Sekarang ini boleh dikatakan mudah sangat anak-anak kita demam, batuk dan selesema. Bila ini berlaku, kita sebagai ibu akan berasa rungsing.

Apa tidaknya, melihat anak lesu tidak mermaya ditambah pula merengek dan menangis, semua ini boleh buat kita risau melihat keadaan anak.

 

 

Lalu kita mengharapkan agar suhu panas segera dapat diturunkan dan sekali gus anak kembali sihat dengan memberi makan ubat. Meskipun begitu,  bagi membantu dan mengelakkan daripada demam mencapai suhu yang lebih tinggi, biasanya kita akan lap badan anak dengan tuala yang lembab. Bahkan ada sesetengah ibu tidak membenarkan anak mandi.

Pun begitu tahukah anda, petua untuk cepat turunkan suhu badan anak yang demam adalah dengan mandi! Bukan sekali malah 3 kali sehari.

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.

Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

 

  • Bila selsema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.
  • Batuk tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk takpa dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.

IKLAN

Bila Demam Rupanya Kena Mandi 3 Kali Sehari, Baru Cepat Buang Haba Panas!

Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Mandi dia ada cara. Mulakan dari kaki dahulu, selepas itu badan jirus dalam 3-4 kali bagi wap panas keluar, last sekali baru ke kepala.

IKLAN

Dah keluar bilik mandi lap hidung terlebih dahulu takut air masuk hidungkan nanti selsema pula.. inshaAllah akan baik.

Cara ke 2 mandi guna buah lemon. Hiris-hiris selepas itu letak dalam tab mandi atau baldi.

Kredit : Kiyuka Hamid

 

Bila Demam Rupanya Kena Mandi 3 Kali Sehari, Baru Cepat Buang Haba Panas!

IKLAN

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI