Khasiat dan kebaikan manjakani dalam penjagaan dalaman wanita sudah lama diakui sejak zaman berzaman lagi. Jadi apa kata kali ini anda sediakan sendiri kapsul manjakani untuk kegunaan sendiri.
Memanglah diluar sana ada pelbagai pilihan jenama, namun jika dihasilkan sendiri kita tidak ragu bahan-bahan yang digunakan dan ternyata memang betul-betul original.
Memandangkan menyediakannya juga tidak sukar sepertimana yang dikongsikan oleh Hajar Mael dan bolehlah dijadikan panduan. Jom semak langkah demi langkah penyediaannya.
Mai sis sharekan macam mana nak buat sendiri jamu manjakani ni…senang dan mudah je…jimat pun jimat..tak payah beli jamu mahal-mahal.
Manjakani ni kita sangai dulu..agak dah tukar warna sikit kita angkat.
Ads
Kemudian kita tumbuk-tumbuk bagi dia kecik-kecil sikit…supaya senang nak blander nanti..tapi kalau tak ada blander kering, tumbuk je la sampai halus…
Pastu kita blander kering …sampai halus mulus
Ads
Dah siap blander ..nak tapis boleh tak nak tapis pun boleh…sis tak tapis pun sebab nak masukkan dalam kapsulkan…
Ads
Kapsul ni sis beli kat farmasi…RM2.90 utk 100pcs…kalau tak ada kat farmasi pergi cari kat kedai ubat cina…sekian..
Wanita dan kecantikkan tidak dapat dipisahkan. Ada yang nak cantik wajah dan ada juga nak kelihatan ramping. Untuk kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, ramai wanita sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli pelbagai jenis produk kurus dan wajah.
Selain membeli produk ini, apa kata cuba petua secara alami. Hanya menggunakan bahan-bahan herba yang memang tersedia di rak dapur.
Ikuti perkongsian ini, menarik petua ini untuk turunkan berat badan dalam dalam tempoh 20 hari.
Ikuti perkongsian ini.
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahannya:
2 sudu besar habatussauda 1 jug air 1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan) Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-caranya adalah :
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak. 3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon. 5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri.
AMALKAN SEBELUM SARAPAN
Amalkan sehari sekali sebelum sarapan. Kalau korang nak tahu, dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan.
That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi. Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum. Selamat mencuba.
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Menurut perkongsian menerusi group Makmal Makanan (MaMa), Dr Fatimah Salim mengulas bahawa secara umumnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (kanji) iaitu amylose dan amylopectin.
Selanjut ikuti perkongsian beliau.
Nasi sejuk rendah indeks glisemik!
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Semasa memasak nasi, kedua molekul kanji ini akan mengalami proses pengelatinan melalui tindakbalas air dan haba. Proses pengelatinan ini penting untuk proses pencernaan supaya mudah dicerna oleh enzim dalam sistem penghadaman kepada karbohidrat ringkas iaitu glukosa.
Molekul glukosa inilah yang akan diserap ke dalam darah. Semakin banyak molekul glukosa yang berjaya terhasil semasa pencernaan kanji, semakin banyak molekul glukosa yang akan berjaya diserap ke dalam badan, semakin tinggi indeks glisemik. Indeks glisemik merujuk kepada kepekatan glukosa dalam darah setelah makan (postprandial glucose level).
Proses pencernaan karbohidrat bergantung kepada size makanan, jenis masakan, saiz suapan, daya kunyahan dan proses pencernaan dalam mulut oleh enzim amylase dan dalam usus kecil oleh enzim alpha-glucosidase. Namun, faktor yang paling utama ialah sifat kimia dan fizikal komponen kanji yang terdapat dalam makanan berkenaan.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Menariknya sesetengah individu tidak terkesan dengan pengumpulan gas kerana kepelbagian jenis bakteria dalam usus besar mereka. Semasa proses penghuraian, jenis bakteria yang berlainan akan menghasilkan bahan kimia gas yang berlainan. Bahan-bahan kimia gas ini akan bertindakbalas sesama sendiri dan saling meneutralkan. Maka, tiadalah gas yang terkumpul, tidaklah akan kembung.
Sesuai untuk kurangkan risiko kencing manis dan kegemukkan.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan penyakit kronik seperti jantung dan sebagainya.
Kerana itu kita disaran supaya mengamalkan cara hidup yang sihat. Jika nak tubuh sihat, kuncinya mudah saja, anda hanya perlu mengamalkan diet atau pemakanan seimbang serta menjalani kehidupan aktif untuk mengawal paras kolesterol sekali gus mengawal berat badan.
Selain mendapatkan nasihat dari doktor, pengambilan makanan yang sihat seperti jus boleh membantu mengawal kadar kolestrol.
Istimewanya kali ini admin kongsikan satu resipi jus iaitu jus kasih isteri buat suami yang dipanggil jus kolesterol oleh Puan Mona Din menerusi laman facebooknya.
JUS KOLESTROL Jus kasih isteri buat suami.
Jus rutin mr hubby, yang saya panggil jus kolestrol, dah sebulan habis. Kesian mr hubby terpaksa ponteng minum, beli yang di jual di luar mr hubby tak suka, tak seenak & sesegar yang isteri buat, katanya, hehe.
Jus ni terbukti mujarab untuk mr hubby, sebab dulu-dulu setiap kali pi check-up doktor, result yang confirmed dapat, tahap kolestrol dalam badan sangat tinggi.
Tapi sejak mr hubby dok amalkan minum ni setiap pagi, sejak setahun lebih yang lalu, kolestrol dalam bdaan mr hubby di paras normal saja, Alhamdulillah.
Juga mr hubby kata, badan dia akan rasa ringan, berpeluh dan lawas ke toilet bila minum 2 sudu jus ni setiap pagi.
Dah jadi amalan mr hubby, pagi-pagi sebelum keluar ke masjid untuk subuh, dia akan keluarkn sebotol dari peti sejuk, letak atas meja makan, kemudian dia ke masjid.
Sebaik balik dari subuh, kesan sejuk peti ais dah hilang, dan jus yang tadi sangat pekat dah kembali jadi seperti sepatutnya, mr hubby akan minum 2 sudu besar tiap-tiap pagi, tanpa gagal.
Kemudia, mr hubby akan biar je botol tu atas meja, untuk saya minum pula bila saya turun ke dapur, dan kemudian saya yang akan simpan kembali botol tu dalam peti sejuk.
Itu rutin rasmi kami bdua…
So pagi ni, mokji bkesempatan buat jus ni lagi, khusus buat pokji, my darling mr hubby❤️❤️
Klu yang nak cuba, mokji kongsikan resepi di bawah. Baca details di caption gambar di bawah ya.. Semoga menjadi ilmu yang bermanafaat buat semua??
Bahan
halia, bawang putih, lemon, madu, jus cuka epal.
Cara membuat:
> Kupas / kopek kulit halia, bawang putih dan lemon, basuh bersih.
> Potong halia & bawang putih kecil-kecil.
> Kisar halia dulu, bersama secawan air dari mesin penapis. [ Masukkn sikit air dan kisar, kemudian tambah lagi air, dan kisar lagi. Buat macam tu sampai halia betul-betul lumat…sebab kalau tak kisar betul-betul, akan rasa serat / hampas halia yang kasar-kasar, nanti tak sedap jus kita…]
> Tuang jus halia tersebut ke dalam penapis dan terus ke periuk..
[Saya tapis sebab saya nak pastikan serat halia lumat dan gebu, tidak berserat.]
> Serat yang dah di tapis ni saya kisar sekali lagi, bagi betul-betul lumat mcm debu..Tuang dalam periuk tadi.
> Lepas kisar, baki serat tadi, tuang dan campurkn sekali dalam periuk tadi.
> Inilah rupa halia yang dah di kisar halus..
> Kemudian, guna pengisar yang sama, tak payah basuh, terus masuk bawang putih dan kisar hingga lumat juga.
> Tuang bawang putih ke dalam periuk yang berisi halia tadi.
> Kemudian, potong kecil-kecil lemon, buang biji nya.
[saya tak potong awal-awal tadi sebab tak nak jusnya terkeluar banyak], terus masuk pengisar dan kisar lumat.
> Tuang lemon jus ke dalam periuk yang berisi halia dan bawang putih. Kacau rata.
> Letak periuk yang berisi semua campuran tadi atas api, kacau hingga mendidih.
> Bila dah mendidih, masukkan jus cuka epal / epal cider. Kacau rata, sampai mdidih lagi. Kemudian, tutup api.
> Tutup periuk separa. Then tinggalkan sampai ramuan di dalam hampir sejuk. Boleh buat kerja lain dulu.
> Bila dah sejuk, tuangkan madu ke dalamnya.Tuang sikit demi sikit. Rasakan tahap manis-manis dan masam yang di sukai.. Kacau hingga sebati.
>Masa kacau ni baca la apa-apa ayat Quran yang di sukai…dan jangan lupa berdoa; minta semoga dengan izin Allah jus ini berupaya menjadi ubat yang mujarab, sesiapa yang minum, terutama suami kita, di jauhkan drai sebarang penyakit dan di sembuhkan dari segala yang berkaitan kolestrol, jantung, strok, hblood dan segala…amiin
> Kemudian tuang dalam botol. Sebaiknya gunakan botol kaca. Hasil yang saya dapat boleh la tahan 3-4 bulan.
> Akhir sekali simpan dalam peti sejuk. Keluarkn satu botol bila nak minum.
Ambil tiap-tiap pagi masa perut kosong sebanyak 2 sudu besar.
Semoga bermanafaat. Silakan share jika mahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah dijangka memasuki fasa baharu apabila Ahli Parlimen Muar itu mendedahkan sudah menerima lampu hijau daripada ibu bapanya selepas dibebaskan Mahkamah Persekutuan.