Petua orang dulu-dulu jika rajin diamalkan, manfaatnya tentu dapat dirasai. Sama ada petua kecantikan mahu pun kesihatan, setiap satunya begitu istimewa.
Begitu juga apabila kita menggabungkan antara tiga ramuan yang biasa digunakan seperti halia serai dan timun.
Ini sebagaimana yang dikongsikan di bawah ini, jom semak.
Mahu buang toksin dalam badan lepas tu perut akak jadi kempis dengan cara sihat ? Baik amalkan ini
Bahan-bahan:
1 batang timun(tidak perlu buang kulit) 2-3 cm halia(hiris) -1 batang serai
Ads
Cara penyediaan: -campur semua kemudian blend -tapis airnya -last skali boleh titiskan stevia(kalau suka) Selepas itu boleh minum.
Disarankan 2x sehari (30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam) -selepas semiggu anda lihat hasilnya. Sis pernah buat dan berjaya.
Cara-cara: Diketuk kedua bahan di atas. Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air. Tunggu suam diminum.
**Disyorkan minum selepas makan di siang hari. **Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. **Ibu menyusu boleh amalkan.
**Rebusan ini untuk buang angin dalam badan. **Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf, mebuang toksid dan lemak. Dan tersangat banyak khasiatnya jika diamalkan selalu.
Bila kandungan gula dalam darah tinggi, pastinya pelbagai jenis penyakit akan datang menyerang termasuk penyakit kencing manis atau Diabetis melitus.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, untuk menurunkan kandungan gula dalam darah ada caranya. Beliau berkongsi cara mudah untuk kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Setiap anak-anak kita sebenarnya dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi. Cuma kita sebagai ibu ayah perlu bijak memainkan peranan untuk mencungkil dan seterusnya memberi pendedahan dan menunjukkan ‘jalan’ agar bakat yang dimiliki oleh anak-anak dapat diketengahkan.
Contohnya seperti kanak-kanak berusia lapan tahun ini, Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir memiliki bakat yang luar biasa dalam menghasilkan potret dan animasi seperti seorang pelukis profesional meskipun masih kecil.
Kehebatan anak ini yang lebih mesra disapa Fateh telah menjadi tular selepas lukisan potret yang dihasilkannya mendapat pujian warga maya berikutan perkongsian ibunya, Khairunisa Mamat yang memuat naik gambar dan video lukisan Fateh di aplikasi TikTok @dihyarth15.
Baru-baru ini viral video yang dikongsikan oleh ibunya apabila Fateh cuba melukis potret seorang lelaki di kedai makan meskipun Fateh berada jauh daripada lelaki tersebut namun lukisan yang dihasilkan cukup menarik.
Apabila diserahkan kepada pemilik wajah tersebut, nyata lelaki itu cukupterharu dan gembira lantas memeluk Fateh sebagai tanda penghargaan di atas lukisan yang diberikan kepadanya itu.
Conteng Dinding
Memetik perkongsian daripada ibunya Khairunisa, 34, bersama Bernama berkata, Fateh minat melukis sejak dia berusia tiga tahun lagi, dengan menconteng dinding di rumah mereka dengan pelbagai jenis kartun terutama karakter Ultraman, dan beliau bersama suami membiarkan sahaja Fateh melukis di dinding kerana mahu anaknya tonjolkan kreativiti.
Katanya ketika Fateh berusia tiga hingga tujuh tahun, dia banyak melukis watak-watak kartun seperti Boboiboy, Ejen Ali, Naruto, Ultraman dan watak animasi, namun sejak Mac lepas dia mula berminat untuk melukis potret wajah.
“Selalunya Fateh tak akan beritahu orang yang dilukisnya, namun selepas siap melukis dia sendiri akan serahkan kepada pemilik wajah yang dipotret… ia macam satu kejutan kepada mereka, dan Fateh gembira apabila penerima itu tersenyum serta berterima kasih kepadanya,” katanya lagi.
Terima Banyak Pujian
Khairunisa berkata Fateh yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu banyak belajar melukis melalui tutorial di YouTube seperti Amamijan, Ali Haider serta Devon Rondriguez, dan dia mengambil masa 15 hingga 20 minit bagi menyiapkan sebuah potret atau gambar orang.
Katanya anaknya itu memang sentiasa membawa buku lukisan dan pensel khas untuk melukis potret serta tidak mengira tempat atau waktu untuk melukis, kerana dia memang sangat gembira setiap kali dapat menyiapkan lukisannya.
“Kadang-kadang kami keluar makan dan semasa di kedai atau restoran, Fateh akan melukis gambar potret yang dia mahukan… selalunya wajah pelanggan atau pekerja di kedai yang kami menjamu selera itu, dia lukiskan potret mereka.
“Ada sesetengah pihak beranggapan Fateh mahukan duit selepas menyerahkan gambar potret lukisan itu, namun sebenarnya Fateh tidak pernah mahukan wang sebaliknya dia mahu mereka gembira dengan gambar lukisannya,” kata suri rumah itu.
Bapa Fateh, Mohd Faridil Amir Shobri, 38, pula berkata tujuan bersama isteri berkongsi hasil seni anaknya semata-mata untuk mendokumentasi perjalanan minat si kecil itu, dan dalam masa sama berharap mereka boleh menerima kritikan dan sokongan secara terbuka daripada warga maya.
Walaupun pada mulanya agak bimbang bakal menerima kecaman kerana membiarkan anak melukis di tempat awam dan mengganggu privasi orang lain, namun setakat ini tindakan itu menerima pujian malah sokongan daripada netizen.
“Malah Fateh juga selalu membaca komen-komen yang ditinggalkan warga maya yang melihat video-video lukisannya di TikTok, dari situ dia juga akan dapat menambah baik lukisan potretnya dalam masa sama memberi semangat kepadanya untuk terus melukis,” katanya.
Sementara itu, Fateh berkata beliau memang bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis profesional kerana minat mendalam dalam bidang berkenaan, malah berharap dapat mengikuti latihan melukis potret.
“Saya lukiskan potret wajah orang kerana mahu gembirakan mereka dan setiap kali melihat mereka tersenyum ketika terima menerima lukisan saya, itu buat saya seronok.
“Ada yang bagi duit selepas terima gambar potret, saya cakap terima kasih dan beritahu lukisan itu percuma kerana minat saya untuk melukis,” katanya.
Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara tersendiri dalam mempamerkan kasih sayang. Ada yang menunjukkan secara terang-terangan, tak kurang pula yang melalui perbuatan. Walau bagaimana cara sekali pun, tak kisah lah asalkan itu cara kita menghargai dan membuatkan hubungan antara pasangan semakin erat.
Demikian juga dengan pelakon kacak ini dalam menunjukkan kasih sayang buat isteri yang juga buah hati kesayangannya ini. Menurut Saharul Ridzwan, setiap orang punya cara berbeza-beza. Justeru, dia berkongsi cara dia menunjukkan kasih sayang kepada isterinya. Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah
1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!” 2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat2 dlm bahasa melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan 3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar 4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu 5. Mendengar dgn sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan 6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut 7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah
Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya CINTA.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...