Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau.
Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena.
Apabila saya tanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga, apakah ada masalah lain yang berlaku, bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu, barulah saya mendapat jawapan.
Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu.
Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada itu waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku!
Jika ini berlaku kepada anda, apa kalian akan lakukan di rumah?
Ads
“Saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian, suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak lagi keluar.” Jawab ibu muda ini.
Ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana, apabila kejadian ini berlaku di depan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Ads
1. Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi.
2. Tekan atau ‘pinch’ bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung.
3. Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya!
Ads
4. Letak ais pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku.
5. Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang.
6. Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor.
Semoga tip ini berguna untuk kita semua. Jom kita saling berpesan. Sebarkan ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Berbuat baik kepada ahli keluraga tak mengenal masa, kalau boleh biarlah selalu kita menghargai dan tunjukkan rasa saya kepada mereka selalu. Namun, jika kita buat baik dengan ahli keluarga kita pada Hari Asyura, ia jauh lebih baik dan sangat disarankan dalam Islam.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar hari ke-10 Muharram dalam kalendar Islam iaitu pada hari ini (Selasa) merupakan Hari Asyura yang sangat bermakna buat umat Islam.
Melalui sebuah video di akaun TikTok rafidahbaco, Ustaz Wadi berkata apabila kita sediakan makanan istimewa buat keluarga pada Hari Asyura ini, rezeki mereka akan diperluaskan dan urusan juga akan dipermudahkan.
Katanya lagi, orang yang menggembirakan keluarganya pada hari 10 Asyura dengan menyediakan makanan istimewa untuk mereka, Allas SWT akan menyenangkan, memurahkan dan meluaskn rezekinya sepanjang tahun itu. Betapa hebatnya manfaat bila berbuat baik dengan ahli keluarga pada hari ini kan?
“Kalau selalu RM10, hari Asyura tuan-tuan istimewakan hidangan untuk ahli keluarga tuan-tuan. Ini maksud hadis ni. Tuan-tuan istimewakan hidangan dan layanan untuk ahli keluarga tuan-tuan pada hari Asyura, Nabi sebut dalam hadis Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”
Untuk pengetahuan, Asyura asalnya dari sebuah perkataan Arab iaitu ‘asyara’ yang bermaksud 10 dan mengikut umat Islam, hari Asyura ni banyak menyaksikan sejarah besar dan keajaiban yang berlaku ke atas para nabi.
Selain itu, menurut Riwayat Ibnu Majah (1738), berpuasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.
Bergurau senda dan usik-mengusik sudah menjadi rencah dalam kehidupan kita. Namun demikian, ia bukanlah bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengusik orang lain tanpa memikirkan kesannya. Apatah lagi, dengan gurauan tersebut boleh membawa bahaya hingga meragut nyawa.
Ini sebagaimana berlaku insiden, niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, membawa padah apabila tindakan itu meragut nyawa rakan mereka petang tadi.
Ini sebagaimana memetik berita yang dilaporkan, mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan oleh pihak bomba.
Melepak Di Tandas
Kejadian berlaku ketika tiga remaja terbabit dikatakan sedang melepak sambil bermain permainan video di dalam telefon bimbit di dalam tandas terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas, sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
“Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas.
“Mangsa yang tersedar dari tidur dan keadaannya separa sedar bagaimanapun melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.
5 Minit Operasi Pemadaman
Mengulas kebakaran berkenaan, katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, anggota bomba segera melakukan pemadaman selama kira-kira lima minit dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.
“Hasil pemeriksaan menemukan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi.
Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.
Meninjau di ruangan komen dengan terpaparnya berita ini, netizen memberi reaksi kurang senang, marah dan bimbang dengan perangai anak-anak remaja sekarang ini. Malah ramai juga tidak putus-putus memberi peringatan andai ingin bergurau biarlah berpada-pada.
Tidak dengan itu, wargamaya juga turut mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Semua ibu bapa tahu apabila datuk atau nenek menjaga cucu, kebiasaannya mereka pasti akan manjakan anak-anak kita secara berlebih-lebihan. Namun perkongsian daripada Shuib baru-baru ini, dilihat bapa mertuanya begitu tegas melayan ragam anak-anaknya yang suka bergaduh. Bagi Shuib Ini semua itu hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi video pendek yang dimuatnaik Shuib di Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ada memaparkan, ketiga-tiga anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin baru sahaja lepas bergaduh. Atas sebab itu, mereka bertiga dipanggil untuk ‘mengadap’ datuk mereka, Raissuddin Hamzah yang sedang duduk di atas sofa sambil memegang rotan di tangan.
Atok Marah Sebab Sayang
Berhadapan situasi dimarah dengan tegas oleh atuk mereka agar jangan bergaduh lagi, menyebabkan Uwais, Talita dan Matin terpaku berdiri sambil menangis.
Tambah-tambah lagi bila Raissuddin turut memberi ‘amaran’ akan memisahkan cucu-cucunya jika bergaduh lagi. Seorang akan di hantar ke Kepung, seorang di Klang dan seorang lagi di Ulu Klang.
Mendengar sahaja atuk mereka berkata begitu, Matin terus memohon maaf sambil menangis teresak-esak. Kemudian diikuti oleh Talita dan begitu juga Uwais memohon maaf dalam rasa penuh kesedihan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan bergaduh sesama adik beradik.
Ramai yang tunggu perkembangan anak-anak, dekat sini kami akan kongsikan suka, duka, gelak, tawa mereka.. Macam-macam ragam sementara nak besar 😂
Ini semua hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka, semoga doa-doa yang baik itu berbalik kepada kamu semua ya 🙏🏻
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.