok alat tulis. Prestasi di tahap 1 masih ok…sehingga di tahun 4 dia mula stress sebab banyak sangat subjek…drop sehingga grednya 3E2F masa tu. Jadi saya buat keputusan masukkan dia di PPKI. Setahun di PPKI dia dah kurang stress dan mula fikirkn masa depan anak di sekolah menengah. Semasa di PPKI dia turut ambil UPKK..dapatlah 3A5B dengan cara dia yang memang tak baca buku langsung tuh..haha.
Masuk tahun 6, saya mohon untuk anak menduduki UPSR sebab saya tahu anak saya boleh buat walaupun cikgu-cikgu PPKI ramai cadangkan dia amik PASR sahaja takut dia stress…disebabkan nak amik UPSR, jadi anak perlu masuk aliran perdana semula…mungkin sebab dah semakin besar dan bila di tahun 6, dia mula boleh adapt…saya tak hantar tuisyen tapi mula buat 1 to 1 dengan dia…saya tak harap banyak, janji dia lulus sahaja memandangkan dah banyak diatertinggal.
Selalu pesan kat dia is ok kita lambat, janji kita usaha..selalu beri kata-kata semangat disamping doa yang tidak putus-putus….ujian awal tahun 6 masih dapat result 3D3E…jika org lain buat 10 latihan, anak saya hanya mampu buat 3 sahaja…memang dia tak boleh dan takkan buat lebih dan akan stress..so memang kena pasrah…bagi saya janji dia konsisten buat..
Alhamdulillah sehingga trial dia berjaya dapat 1A, ada B dan gred paling rendah C…sehingga UPSR keluar, walaupun resultnya biasa-biasa sahaja lebih kurang trial, semua interview dia dapat…ada yang lulus, ada yang tak…cuma kami sangat bersyukur sebab dia lulus dan di terima msuk di sekolah sekarang…walaupun dengarnya ada yang 3A dan 6A pun tak dapat masuk sebab tak lulus temuduga…(saya ada tulis catatan anak autisme masa apply sekolah tersebut).
Apabila sudah masuk 2 minggu dia di asrama penuh tersebut, walaupun minggu pertamanya 5 pasang stokin tinggal 1.5 pasang, bantal hilang, baju seluar semua tak tau kat mana, dia masih kuat semangat tak minta nak balik..katanya seronok belajar kat situ…yang tak seronok barang dia hilang…haha(padahal salah letak aje…lepas tu jumpa balik…) tapi seminggu 4x kami ulang alik tengok uruskan baju-baju dia sementara nak biasa…mujur dekat dengan rumah…hehe..lega hati umi bila baru-baru ni kawan-kawan dia cakap ustaz kat situ sayang pada anak ni selalu letak dia di sebelah ustaz yang mengajarnya supaya tak hilang fokus.
Lupa yang sorang ni memang kuat bercakap…tak ada speech delay. Sedikit asperger, so saya memang pernah beberapa kali libatkan dia ke pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa…alhamdulillah memang tak menghampakan walaupun pernah mengalami saat-saat sukar dia tantrum tak nak present dekat-dekat nak bertanding tu gara-gara bertukar bilik hotel bajet yang aircond dan tv brand qonda..mujur dah ok lepas tu.
Rasanya sudah panjang sangat perkongsian saya kali ini. Saya mohon kawan-kawan tolong doakan anak-anak saya mudah-mudahan mereka istiqomah dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Masih jauh lagi perjalanan mereka. Saya juga doakan semoga kawan-kawan semua tabah hadapi cabaran dan rintangan. Semoga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Hanya kepada Allah kita berserah…Semoga ada sinar pada anak-anak kita semua. Salam Sayang semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami Nurulhidayah Ahmad Zahid terima Datuk Seri sempena Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Nurulhidayah menyifatkan pengiktirafan itu sebagai amanah besar untuk terus berbakti.