Sebagai ibu bapa, kita kadang kala terlepas pandang terhadap anak-anak. Terutama dalam memberi tumpuan sehinggakan tanpa sedar ada yang membeza-bezakan salah satu anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain.
Walaupun mungkin anak-anak tidak menunjukkan reaksi namun kita tidak tahu mungkin dia menyimpan perasaan atau menyembunyikan rasa. Lebih kronik andai si anak ini bersikap pendendam.
Pilih kasih bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak, kadang-kala hubungan adik beradik, saudara, rakan atau sesiapa sahaja juga boleh berlakunya ‘amalan’ membeza-bezakan ini.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh di laman facebooknya. Sama-sama kita ambil manfaat dari apa yang dikongsikan ini.
~ Bila anak kurang pandai belajar ~
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Ads
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Ads
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Ads
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Dr PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
Esok adalah hari terakhir untuk sebelum menjelang peperiksaan UPSR. Exam UPSR akan bermula dari 24-27 sept 2018. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan tentunya pelbagai tip dan panduan dilakukan supaya anak bersedia dari segi mental dan fizikal.
Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat anak mereka berjaya dan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Oleh itu, kita sebagai ibubapa kena juga ikhtiar sama.
Selain doa, solat sunat dan bacaan surah untuk memudahkan anak terang hati dan dipermudahkan menduduki peperiksaan,perkongsian seorang doktor
dilaman facebooknya,DrRizal Abu Bakar yang bestnya, tip ini mudah dan praktika! Jom kita tengok apa tipnya!
ANAK AMBIL UPSR? UPSR sudah bermula. Debaran pada anak. Ayah ibu lebih kuat debarannya. Terdengar sana sini ayah ibu stres. Cikgu pun tidak terkecuali.
Apa kata bantu anak-anak dengan buat perkara berikut:
1. Tidur awal. Pastikan 9 jam. Pengukuhan memori berlaku masa tidur. Benarkan proses ini berlaku. 2. Beri sarapan bernutrisi tinggi.Contoh telur. Ada Choline. Otak perlukan. Beri pisang. Ada Tryptophan. Otak perlukan. 3. Beri kata-kata semangat. Contoh, “ayah/abi/emak/ummi/appa/amma bangga dengan xxxx Senyum. Peluk . Lepaskan dia.
Pelukan akan keluarkan hormon oxytocin. Dia akan suka dan bahagia. Hilang stres dan kecut perut.
4. Bekalkan air mineral. Sebut pada anak untuk teguk air apabila buntu. Air bawa oksigen dan nutrisi pada otak. 5. Bekalkan anak dengan buah-buahan. Kekacang masukkan sekali.
Elakkan dari beri: 1. Makanan ada MSG. Glutamate sudah ada di otak. Lebihan glutamate ganggu keluarkan isi yang dihafal. 2. Minuman berkafein. Kafein kecilkan pembuluh darah di otak. 3. Jauhkan anak-anak dari makanan segera yang diproses. Pewarna dalamnya lemahkan sel-sel otak di bahagian hippocampus – pusat memori.
Saya percaya kita sayang pada anak-anak. Kita mahukan mereka berjaya. Lakukan tanpa tunggu. Buat tanpa nanti. Boleh boleh ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Secara zahirnya apabila seorang isteri melahirkan anak, itu bermakna dia sanggup berkorban nyawa untuk suaminya demi melahirkan anak penyambung zuriat. Bayangkanlah betapa sukar dan kepayahan yang dilalui dan apa yang nyata, begitu besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini.
Menyedari hal ini, terpanggil seorang lelaki yang juga merupakan suami untuk menyeru lelaki-lelaki lain agar menghargai pengorbanan wanita yang bergelar isteri. Ayuh kita baca isi hatinya agar dapat menjentik hati lebih ramai suami agar tahu hargai isteri mereka.
HARGAI ISTERI
Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. Isteri yang ada sekarang ‘pernah mati’ untuk kita.
Mereka tiada sesiapa lagi setelah sah bergelar isteri kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Menangis gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.
Saya kesian setiap hari terima mesej masalah rumahtangga, kita dengar suami pukul isteri,mula berkasar terhadap isteri,curangi isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata kerana perempuan lain.
Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan kita itu.
Semua Kerana Allah
Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.
Jika kita mahu isteri baik,solehah kita perlu usaha untuk jadi soleh,jadi lelaki yang taat Allah dan Rasul. Perkahwinan bukan hanya diletakkan rasa seronok pada hati sahaja, sebalik ia merangkumi tanggungjawab yang besar.
CINTAperlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAKkita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.
Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.
Kain pengelap antara benda wajib ada di dapur, tak kira bagaimana saiz, warna atau designnya. Yang penting ada disediakan bagi tujuan membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur.
Memandangkan kain ini digunakan untuk benda-benda kotor, jadi kena sentiasa dicuci bagi menghalang bakteria selain mengelakkan dari berbau.Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Apa kata cuba tip mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Petua mudah ini dikongsikan oleh puan Zuraidah Ismail. Tips basuh kain buruk dan kain lap2
************************************* Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yg kotor. 1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit
2- selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit
3- selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu
4- bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit
5- masuk dlm pengering balik
6- angkat dan bilas macam biasa
7- keringkan dan jemur Kak Ida memang cerewet dlm hal2 kebersihan rumahtangga.dan kain buruk utk meniaga…tadi LaLa Nasreen dh share..ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya..sharing is caring…LOVE FROM KAK IDA