Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, itulah pepatah yang boleh diungkapkan dalam kisah ini.
Wanita yang dijaga oleh ibu angkat yang berbangsa cina ‘Laoshi’ terpaksa berpisah. Momen ini bikin sebak.
Kisah Chee Hoi Lan, 84 & Rohana Abdullah, 22 mempunyai keunikan tersendiri. 22 tahun dahulu Rohana ditinggalkan oleh ibunya berusia 2 bulan kerana ibunya pulang ke Indonesia.
Kerana rasa ihsan, Chee Hoi Lan menjaga Rohana seperti anak sendiri. “Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama,” katanya.
Walaubagaimana sekali keadaan, Ibu angkatnya itu tetap menghormati budaya dan agama Rohana sekaligus masih mendorong Rohana memperlajari ilmu agama Islam
Ads
Mereka terpaksa berpisah pertama kali kerana tuntutan Rohana menimba ilmu di menara gading, ibu angkatnya itu telah banyak memberi pesanan.
Ads
“Sentiasalah berkelakuan baik, berakhlak mulia dan menjaga solat.”
Laoshi juga berpesan agar jangan lupa pada keluarga, selalu lah menelefon dia, belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar
Ads
Laoshi perlu akur atas perpisahan demi melihat anak angkatnya itu terus berjaya dimasa akan datang.
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan pada kegigihan pasangan suami isteri ini dalam membina empayar bisnes mereka bersama. Segala-galanya bermula apabila mereka mahu mencari sumber kewangan untuk berkahwin.
Penangan kek jenama Absolut Chocolat yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava. Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 27, mengaku pada masa itu dia tidak mampu untuk menampung semua kos perbelanjaan apatah lagi dirinya tidak begitu aktif dalam karier seni.
“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Saya ni lelaki kot takkan nak jual kek pula kan, tapi Nadiyah yakinkan dan ‘paksa’. Jadi nak tak nak saya turutkan sahaja. Dari A-Z kami lakukan sendiri termasuk editing, ambil gambar dan sebagainya. Sebab itu modal permulaan kami hanya RM50 sehinggakan ada yang tak percaya dan anggap kami tipu. Padahal duit itu kami guna untuk beli barang keperluan untuk buat video.
“Kami sama-sama membuat proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan,” jelas Ben lagi.
Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.
“Bayangkan, dari sekadar nak cari duit kahwin, akhirnya bisnes ini membawa pada sumber pendapatan yang lumayan. Sebab itu sekarang fokus kami lebih pada bisnes berbanding lakonan,” ujar Ben Ali sambil memberitahu mempunyai 20 orang staf tetap selain yang bekerja secara part time.
13,000 kek terjual
Malah pada festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali yang turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew.
Kini di bawah Absolut Brands Sdn Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.
Teringin main mercun
Pertama kali bergelar suami isteri, pastinya raya tahun ini cukup bermakna buat pasangan ini. Akui Nadiyah, keterujaan menyambut lebaran kali ini lebih kepada ingin bermain mercun. Lucu tetapi itulah keinginan pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang bakal menyambut raya di rumah mentuanya di Perlis sebelum pulang ke Singapura.
“Sejak dulu lagi, saya memang teruja nak main mercun, tetapi di Singapura benda ini dilarang jadi memang tak ada harapan la. Sepanjang umur 28 tahun memang tak pernah dapat rasa bermain mercun. Bukan itu sahaja, saya tak sabar nak berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara Ben dan menikmati malam raya dengan memasak bersama mereka nanti. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan membuat rumah terbuka di kampung Ben nanti di Perlis.
“Soal anak kalau ikutkan kami berdua memang tak sabar dan teringin sangat. Tetapi belum ada rezeki lagi buat masa sekarang. Memang kami tidak merancang kerana mahu memiliki anak cepat,” ujar Nadiyah yang mengakui belum berkesempatan berbulan madu dan akan ke Itali tidak lama lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tinggal sehari lagi kita bakal menyambut Hari Raya dan semestinya persiapan raya sudah dilengkapkan seadanya. Paling ringkas adalah pakaian raya yang sedondon anak beranak untuk digayakan di pagi raya.
Pun begitu, dalam memilih pakaian yang sedondon lain pula kisahnya yang terjadi pada keluarga ini. Bukan sahaja warna tema yang dipilih oleh isteri sedondon anak beranak malah tersama pula dengan warna cat dinding rumahnya.
Pengguna tik tok dengan nama @schamia11 berkongsi video pendek dan telah membuatkan netizen ketawa melihat aksi si suami seakan-akan merajuk bila menggayakan baju yang dipakai sama warna dengan dinding rumah.
Isterinya terbeli baju raya tersama pula dengan warna dinding rumah. Ini membuatkan bila suaminya cuba menggayakan Baju Melayu yang dipakai seakan tidak kelihatan dek kerana sama warna dengan dinding. Dan atas sebab itu juga isterinya memohon maaf.
Apa menariknya video ini juga telah mendapat 275K tontonan dan 17.8 tanda suka setakat ini.
Sementara itu diperkongsian terdahulu, isteri ini turut berkongsi menunjukkan baju anak dan suaminya dengan penuh semangat.
Tak dapat nak bayangkan jika sekeluarga menggayakan baju raya sedondon dan bergambar dengan backgroun dinding tersebut. Nampak gayanya kenalah cari ruang lain untuk bergambar agar tidak ‘tenggelam’ dalam warna hijau tersebut.
Membesarkan anak di zaman moden masa kini banyak cabarannya termasuk bab keselamatan anak.
Terlalu banyak berita yang kita dengar melibatkan keselamatan anak seperti penculikan dan gangguan seksual. Sebagai ibu bapa sudah tentu rasa bimbang sentiasa menghantui diri memikirkan keselamatan anak-anak.
Usahawan butik muslimah, Aisyah Hijanah berkongsi satu video gelagat anak sulungnya, Khadeejah yang diajar tentang cara untuk mempertahankan diri sekiranya ada orang asing cuba menyentuh bahagian sulitnya.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini disebabkan situasi zaman sekarang yang banyak mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai risiko penjenayah seperti penculikan maka wajib ibu bapa untuk melatih anak-anak untuk tahu bercakap “TIDAK” dan pertahanan diri pada situasi yang bahaya.
“Kita kena ajar mana bahagian sulit anak, mana yang boleh pegang dan tak boleh pegang dan siapa orang yang dibenarkan pegang mana-mana bahagian sensitif di tubuh anak.”
Since sekarang ni musim orang culik budak, that’s why kita kena train kids to be stern saying “NO” & self defense. Ajar mana private part, mana yang boleh pegang & tak boleh pegang
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa kena sentiasa ingatkan dan bercakap tegas dengan anak supaya mereka faham sentuhan selamat dan tidak selamat itu perkara yang serius supaya mereka sentiasa berhati-hati sampailah mereka dewasa.
Eventhough pak cik atau family sekalipun, they have to know which part is sensitive. Bukan semua part boleh di sentuh. Ajar anak tegas daripada kecik supaya bila besar tak mudah orang boleh sentuh dia
Bagaimanapun gelagat Khadeejah yang memberikan jawapan “acehh” (terima kasih) apabila Aisyah bertanyakan soalan jika ada orang nak pegang bahagian sulitnya menarik perhatian wargamaya yang menonton video tersebut.
Lumrah gelagat kanak-kanak yang suka bermain dalam semua hal, jawapan Khadeejah sememangnya membuatkan ramai terhibur.
Bagaimanapun walau kelihatan seperti tidak faham dan ‘main-main’ tetapi jangan memandang remeh pada apa yang diajari oleh ibunya dan kesan jangka masa panjang pada si kecil.
Mengikut pakar perkembangan kanak-kanak, biasanya kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja yang selalu diajar dan diperhatikan walaupun secara semula jadi mereka gemar bermain.
Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk sentiasa berpesan dan mengajar anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri sejak mereka kecil lagi.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.