Bab menyimpan telur yang betul, memang kita dengar macam-macam pendapat.

Ada kata memadai simpan di dalam suhu bilik tanpa dimasukkan  dalam peti sejuk. Ada orang cakap, telur perlu dicuci dahulu sebelum disimpan malah ada pula kata kalau hendak dimasak barulah boleh dicuci untuk pastikan telur tidak rosak.

Berkongsi kisah tentang menyimpan telur untuk pastikan telur kekal elok dan selamat dimakan, ibu ini berkongsi kisah mengenai teguran daripada anak-anak berkaitan hal tersebut.

Nak tahu lanjut apa kisahnya itu, jom baca!


“Bonda, selama ni cara bonda simpan telur salah.” Kata anak yang sulong. Dalam masa sama, adik-adik yang lain bertingkah suara mengiakan kata si abang.

“Yeke? Apa yang salahnya?“ Mencari kepastian daripada kata anak-anak.

“Dalam buku Teroka Sains 1 kata, bahagian luar telur ada salutan lapisan pelindung. Lapisan tu yang jaga telur daripada rosak.“ Sambil menunjuk helaian muka surat yang menerangkan tentang telur.

IKLAN

Bila Anak Tunjukkan  Cara Betul Simpan Telur, Ni Reaksi Ibunya & Boleh Follow Kalau Belum Tahu!

“Bonda tak boleh basuh telur lepas beli. Nak masak nanti baru basuh.” Bersungguh-sungguh anak kongsi ilmu baru.

Takkan nak simpan telur dalam peti ais tak basuh, yakks. Tapi kalau basuh akan jadi sebab pori-pori telur terbuka. Sekaligus terdedah kepada jangkitan bakteria dalam tempoh penyimpanan.

Lepas dah tahu tak boleh basuh telur untuk simpan, kita cari bekas yang kemas bertutup supaya boleh simpan elok-elok tanpa bercampur dengan makanan lain dalam peti ais.

Bila Anak Tunjukkan  Cara Betul Simpan Telur, Ni Reaksi Ibunya & Boleh Follow Kalau Belum Tahu!

IKLAN

Bekas telur ni beli dekat shopee. Susun telur tanpa basuh dalam bekas. Tutup rapat-rapat.

Masukkan dalam peti sejuk.

Bila Anak Tunjukkan  Cara Betul Simpan Telur, Ni Reaksi Ibunya & Boleh Follow Kalau Belum Tahu!

Kenapa tak guna tray telur dekat pintu peti sejuk tu je?

IKLAN

Sebab pintu peti sejuk bukan tempat yang betul untuk simpan telur. Dekat bahagian pintu, suhu tak stabil. Bila tutup pintu sejuk, bila buka pintu telur terdedah kepada suhu panas luar. Sejuk, panas, sejuk, panas akan mengganggu keseimbangan telur.

Bila Anak Tunjukkan  Cara Betul Simpan Telur, Ni Reaksi Ibunya & Boleh Follow Kalau Belum Tahu!

Oleh itu, simpan telur dalam bekas bertutup untuk menjamin kebersihan peti ais. Dalam masa yang sama, nak masak baru basuh bagi mengelakkan jangkitan bakteria ’Salmonella’ .

Review sikit bekas telur ni, untuk telur size C memang cantik ngam-ngam dia terletak. Cuma kalau telur size A macam anak 3 orang naik myvi gitew. Namun masih muat.

Sumber : Huda Zainal
Tq anak-anak ajar bonda benda betul.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI