Hidup ini penuh dengan ujian, tipu jika ada yang mengatakan sepanjang hidupnya tidak pernah ditimpa musibah. Apa yang pasti setiap antara kita ada masalahnya yang tersendiri.
Bahkan kita turut menyedari kerana sesuatu ujian itulah juga yang dapat membuka mata hati kita, mendidik kita supaya sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah. Pasti ada hikmat di atas setiap apa yang berlaku.
Namun sebagai menusia biasa, kadang-kadang timbul juga pertanyaan yang seakan tidak masuk akal kita sebagai hambaNYa. Tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali.
“Takdir Allah Tak Pernah Silap”-Ustazah Asma Harun
Berkongsi berkenaan takdir hidup ini, ustazah Asma Harun di akaun TikToknya ada berpesan mengatakan takdir Allah tak pernah silap. Perkongsian di dalam videonya itu mendapat perhatian warganet hingga 1.6M tontonan, menjentik hati kita untuk lebih sabar dalam menempuh ujian hidup.
“Takdir Allah tak pernah silap. Betapa telitinya Allah swt sebab itu apabila Allah takdirkan sesuatu berlaku dalam hidup kita, dengan siapa yang kita jumpa, siapa bos kita, siapa orang bawah kita, siapa pasangan kita, siapa anak kita dan siapa ibu ayah kita, Allah tidak pernah tersilap walaupun dalam keadaan yang kita rasa sedih, kita rasa macam tak ada keadilan,” jelasnya di awal perkongsiannya.
Mengurus Takdir
Menurutnya lagi, kita yang diuji perlu tahu menguruskan sesuatu yang telah ditakdirkan dengan sebaik mungkin. Persoalan demi persoalan menyalahkan takdir, akhirnya menimbulkan ketidakpuasan hati yang tiada penyudahnya.
“Kenapa suami saya macam ni. Kenapa anak saya macam ni. kenapalah saya lahir dengan ibu bapa macam ni, macam ni, kenapalah saya jumpa orang ni yang banyak menyakiti hati saya. ”
Ads
“Allah tidak pernah silap mengaturkan setiap satu yang berlaku dalam hidup kita. Berapa jumlah gaji kita. Kalau kita komen, orang atas macam senang gaji besar contohnya Kita tak tahu bebanan apa yang mereka tanggung.
“Allah paling tahu berapa jumlah rezeki yang kita mampu terima, yang mampu kita uruskan supaya kita tidak lalai daripada jalan kebenaran.
“Mungkin kalau kurang begini kalau lebih begini, sebab itu tugas kita bukan mengatur atur hidup kita sekian sekian.
“Tetapi menguruskan takdir Allah terhadap hidup. Allah mentakdirkan semuanya dengan sempurna. Allah Ya Hakim Yang Bijaksana, Allah Ya Alim Yang Maha mengetahui, Allah Ya Syahid, Yang Maha Menyaksikan semuanya, Allah Ya Rasyid Yang Maha Cergas, Allah mengatur segala-galanya dengan kekuasaanNya, kebijaksanaanNya,” jelasnya panjang lebar dan mendapat perhatian warganet.
Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet terkesan dengan perkongsian yang diberikan oleh Ustazah Asma Harun dalam mendidik diri agar lebih reda dalam menerima ujian. Malah ramai yang akui melalui perkongsian tesebut telah memotivasikan diri mereka ke arah lebih positif berdepan dengan ujian hidup.
Ads
“Sedih saya dengar apa yang ustazah cakap. Bab gaji tu,kadang-kadang saya terfikir jugak. Kenape gaji saya tak banyak macam orang lain. Sampai saya segan dengan mak dengan ayah.”
“Allah takdirkan saya tengok video ni untuk saya terus semangat melalui tiap ujian dugaan dalam ketenangan. Terima kasih ustazah”
“Terima kasih ustazah, banyak manfaat yang saya dapat dari posting ustazah, banyak benda yang selama ni kita rasa macam tersilap tapi sebenarnya kita yang tersilap menguruskanya”
“Betul. Kalau kita faham konsep qada dan qadar, terima segala sesuatu ada hikmahnya maka kita tidak akan persoal ketentuan Allah SWT.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika terkena sakit gigi yang dasyat, memang boleh meraung! terus rasa satu badan pun turut sakit. Masalah gigi sensitif ini akan datang jika minum air sejuk, gigi akan terasa ngilu dan tak selesa.
Menerusi satu perkongsian petua bagi mengatasi sakit gigi dari Aisyah Badar Bajraidi group facebook Petua Orang Tua, yang merupakan ini satu pengalaman beliau serta ujikaji yang mujarab pada dirinya apabila mengalami sakit gigi dengan hanya menggunakan satu bahan saja.
“Sebenarnya dah lama Aisyah buat. Dah 5-6 tahun gitu. Petua ni Aisyah terbaca kat website mat salleh dulu. Mat salleh panggil oil pulling.
Kebetulan masa tu gigi memang tengah sakit sangat. Tahap sakit dia tu sampai rasa nak tumbuk jek orang. Boleh bayangkan tak betapa sakitnya gigi tu.
Pastu bila Aisyah try petua ni dalam 2-3 kali gitu, ehhh gigi terus ok. Magic betul. Sampai sekarang gigi tu tak sakit tau.
Tapi last week, gigi Aisyah tetiba macam sensitive. Bayangkan bila ubat gigi kena kat gigi, gigi Aisyah terus bisa macam kene cucuk.
Pastu Aisyah try la petua ni. Alhamdulillah lepas buat 2 kali, gigi yang sensitif tu terus okey. Boleh gosok gigi dengan gembira.
Petua dia senang jek, korang cuma guna satu bahan, minyak kelapa dara (VCO). VCO tu anda ambil dalam 1 sudu besar gitu, kemudian anda kumur-kumur dalam 15 minit. Lepas tu baru buang.
Tapi awas, walaupun rasa minyak kelapa ni sedap, anda jangan telan pula yang dah kumur tu.
Minyak yang dah kumur tadi sebenarnya dah penuh dengan bakteria. Semua bakteria dalam mukut dah melekat kat minyak tu. Sebab tu kena buang minyak VCO lepas kumur.
Minyak tu korang jangan buang kat sinki tau sebab sinki boleh tersumbat. Jadi korang buang kat tong sampah atau pun tempat yang layak dibuang.
Kalau nak kesan lagi best, lepas kumur kumur tu korang floss sikit gigi tu. Biar tahi gigi dengan segala khazanah yang terselit tu bersih. Serious, nanti karang gigi pun segan nak datang tau.
Petua ni ala ala listerine, tapi kita guna bahan natural. Jadi petua ni bukan setakat berkesan, tapi dia juga selamat digunakan. Paling bagus buat 3-5x seminggu.”
Ni antara khasiat oil pulling yang lain;
– kuatkan gigi dan gusi
– mencegah cavities
– hilangkan bau mulut
– kurangkan gusi berdarah
– memutihkan gigi
Kalau tak ada minyak kelapa dara, guna minyak zaitun pun boleh. Dua-dua minyak ni boleh berfungsi sebagai antibakteria.
Beli karpet letak kat rumah untuk selesa duduk dan nampak kemas pada rumah. Tapi yang tak bestnya, bila dah lama guna mulalah hujungnya terkepak! Bila lalu lalang, salah jalan boleh tersadung dah tak pasal-pasal luka sana sini jadinya.
Dah cuba untuk kepak balik, tapi masih lagi tak jadi elok seperti asal. Sampai buntu jadinya! Kalau nak tukar karpet, karpetnya masih ok. Rugi pula nak tukar!
Tak payah fikir banyak, ikut je cara yang diajar oleh seorang pengguna laman Tiktok ini, @julespitch mengenai cara untuk luruskan balik karpet yang terlipat.
CARA UNTUK LURUSKAN KARPET
1. Ambil kain basah atau lembab. Letakkan ke atas karpet yang terlipat tadi.
2. Kemudian, ambil iron baju dan on kan macam biasa. Tak kisah iron jenis apa sekali pun janji panas. Lalu gosokan ke atas karpet yang telah diletakkan kain yang basah tadi. Gosok macam biasa sahaja. Macam iron baju. Lama-lama bahagian kepak akan terus lurus balik.
Kenapa tak boleh terus iron ke atas karpet tanpa perlu alas? Ini kerana akan menyebabkan kesan pada permukaan iron tersebut.
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya.
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.
Sumber foto: @blackpepperproduction
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di