Dah menjadi kebiasaan, menu wajib bila ada daging korban semestinya sup daging. Bahagian daging korban yang fresh bila dimasak akan mengeluarkan minyak atau lemak dalam sup tersebut sehinggakan sesudah makan akan rasa melekit dan berminyak.

Di sini ada beberapa tip yang boleh anda ambil untuk kurangkan lemak dalam sup tersebut dengan mudah. Jom baca artikel di bawah!

 

4 TIPS MUDAH BUANG LEMAK DAlAM SUP

1. Buang air rebusan pertama

Ada petuanya kalau nak dapatkan sup yang bersih dan kurang berminyak, salah satunya adalah dengan membuang air rebusan daging yang pertama. Dalam rebusan pertama inilah terhasilnya lemak paling banyak.

Bila dah buang, boleh rebus semula macam biasa dan tambahkan bahan-bahan lain seperti kentang, daun sup serta perasa.

IKLAN

Pasti ada yang kata sayang nak buang lemak ini sebab itu yang buat sup rasa sedap. Apapun, kalau nak ikutkan, hasil rebusan kedua pun tak kurang sedapnya juga.

Bibir Rasa Berminyak Lepas Makan Sup Daging Korban? Hilangkan Lemak Sup Guna Kaedah Ni!

2. Sejukkan rebusan dalam peti ais.

Cara kedua yang boleh anda cuba adalah dengan menyejukkan air rebusan daging tadi dalam peti ais. Setelah beberapa jam, air rebusan daging akan membentuk satu lapisan lemak yang membeku. Bila dah beku, mudah untuk kita buang lemak-lemaknya.

Air rebusan yang di bahagian bawahnya bolehlah dimasak dan ditambah bahan lain untuk dibuat sup atau masakan lain. Barulah berkurang minyak dan lemaknya.

IKLAN

Bibir Rasa Berminyak Lepas Makan Sup Daging Korban? Hilangkan Lemak Sup Guna Kaedah Ni!

3. Kaup buih/minyak semasa memasak

Selain itu, anda mungkin akan dapat perhatikan buih-buih kehitaman / keperangan ketika sup sedang menggelegak. Tapi kalau yang guna pressure cooker mungkin tak nampak.

Bagi yang guna periuk biasa, bolehlah kaupkan buih-buih ini supaya lemak-lemaknya berkurang. Minyak atau lemak yang timbul masa panas ini juga boleh disingkirkan sekali.

4. Guna senduk atau mangkuk berisi ais

IKLAN

Akhir sekali, anda boleh cuba gunakan cara mengisi senduk atau mangkuk lain dengan ais. Lalukan senduk atau periuk ini di atas permukaan sup yang telah dimasak.

Kemudian, anda akan mendapati lemak-lemak akan terlekat pada bahagian bawah senduk atau mangkuk yang sejuk.

Bibir Rasa Berminyak Lepas Makan Sup Daging Korban? Hilangkan Lemak Sup Guna Kaedah Ni! Bibir Rasa Berminyak Lepas Makan Sup Daging Korban? Hilangkan Lemak Sup Guna Kaedah Ni!

Bagi siapa yang guna mangkuk, boleh juga balutkan terus mangkuk tadi dengan plastic wrap. jadi, tak payah susah-susah nak basuh sebab boleh tanggalkan dan terus buang. Bukan mudah nak cuci lemak ‘degil’ tu nanti tau!

Guna saja salah satu cara di atas ini untuk buang lemak-lemak yang akan timbul bila sup menyejuk nanti. Dapatlah anda menikmati sup yang lebih ‘bersih’, tapi tetap enak dan kurang berminyak.

Sumber: Sirap Limau

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI