Rutin seorang wanita bermula sebaik celik mata sebelum subuh hinggalah saat melabuhkan tubuh di katil.  Letih yang dirasakan memang tidak terucap dengan kata-kata. Bukan mahu mendabik dada, tetapi memang kenyataannya.

Setiap hari, sebaik matahari terbit, tugas seorang isteri sudah bermula.  Sama ada bekerja atau pun tidak kesibukannya sama sahaja.  Terkejar ke sana, terkejar ke sini demi memastikan keluarga tersayang tidak berkurang satu apa pun.

Walaupun kini semakin banyak suami yang ringan tangan membantu dalam menguruskan kerja-kerja di rumah, namun bebanan tugas masih 90 peratus terletak di bahu isteri.

Suami sebagai ketua keluarga seharusnya menjadi pemimpin dan pelindung.  Bukan hanya tahu memberi arahan semata-mata.

Apatah lagi sekarang ini kebanyakan pasangan suami  isteri berkerjaya.  Jadi rasanya tidaklah salah jika mereka saling membantu dalam menguruskan rumah tangga.

Ramai isteri yang mahu menjadi `isteri mithali’ sehingga takut untuk meminta suami membantu kerja rumah.  Ini bukan soalnya kerana `membiarkan’ suami begitu sahaja boleh menyebabkan dia menjadi “pemalas’!

Lagipun bukan suami tidak pernah melakukannya sebab kerja-kerja rumah bukanlah suatu yang asing sewaktu dia hidup bujang dahulu. Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang isu ini.


“Buat keje2 rumah ni tak susah sebenarnya…”

Dari tingkatan 1 masa duduk asrama lagi dah terbiasa dgn basuh baju sendiri, iron baju sendiri, kemas katil, bilik, menyapu dan sebagainya…dan bila dah terbiasa, masa dduk umah bujang pun, still buat keje2 yg sama…

Dah jadi mcm rutin, klu xbuat, rasa pelik…balik keje, mesti akan kemas rumah…susun apa yg patut, basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya…

IKLAN

Bila dah kawin, dah ada isteri, bukan bermakna apa yg kebiasaan kita buat tu “dipindahkan” kpd bahu isteri…kita tetap kena buat jgak walaupun kini dah bergelar suami dan ada isteri…

Balik keje, instead of bagi arahan atau mempersoalkan kenapa isteri tak buat itu, kenapa isteri xbuat ini, why not kita ja yg buat…Susah? Tak…Ambik masa yg lama? Tak…Guna tenaga yg byk? Tak

 

IKLAN

30 minit dh cukup utk memastikan bebanan seharian isteri tu diringankan…dlm 30 minit kita bleh basuh baju, sidai baju, lipat baju…dlm 30 minit kita bleh cuci pinggan, kemas dapur dan buang sampah…dlm 30 min kita bleh kutip mainan anak, sapu sampah, kemas rumah.

30 min per day after blk keje digunakan utk buat keje2 rumah…

Itu yg selalu saya buat setiap hari…tak melepaskan semua tanggungjwb2 tu kpd isteri, sebaliknya cuba pikulnya dgn masa dan kemampuan yg ada sebagai seorang suami

Benda ni akan rasa teruk dan susah bagi mereka yg XDE kemahuan dan keinginan utk tolong isteri…bagi yg dh biasa buat atau selalu buat, keje2 rumah ni tersangatlah senang, mudah, tak memenatkan dan seronok utk dilakukan…

If dgn kekuatan sebgai seorang lelaki itu anda merasakan keje2 rumah tu sebagai satu bebanan dan sukar utk dilaksanakan, maka u should be shame of yourself and others…org lain bleh buat, anda plak xbleh…anda bukannya cacat, anda cuma MALAS NAK BUAT…

Itu ja alasannya…