Mahunya kita sebagai ibu tidak berasa bimbang bila melihat susuk badan anak melidi tubuhnya.
Kalau boleh, mahu sahaja kita berikan ubat atau vitamin yang dapat merangsang selera makannya itu.
Dan rupanya, masalah anak tidak mahu makan makanan berkhasiat bukanlah masalah terpencil yang dihadap oleh kita sebagai ibu.
Maka sebab itu juga, perkongsian daripada doktor ini diharapkan dapat membantu.
Ini perkongsianmya.
“Doktor, ada vitamin tambah selera, tak?”
Di klinik saya, ramai ibubapa tanya macam mana nak tingkat selera makan anak-anak. Anak-anak mereka hanya makan biskut atau makanan ringan.
Vitamin tertentu, seperti lysine boleh bantu tingkatkan selera makan. Tetapi ada beberapa perkara yang ibubapa perlu tahu berkenaan selera makan.
Lysine meningkatkan selera secara umum, bukan selera khusus pada nasi, lauk pauk, atau makanan berkhasiat.
Ads
Jika tak kawal apa yang dimakan, mungkin peningkatan selera makan itu menyebabkan anak makan lebih banyak makanan ringan.
Itu tak selesaikan masalah.
Kaedah yang baik untuk menggalakkan anak-anak makan makanan berkhasiat adalah:
◾Set jadual waktu makan yang tetap. Sarapan, mesti waktu sekian, makan tengah hari waktu sekian, dan sebagainya. Elak makan sembarangan masa. Jika tidak, anak akan beri alasan “sekejap lagi” untuk, mengelak.
◾Pada waktu makan, semua ahli keluarga yang ada di rumah , hendaklah makan bersama (sekali/serentak), di meja yang sama. Kanak-kanak cenderung buat dan ikut apa yang semua orang buat.
Ads
◾Makanan yang dihidang, sama untuk semua orang. Cuba elakkan makanan khusus untuk individu. Ayah makan ikan, emak makan ayam, anak makan telur. Kecuali jika individu ada alahan makanan.
◾Jika nak galakkan anak makan sesuatu, ibubapa kena tunjukkan teladan iaitu makan makanan itu juga. Nak galakkan anak makan sayur, maka ibubapa kena makan sayur yang sama, dan sebagainya.
◾Libatkan anak dalam penyediaan makanan. Ia aktiviti yang menyeronokkan dan biasanya kanak-kanak teruja untuk makan makanan yang dia terlibat sediakan. Tak sedap pun dia rasa nak makan.
Ads
◾Elakkan makan sambil menonton TV, tablet atau smartphone. Makan sambil menonton, menyebabkan aktiviti makan dianggap sebagai aktiviti sampingan semasa menonton.
◾Kadang-kadang kanak-kanak tak suka sesuatu makanan, bukan kerana rasanya, tetapi kerana teksturnya. Cuba tukar tekstur makanan itu jika anak tak suka makanan itu.
Ibubapa perlu luangkan masa untuk latih amalan pemakanan yang betul. Tiada jalan mudah. Sabar, tenang dan jika sudah cuba semua ikhtiar ini, tetapi masih gagal, bawa jumpa doktor atau dietician.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Makan untuk Kesihatan
Nota: gambar anak saya buat muffin pisang tanpa tepung. Hanya perlu pisang, telur, dan madu.
Kunyit boleh digunakan bagi merawat penyakit kanser dan nyanyuk. Ia juga adalah antara bahan penting dalam masakan. Nutrien paling bermanfaat dalam kunyit ialah curcumin yang dapat merawat penyakit kanser dan nyanyuk.
Selain curcumin, kunyit mengandungi paras tinggi zat besi dan tahap sederhana vitamin B6 serta kalium. Semua vitamin dan mineral berkenaan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Curcumin, bahan aktif dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E. Kunyit adalah agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dan berguna dalam pembasmian luka serta kesan terbakar.
Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah barah prostat dan payu dara. Bahan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukemia terhadap kanak-kanak.
Khasiat lain adalah boleh digunakan sebagai bahan antiradang, merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit serta luka. Kunyit juga boleh digunakan untuk menghalang proses penuaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Di dalam perubatan Thai, bahan berkenaan digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup hendaklah dibersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca.
Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.
BAGI YANG TERLEPAS CARA MEMBUAT JUS KUNYIT
Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup dua inci hendaklah dibersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.
Kisar kunyit dan tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping atau asam jawa serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk.
Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.
Bila ditanya secara rambang, siapa ingin kelihatan cantik, sihat & kurus? Rata-rata semua orang dengan spontan akan angkat tangan tanpa perlu fikir panjang. Tapi lain pula situasinya, bila diajukan soalan siapakah pula di sini yang rajin bersenam untuk sihat?
Kebiasaannya, ramai antara kita merasa ‘liat’ untuk menggerakkan tubuh untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Walau pun hakikatnya semua sudah maklum akan kepentingan dan kebaikan senaman tersebut.
Istimewanya juga dengan bersenam, anda bukan sahaja akan menjadi kurus malah akan terlihat awet muda dan sihat! Wow, hebat bukan? Nak tahu rahsianya, ikuti perkongsian Hafiz Sulaiman yang juga menggelar dirinya sebagai pejuang kesihatan. Jom semak!
Okay ni nak kongsi sedikit tip bersenam untuk kurus, dan juga untuk kesihatan:
1) Pernafasan.
Ini teknik pernafasan power yang sangat efektif untuk tingkatkan prestasi dan ketahanan. Dalam posisi duduk, Tarik nafas sedikit dalam dan hembus. Ulang secara berterusan 30-50kali. Anda mungkin akan sedikit mamai, kebas-kebas atau mengantuk. Ianya perkara biasa kerana badan dan otak anda mula tepu dengan oksigen. First timer mungkin juga akan alami keletihan/sakit otot rusuk yang akan hilang selepas sehari dua.
Teknik ini mengoptimakan ruang “dead space” paru-paru serta menyediakan oksigen yang cukup untuk senaman berat yang akan anda lakukan seterusnya. Terima kasih kepada pakcik Wim Hof atas ilmu yang berguna ini.
2) Senaman Untuk Kurus, Sihat dan Awet Muda
“SENAMAN KEKUATAN”.
Lupakan senaman aerobic yang lama dan repetition banyak kali. Ia meningkatkan stres badan menyebabkan gangguan kepada keseimbangan badan. Elakkan bersenam melebihi sejam sebaiknya.
Anda seharusnya menumpukan pada senaman intensiti tinggi dalam jangka waktu yang pendek. Kaedah interval HIIT seperti TABATA juga bagus namun saya nasihatkan, yang baru mula boleh cuba kaedah PACE yang lebih mudah dahulu.
Saya biasanya gabungkan senaman kekuatan buat secara interval. Buat 20 ulangan dan rehat 20 saat. Jangan rehat lama-lama, anda akan hilang kelebihan senaman interval dengan rehat yang panjang.
Antara yang saya suka senaman kekuatan+ interval ini kerana lemak bukan sahaja dibakar ketika bersenam tapi juga selepas bersenam malah ketika anda tidur!
Antara kelebihan lain senaman jenis kekuatan:
Mencegah dan Memulihkan Kekuatan otot: Apabila tua, otot mengecut dan menjadi lemah dan menggigil disebabkan SARKOPENIA. Senaman kekuatan menjana bateri sel (mitokondria) dan stem sel otot yang meningkatkan isipadu dan kekuatan otot. Gigil akan kurang dan badan menjadi lebih stabil.
Menguatkan Tulang : Tendon di bahagian sendi akan memberi beban kepada tulang maka ketumpatannya akan meningkat. Senaman kekuatan juga terbukti mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Stabilkan GULA DARAH: otot yang besar meningkatkan pengambilan gula dalam darah ke dalam sel. Ya, pesakit kencing manis akan mendapati paras gula menjadi lebih cantik.
Meningkatkan Tenaga Badan : Seperti yang saya sebutkan, tenaga badan akan meningkat kerana senaman jenis kekuatan menjana bateri sel dengan pesatnya. Di samping itu, metabolism badan dan juga hormone kejantanan(testosterone) anda juga akan meningkat sama.
Kesihatan Otak: Seperti juga senaman aerobik, senaman kekuatan meningkatkan fokus dan kecerdasan minda. Mengikut kajian, senaman kekuatan juga mencegah penyakit seperti dementia dan kenyanyukan (Alzheimer).
Teringat pula 7 tahun lepas pakcik makcik di Klinik Kesihatan senyum kambing pula bila dinasihatkan angkat berat. Guna botol air mineral 1.5 liter saja tak susah..bersenam ikut kemampuan ya.
3) Fokus Bahagian Senaman.
Jika anda bersenam untuk kecantikan (aesthetic),fokus pada otot-otot kecil seperti otot abdomen(perut), biceps dan triceps. Senaman otot perut juga membantu menguatkan otot “core” selain senaman otot belakang, punggung yang meningkat stability badan.
Namun perlu anda ingat, senaman otot kecil tidak akan menampakkan hasil aesthetic sekiranya peratusan lemak badan anda tinggi. Otot six pack anda akan tenggelam di sebalik lautan lemak yang tebal.
Saya lebih suka buat senaman otot besar dengan senaman seperti push up (pumping) dan juga squat ( free squat atau guna pemberat). Lagi besar otot lagi cepat kurus.. Bagi kaum wanita tak perlu risau otot membesar macam seladang. Hormon testosterone wanita tak cukup tinggi untuk besarkan otot.
4) Waktu Bersenam.
Saya suka waktu pagi sebelum sarapan.
Ataupun waktu sebelum berbuka puasa.
Ini adalah waktu kurang gula dan badan akan bakar lemak dengan pesatnya.
-Perhatian jika anda tidak ketoadaptif (otak mampu menggunakan lemak sebagai tenaga), elakkan senaman berat ketika gula kurang-
Jangan amalkan jika sakit kepala atau ringan kepala, anda mungkin pitam.
Bahkan jika anda jatuh sakit yang teruk, elakkan senaman waktu ini. Berikan rehat yang secukupnya kepada badan anda. Stress kerana sakit akan sebabkan badan anda menyimpan lemak dan air menerusi peningkatan hormone stress(kortisol).
Anda tidak mahu tambahkan stress lagi menerusi bersenam pada waktu sakit.
5) Pemakanan untuk kurus.
Ini saya selalu cerita dalam artikel-artikel lama saya. Kali ni spesifik pemakanan waktu bersenam (macronutrient timing).
Jangan makan sejurus selepas bersenam berat kerana darah akan mengalir banyak ke bahagian otot untuk membekalkan oksigen yang sangat banyak diperlukan selepas bersenam. Kurang pengaliran darah ke sistem pencernaan akan mengakibatkan ketidakhadaman dan mengganggu sistem pencernaan.
Lepas bersenam saya biasa ambil protein senang serap seperti protein whey. Selepas sejam dua makan real food. Waktu paling bagus makan karbohidrat juga ialah selepas sejam dua bersenam. Sekurangnya nasi yang anda makan itu boleh lah digunakan sebagai bahan bakar, bukannya disimpan sebagai lemak.
Dulu-dulu zaman jahilliyah, saya guna protein CASEIN waktu berpuasa atau sebelum tidur. Casein ini bila bercampur dengan asid perut jadi macam ketulan susu dalam perut, susah dicerna dan diserap. Kononnya, slow releasing protein ni baguslah, bekalan protein yang berterusan tak diserap cepat. Amaran: Protein casein antara makanan paling utama menyebabkan KEROSAKAN USUS selain gluten. Anda berisiko mendapat masalah ketidakhadaman, “angin”, masalah sendi, penyakit alergi,autoimmune dan macam-macam lagi. Selamat tinggal casein.
Sumber : Hafiz Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah ketiak basah dan berbau? Mungkin satu masalah buat anda terutama yang selalu berada dipersekitaran ramai orang. Selain mengurangkan keyakinan diri, masalah ini boleh mengundang ketidakselesaan pada diri dan juga orang sekeliling. Jadi, jangan biarkan masalah begini menghantui anda. Jom amalkan tiga minuman ini mana tahu dapat bantu mengatasi masalah tersebut.
Jangan malu, jangan segan jika mengalami masalah ketiak basah dan berbau. Yang penting, kena rajin amalkan petua ini. Jom tengok 3 jenis air apa yang boleh mengatasi masalah tersebut
Teh Hijau
Ia berfungsi meningkatkan metabolisme tubuh dan menghakis segala lemak yang ada pada usus. Selain itu, antioksidan dan nutrisi yang terkandung dalam teh hijau ini akan mengendalikan pengeluaran peluh. Justeru, amalkan minum teh hijau ini 2 hingga 2 cawan sehari.
Cuka Putih + Cuka Epal
Ambil 2 sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal untuk menstabilkan kalenjar peluh. Amalkan campuran ini 3 kali sehari sebelum sarapan atau ambil 30 minit sebelum atau selepas makan.
Jus tomato
Ambil 1 hingga 2 gelas satu hari jus tomato asli tanpa gula untuk cegah peluh yang berlebihan dari badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.