“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?
1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
Ads
2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
Ads
1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Ads
Info gambar:
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.
Gambar 2 menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.
Garam celtic atau celtic salt elok diambil bersama air suam ketika sahur. Hanya masukkan secubit garam ke dalam air suam. Pengambilan garam celtic ini dalam diet harian mampu mengelakkan tubuh daripada mengalami dehidrasi, tidak rasa haus dan letih ketika berpuasa.
Amalkan pengambilan garam celtic ini. Nanti kuranglah keluar masuk tandas buang air kecil. Nampak biasa tapi kesannya luar biasa. Tahukah anda bahawa tubuh kurang garam boleh mendatangkan bahaya. Tenaga berkurang. Cepat dan mudah letih.
Garam celtic termasuk dalam kategori least processed salt. Ia hampir kesemua nutrien dikekalkan. Satu mineral cukup unik dalam garam celtic ialah magnesium.
Magnesium ini sangat diperlukan oleh tubuh. Magnesium dalam garam celtic bertindak sebagai ‘water-hungry molecule.’ Ia bertindak seperti span yang akan diserap magnesium selain menghidrasikan sel dalam tubuh.
Bolehkah garam membantu mengatasi migrain?
Kajian mendapati migrain disebabkan dehydration, alergi dan over-heating. Ia boleh dilegakan dengan mengambil air yang diletak secubit garam celtic.
Apa lagi kelebihan air garam terutama garam celtic?
*Seimbangkan elektrolit dalam tubuh
*Tingkatkan hidrasi
*Cegah dehidrasi
*Boost prestasi fizikal
*Satu lagi cara ialah perahkan jus lemon ke dalam segelas air.
Cara-cara menggunakan garam celtic (celtic salt):
Taburkan sedikit garam celtic dalam 1/2 sudu teh. Kacau dan minum.
Khasiat garam celtic:
*Bantu kurangkan rasa nak minum minuman manis seperti air gas
*Boost vitamin C intake
*Elok untuk penghadaman
*Bantu weight loss
*Rendahkan risiko batu karang
*Kurangkan kesakitan pada otot yang meradang
*Legakan sakit tekak
*Cantikkan kulit
Terapi urutan dikatakan mampu memberi kelegaan tubuh badan yang lesu, menghilangkan lenguh-lenguh dan orang kita juga percaya dengan urutan boleh melancarkan peredaran darah mahu pun memulihkan sendi yang terselih atau sebagainya.
Pun begitu, bila menyentuh manfaat urutan untuk membantu melegakan selesema mungkin ini sesuatu yang menarik untuk difahami. Dapatlah kiranya, kita usahakan untuk melegakan anak-anak yang selesema selain dengan memberi ubat, elok juga kita urut dengan teknik yang dikongsikan ini.
Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya sekeluarga.
Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes, kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut). Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk bertindakbalas.
Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut terutamanya untuk urut anak kecil
Tip Mengurut
Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
Perlu urut kedua-dua belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru-paru kanan & kiri)
Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
Sebaik-baiknya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Point Untuk Redakan Selesema
Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung tersumbat, saya memang wajib urut point² pada muka.
Point di Tapak Tangan
Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk sangat
Picit refleks point “sinus” pada setiap jari
Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi melegakan kesukaran bernafas akibat selesema
Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah
Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada pergelangan tangan & sedikit ke dalam.
Point Untuk Hentikan Hingus Meleleh
Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba² terbersin & hingus mula meleleh². Dah habis 2 paket tisu baru teringat nak buat urutan pada point kat muka😅 Tak lama lepas urut, hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3x urut (selang 10-15 minit) hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi. Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je
Point A
• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.
• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema
Point B
• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)
Point Untuk Redakan Hidung Tersumbat
Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri nak² asyik busy jer. Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear.. Tapi sebabkan lama sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat lama². Heheh😆)
Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama). Kalau sikit je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak kecil.
Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu, selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).
Point A
• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata & tulang kening.
• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca hidung tersumbat)
Point B
• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)
Point C
• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.
• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung tersumbat)
Extra : Urutan Limfatik Pada Bahagian Muka
Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga² sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya galakkan gak buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada bahagian muka
⚠ Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.