Setiap pasangan yang suam isteri yang mendirikan rumahtangga sudah tentu ingin bahagia till jannah.
Namun dalam rumahtangga ada cabarannya. Suami isteri kena saling memahami antara satu sama lain.
Lebih manis apabila, mempunyai isteri yang baik seperti setia, sedia membantu, tidak berkira dan mendoakan suami.
Isteri begini menjadi impian buat semua suami. Dalam hal ini, suami haruslah ‘extra’ baik untuk memberi layanan yang baik kepada isterinya. Dengan kata mudah, menghargai isterinya.
Sebuah perkongsian yang inspirasi untuk teladani buat setiap rumahtangga, saudara Firdaus Shakirinmenyatakan padangan bahawa sebuah rumah tangga yang bahagia itu suami harus tahu menghargai isteri agar kekal harmoni.
Ikuti pandangan beliau.
Bila dapat isteri yg baik, maka kita sebagai suami patut jadi “extra baik”…
Kita kena layan dia baik2 dan bukannya menyalahgunakan kebaikan dia tu utk kepentingan diri sendiri…
Patut bersyukur sgt bila dpt isteri yg baik sbb ada suami yg dpt isteri yg ego, yg susah dibimbing dan dibentuk, yg xnak dgr ckp, xmkn nasihat dan sebagainya…bukan senang nk hadap isteri yg mcm tu…kesabaran kita yg lelaki ni bukannya tinggi sgt…
Tapi isteri kita tak…
Kita suruh, kita tegur, kita nasihat, semua dia ikut, smua dia turut, semua dia buat…bila bergaduh dan bermasam muka pun, selalunya dia la yg mula mengalah, dia la yg dtg minta maaf…kita tak cukup duit, dia dtg hulur, dia tolong kita…kita balik lewat dia faham, kita xbuat keje rumah pun dia buatkan…
Nak cari mana lagi isteri mcm ni…
Patut rasa malu bila isteri tu baik, tp kita tak layan dia baik2…patut rasa mcm kita tak layak plak dpt dia sbb perangai kita ni sebaliknya…tapi bila Allah dah jodohkan kita dgn isteri kita, bila Allah dah tentukan dan takdirkan mcm tu, maka sepatutnya kita bermuhasabah ttg apa yg perlu diubah…
Sikap kita, perangai kita, perbuatan kita…
Klu isteri yg baik mintak dilepaskan, mintak diceraikan, nak berpisah, maka kita kena tnya diri sendiri akan apa yg kita dah buat kat dia…
Kita sia-siakan dia, kita tak hargai dia dan itu adalah salah kita…salah kita, bukan salah dia…
Menghidap penyakit yang jarang dijumpai bagaimana pun tidak melemahkan semangat anak muda ini untuk meneruskan kehidupan. Pelukis Digital yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Mohd Nasir, disahkan menghidap penyakit genetik, ‘Duchenne Muscular Dystrophy sejak berumur 8 tahun lagi.
Haikal sebelum ini dilahirkan sebagai bayi normal dengan berat 3.1 kilogram (kg), sebelum didiagnos doktor menghidap penyakit itu sejak 13 tahun lalu.
Akibat kerap jatuh dan sukar menaiki tangga beliau dibawa ibunya, Intan Kesuma Ramli, 41, dan ayah, Mohd Nasir Ibrahim, 43, berjumpa doktor sebelum disahkan menghidap penyakit jarang dijumpai ini.
“Saya menjadikan aktiviti melukis, berpuisi dan menulis cerpen sebagai terapi diri. Saya sudah berhenti menangis kerana menghidap penyakit ini dan mahu fokus menjadi usahawan kreatif.
Menurut ibunya, Intan Kesuma, keadaan paru-paru anaknya hampir rosak mengakibatkan sukar bernafas dengan baik. Begitu pun, semangat anak sulungnya itu sangat tinggi untuk meneruskan hidup meskipun menanggung kesakitan.
“Pada usia lapan tahun dia menunjukkan gejala penyakit. Cara berjalan sudah nampak lain, terjengket-jengket, apabila berjalan kerap jatuh.
“Ketika usia mencapai 10 tahun keadaan semakin teruk dan mencecah usia 12 tahun Haikal sudah tidak boleh berjalan, sebaliknya duduk di kerusi roda,” katanya.
Walaupun sudah menggunakan mesin bantuan oksigen ketika tidur sejak berusia 16 tahun, Muhammad Haikal masih cekal mencari pendapatan sendiri berlapikkan tilam bujang selagi nyawa dikandung badan.
Berdasarkan usahanya, beliau yakin Muhammad Haikal mampu pergi jauh dalam bidang ini, sekali gus dapat merealisasi hasratnya melebarkan sayap perniagaan dengan menghasilkan produk lukisan menggunakan kraf.
Dia yang hanya duduk berlapikkan atas tilam bujang dengan posisi 45 darjah membengkok, tidak menghalang Muhammad Haikal untuk menyiapkan tempahan lebih 3,000 keping sampul duit raya.
Hasil kreativiti itu dijual semurah RM4 untuk enam keping sampul raya, selain pelanggan boleh meletakkan gambar, logo dan ucapan hari raya.
Sejak tempahan dibuka pada Februari lalu sambutan diterima amat menggalakkan terutama daripada rakan media sosial dan peminat blognya, Inspirasi Haikal Rider.
“Setiap hari saya akan memulakan tugasan melukis secara digital selepas sahur dan setiap rekaan mengambil masa seminggu untuk disiapkan, manakala rekaan sedia ada mengambil masa lebih singkat.
“Saya buat semuanya bermula mencari idea, melukis secara digital sehingga cetakan menggunakan kertas seni, melainkan tugas melipat dan membungkus sampul raya dibantu ibu dan bapa.
“Selagi masih boleh duduk dan tangan masih boleh memegang pen digital untuk melukis, saya akan terus berusaha mencari rezeki dan membantu keluarga.
“Sejak usia kecil, saya sudah minat melukis. Walaupun cita-cita dahulu mahu jadi tentera darat tidak kesampaian disebabkan masalah kesihatan. Jadi cari alternatif menceburi ini,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ipoh, baru-baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Sentul Utama ini pernah melukis menggunakan tangan sebelum tangannya sudah tidak kuat melukis sejak beberapa tahun lalu.
Rezeki saya amat baik apabila Make-A-Wish Malaysia menunaikan impian saya memiliki peranti digital, iPad Pro bagi memudahkan melukis apabila tangan sudah semakin lemah untuk menghasilkan lukisan tangan,” katanya.
Muhammad Haikal berkata, beliau lebih gemar mencari idea dan ilham melukis motif pada waktu malam, manakala tugas mencetak dilakukan di sebelah siang.
“Sudah penat menangis dan secara perlahan-lahan saya didik hati supaya menerima dugaan Allah ini dengan bertawakal tanpa menyalahkan takdir.
“Sokongan moral ibu, ayah, keluarga dan rakan menguatkan semangat. Saya mahu buktikan OKU seperti saya boleh mencari pendapatan sendiri dan berdikari,” katanya.
Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan tenaga yang cukup luar biasa.
Maklumlah terpaksa melakukan dua kerja, memang bukan mudah. Bimbang pula jika berlarutan begitu akan menyebabkan badan lemah, wajah kusam dan sekali gus kurang menawan di mata suami.
Justeru, soal kesihatan cukup penting dan harus dititikberatkan baik dalam kesihatan dalaman mahupun luaran. Barulah suami bertambah sayang.
Untuk itu, ada minuman herba yang boleh diamalkan bagi memberi manfaat untuk ibu-ibu, ini sebagaimana yang diamalkan oleh puan Noor Mila dan turut dikongsikan resipi menyediakan minuman tersebut menerusi akaun fbnya Noor Mila.
Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita jika mahu badan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan.
Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT:
1. 10 batang serai di ketuk dan halia di bakar terlebih dahulu. Kemudian, bersihkan halia tersebut.
2. Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan air 4 gelas air hingga masak.
Antara Kelebihannya:
1.Mencegah perut buncit
2. Membuang angin dalam badan.
3. Resdung
4. Masalah berat badan.
5. Buang kotoran dalam badan
6. Mencegah penggumpalan darah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyampai radio , Shiera membuktikan penceraian tidak membuatkan hubungan antara dia dan bekas suami terputus begitu sahaja.
Umum mengetahui, dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya hasil perkahwinan terdahulu bersama vokalis kumpulan lagenda, Black Dog Bone, Jatt Ali.
Namun hubungan mereka masih kekal baik daripada dulu sehingga kini. Bahkan pernah sebelum ini,shiera memuatnaik gambar bekas suaminya datang berkunjung ke rumahnya.
Terbaru, ibu kepada lima cahaya mata ini berkongsi gambar-gambar dan video ketika berlangsungnya majlis merisik anak sulungnya itu menerusi Instastory Shiera.
Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Jatt dan isterinya dikenali sebagai Ree. Yang pasti, insan paling sibuk adalah shiera memandangkan dia ibu bakal pengantin sementelah ini adalah majlis pertama dalam keluarga mereka.
Dalam meraikan majlis anak sulungnya, Sempat lagi Jatt jamming bersama Airra dan Airell .
Malah menurut Shiera, anak-anaknya bila bergabung dengan Papa Jatt, memang gamat jadinya. Seronok tengok hubungan baik yang terjalin antara mereka.
Tak lama lagi bakal mendapat menantu sulung, pasti tak sabar Kan. Bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru tak lama lagi. Moga semuanya berjalan lancar.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.