Selain baju raya, gaya potongan rambut anak-anak juga selalu diberi perhatian oleh ibu ayah untuk pastikan di Hari Lebaran nanti anak-anak terlihat kemas dan bergaya. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang ibu ini apabila membawa anak lelakinya ke selon rambut.
Nak dijadikan cerita, tukang gunting tersebut telah memotong rambut anaknya mirip gaya perempuan. Dia agak terkejut bila dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak tersebut yang anaknya itu adalah lelaki. Comel sungguh kanak-kanak tersebut!
Video yang dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Jieha Adon di aplikasi Tik Tok menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji betapa anak lelakinya itu sangat comel.
Ads
Tanpa mengetahui jantina kanak-kanak itu, tukang gunting rambut telah memotong rambutnya dengan gaya kanak-kanak perempuan. Ini memandangkan rambut sebelumnya agak panjang dan secara tidak langsung tukang gunting beranggapan anaknya itu adalah perempuan.
Dan setelah dimaklumkan bahawa anaknya lelaki menjadikan situasi kelakar di dalam salon. Suasana terasa lucu dirasakan oleh pekerja salon dan pelanggan lain yang ada di situ.
Ads
Setelah dimaklumkan, barulah tukang gunting rambut itu memotong semula rambut kanak-kanak tersebut dengan gaya ala-ala Kpop. Barulah anaknya nampak handsome!
Alhamdulillah… Setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga, aktress Fazura selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Fattah Amin menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata sulung itu.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.” tulisnya.
Tambah Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama serta wajah bayi mereka sehingga hari ketujuh kelahiran selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan.
” Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.
Tidak dinafikan menu nasi goreng menjadi antara menu popular dan mudah untuk kita sediakan sebagai menu sarapan. Memandangkan sering kali terjadi nasi yang di masak tidak habis, dan sebagai langkah untuk tidak membazir maka menu nasi goreng pun terhidang di atas meja untuk dijadikan sarapan enak bersama keluarga.
Setidak-tidaknya bila dimasak lebihan nasi tersebut, anak-anak berselera juga menikmatinya lebih-lebih lagi jika rasanya menepati citarasa.
Bercakap tentang rahsia memasak nasi goreng yang sedap dan lazat, orang tua-tua dulu ada petuanya yang tersendiri. Salah satunya, kalau nak rasa pedas pastikan kuantiti cili yang digunakan ganjil bilangannya.
Selain itu, untuk lebih detail turut dikongsikan oleh Amy Marina Ahmad cara dan tip menyediakan menu nasi goreng sedap mengikut citarasanya. Jom semak.
PETUA NASI GORENG SEDAP!!
Ramai bertanya, beras apa saya guna sebab berasnya cantik, sebutir-sebutir dan berderai? Saya guna 2 jenis beras : Jasmine Pusa Gold atau Jasmine Pusa Cream. Beras ni panjang² dan kurang kanji.
Semalam saya masak nasi lebih. Balik dari ambil suami kat ofis, kami terus ke booth. Dah penat sgt, kami terus makan di luar. So, nasi tu tak berusik. Pagi ni nasi tu buat nasi goreng. Cilipadi petik kat belakang rumah. Tumbuk kasar dengan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.
2. BILANGAN GANJIL
PETUA ORANG TUA² nak kasi nasi goreng SEDAP?
Cilipadi letak dalam jumlah GANJIL. Saya masukkan 21 biji. Dan masa tumbuk tu, masukkan sekali garam kasar. (Tips dari arwah nenek saya)
3. TEKNIK MENGGORENG
CARA SAYA MASAK NASI GORENG
Sebelum masak nasi goreng, gorengkan dulu ikan bilis sampai garing. Keluarkan. Minyak yg sama, tumiskan bahan yg ditumbuk tadi sampai garing. Kemudian, masukkan telur, tumis sekali dgn cili bawang tadi. Dah garing, masukkan nasi. Gaul sebati, biarkan sebentar. Masukkan sayur kacang panjang hiris bulat² dan carrot potong memanjang.
Masukkan lada putih (pepper). Boleh la kalau nak masukkan ajinomoto, tapi saya tak letak. Tutup api. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan panas² bersama telur goreng mata. Bagi jiran sebelah sikit, 1 “tipuware”.
TELUR GORENG
Kat rumah ni ada yg suka telur kuningnya keras, ada yg nak kuningnya cair², ada yg suka telur dadar dan ada yg suka telur hancur (scrambled egg).
Masing² dengan citarasa masing². Layan je la
Sumber : Amy Marina Ahmad Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74,menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital 5ultanah Aminah Johor Bahru.
Berita duka tersebut diterima Achey ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di sebuah acara.
Achey sempat memuat naik hantaran video di laman sosial Instagram (IG), ketika dia memberhentikan motor di tepi jalan dan menangis teresak-esak.
“Innalillahiwainnaillahirojiu..Mak baik, mak pergi pada bulan yang baik. Kami reda, Ya Allah,” katanya menahan sebak sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibu tercinta.
Allahyarham Ngaisah mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.
Berkongsi berita sedih itu, Achey berkata, dia mengetahui keadaan arwah semakin nazak ketika mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya, malam tadi.
“Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.
“Namun, saya mendapat berita arwah meninggal dunia ketika atas motosikal dalam perjalanan pulang.
“Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian ‘syurga’ saya.
“Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya pulang ke Kuala Lumpur sekejap, namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, berkongsi arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak dialami boleh semakin surut.
“Saya agak lama berada di Johor Bahru untuk menjaga arwah, namun, perlu pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Saya lihat keadaan arwah semakin baik, jadi, saya pulang bagi menyelesaikan tugasan yang dijanjikan.
“Namun, tahap kesihatan arwah semakin merosot apabila sel kanser sudah merebak seluruh badan, malam ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi kakak, Nordewiyani Hazrani Nasir.
“Ikutkan, saya belum puas berbakti pada arwah, namun, soal ajal dan maut ketentuan Allah. Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Saya dan keluarga reda, arwah meninggal dunia pada bulan baik. Mengenangkannya membuatkan hati saya lebih tenang,” katanya dengan nada sebak.
Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...