Tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini selagi kita berusaha dan ingin berubah menjadi lebih baik. Ini lah yang dibuktikan oleh seorang insan yang dahulunya sering digelar sebagai ‘Budak Lembab’ atau Budak Dyslexia.
Namun siapa menduga, ketika di sekolah rendah melalui detik sukar namun kini menjadi insan yang hebat dan mampu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD.
Berkongsi kisah hidupnya, ayuh kita baca untuk dijadikan inspirasi kepada semua.
BUDAK DYSLEXIA
Telah lama rakan-rakan di Sekolah Rendah dulu minta saya kongsi tips bagaimana saya daripada seorang “BUDAK DYSLEXIA” boleh siapkan PhD…
Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang budak dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik.
Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. Sebak…!
Dilabel Budak Lembab
Pengalaman saya sebagai “BUDAK DYSLEXIA” berlaku di Sekolah Rendah sahaja…
Sekolah Rendah saya dulu di SRK Undang, Terengganu, tidak ada apa menarik tentang saya ketika di Sekolah Rendah seorang budak yang tidak boleh membaca daripada Darjah 1 hingga ke Darjah 5 memang tak ada cikgu pandang dan digolongkan dikalangan pelajar bermasalah/lembab.
Saya YAKIN tak ada siapa tahu tentang “BUDAK DYSLEXIA” symtoms seperti saya nyatakan di atas pada tahun 80an. Cikgu pada masa itu, hanya melabelkan sebagai budak lembab.
Mengimbau zaman sekolah rendah, saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BENNCI dan BENCI ke sekolah. Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bermula darjah 1, 2,3, 4 dan darjah 5. Setiap kali peperiksaan keputusan amat mengecewakan, lagi teruk Cikgu suruh pergi ke kanan saya ke kiri… Cikgu suruh ke kiri saya ke kanan… itu pun saya confuse… itu lah “BUDAK DYSLEXIA” .
Tapi saya bersyukur Mak dan Ayah saya tidak pernah melabelkan saya sebagai lembab atau bermasalah mereka tidak pernah membandingkan saya dengan adik-adik saya yang lain.. walaupun ternyata adik saya lebih pandai daripada saya.
Ads
Dipendekkan cerita.. Walaupun ramai Cikgu melabelkan saya sebagai pelajar lembab/bermasalah ada seorang cikgu ini melayan jer karenah saya iaitu Cikgu Ruslan.
“Saya buat-buat pandai menulis…”
Ketika saya Darjah 4 ada suatu hari Kelas Bahasa Melayu Cikgu Ruslan meminta kami menulis karangan tentang cuti sekolah yang lepas, tentulah sekali saya tak mampu menulis. Tapi saya buat-buat pandai menulis dengan yakinya.
Cikgu Ruslan meminta beberapa orang pelajar membaca karangan mereka, tiba-tiba nama saya dipanggil juga dengan penuh yakin ke saya hadapan kelas. Saya pandang pada buku dan baca karangan saya, sebenarnya saya bercerita apa yang ada dalam kepala saya dan susun ayat-ayat dengan rapi itu kelebihan “BUDAK DYSLEXIA” kami mempunyai DAYA IMAGINASI yang sangat tinggi selain itu, apa yang saya perasan kelebihan saya adalah petah bercakap dan suara lebih lantang daripada orang lain.
Cikgu Ruslan memuji BAGUS!. Alahamdulilah Cikgu Ruslan tak mintak buku saya kalau tak memang malu, saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis. Sebenarnya Cikgu Roslan ingin memberi keyakinan kepada saya. Semenjak hari itu, saya sangat teruja setiap kali sesi Kelas BM.
Gambar hiasan
Darjah 6 Baru Boleh Membaca
Saya lalui proses itu sehinggalah ke Darjah 5. Pada saya di Darjah 5 ada seorang Cikgu Practical saya dah lupa namanya, dia banyak mengajar saya macam mana nak bagi Huruf dan Nombor tak terbalik… pertama dia mintak saya fokus setiap kali saya menulis dan setiap kali terbalik dia mintak saya turus baiki dan dalam masa yang sama dia didik saya supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Alahamdulilah Darjah 6 saya dah boleh membaca walaupun merangkak – merangkak. Ketika Darjah 6, masing-masing sibuk dengan persiapan UPSR tapi saya masih main-main kerana Cikgu tak bagi tumpuan pun pada saya dan tak ramai cikgu tahu saya dah boleh membaca.
Hinggalah pada suatu hari, saya angkat tangan bila Cikgu Samsudin minta pelajar membaca karangan dalam buku teks… kebanyakan pelajar terutama sekali perempuan yang selalu pandang sinis kepada saya terbeliak mata mereka bila saya angkat tangan secara sukarela untuk membaca teks tersebut tanpa paksa… saya membaca walaupun merangkak haa… saya semakin YAKIN… Cikgu Samsudin dah mula bagi tumpuan dan memberi sokongan yang positif setiap hasil kerja yang saya lakukan.
Sampailah masa exam UPSR dan result saya tak seberapa… tapi pada saat itu saya berazam untuk jadi pelajar terbaik, jadi perhatian dan berguna untuk orang dikeliling saya.
Ads
Berubah Di Sekolah Menengah
Masuk ke Alam Sekolah Menengah saya nekad tidak mahu peristiwa yang dilebalkan “BUDAK LEMBAB” biarlah kisah di Sekolah Rendah jadi satu sejarah. Dengan RESULT UPSR tak berapa cemerlang saya ditempatkan dikelas hujung pada Tingkatan 1.
Alamdulilah pada tahun pertama di Sekolah Menengah saya di antara TOP Students daripada kelas bawah tahun berikutnya saya berada antara kelas-Kelas terbaik.
PMR dan SPM saya memperolehi KEPUTUSAN CEMERLANG… dan merupakan antara pelajar yang AKTIF dalam Sukan, Pidato, Debat dan lain-lain.
Berada di Universiti ramai rakan-rakan di SRK Undang sudah lupa siapa saya dulu iaitu sorang “BUDAK DYSLEXIA” …
Ramai yang sangkakan saya merupakan pelajar CEMERLANG daripada Sekolah Rendah… Alahamdulilah sekarang saya telah berjaya menggenggam segulung PhD.
Terima Kasih kepada Allah SWT, MAK dan AYAH saya, GURU-GURU saya di SRK Undang dan Rakan-Rakan yang banyak membantu… tanpa mereka mungkin saya tidak seperti hari ini.
INI NASIHAT SAYA (BUDAK DYSLEXIA)
Kepada ibu,bapa yang mempunyai anak DYSLEXIA agar tidak fikir anak itu bodoh atau lembab mahupun OKU, anda perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka…
Kepada GURU-GURU jika anda mempunyai pelajar seperti ini bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan mereka dan mereka juga perlu didiagnos seawal mungkin supaya mereka tidak dibiarkan terus hidup dalam keadaan yang bermasalah.
Ads
Bersama keluarga tercinta
Mereka perlu mendapat pendekatan pembelajaran yang sesuai tidak sama dengan pelajar-pelajar lain. PERCAYALAH! BUDAK DYSLEXIA mempunyai kelebihan tersendiri terutama sekali DAYA PEMIKIRAN KREATIF dan DAYA IMAGINASI YANG TINGGI dengan itu mereka dengan mudah boleh berfikir diluar KOTAK.
Sedapnya jika dapat hirup kuah sup ketika suam-suam. Lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk atau badan kurang sihat.
Namun di sebalik keenakan rasa kuahnya, jangan tidak tahu disebaliknya tersimpan masalah lain terutama pada kesihatan kita.
Sup tulang misalnya mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.
Justeru, ada beberapa kaedah untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Jom kita semak!
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Foto Kredit: Nileya Nazri
Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Senduk harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.
Foto Kredit: recipesbnb.com
Cara Ketiga: Menyejukkan Sup
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut.
Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darah anda nanti.
Kejadian bila sedang memasak dan terhidu pula bau gas semestinya mengundang rasa panik dan kerisauan yang teramat hingga merasakan menutup api dan berhenti memasak adalah yang terbaik.
Pun begitu, melalui perkongsian Arm Ika bolehlah dijadikan panduan untuk anda atasi masalah gas berbau lebih-lebih lagi setelah baru ditukar.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Andai posting ni lari tajuk maafkan saya….saya sekadar ingin membantu apa yang saya tau…sebab tadi saya ada terbaca posting dari group lain hadapi masalah nie…lepas tu terdetik nak berkongsi kat rakan.
Saya nak kongsi ilmu mengenai “Tong Gas” bila pasang kepala gas untuk gas yg baru,lepas tu ada bunyi gas keluar.
Cara atasi
Step 1…getah hitam kat dalam kepala gas tu…
Step 2…keluarkan getah tu guna pisau ke apa2 saja benda yg tirus,yg boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tuu..
Step 3: bila dah keluar terbalikan getah hitam tu,lepas tu masukkan semula
Step 4…tekan terus bg rapat guna jari pon boleh…
*kalau tak ada getah langsung dalam kepala gas tu boleh ambil dari tong gas yg lain masukkan dalam tu
*Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yang sepatutnya untuk tengokkan…
Ramai jugak yang guna cara lilit getah di kepala luar tu ye…itu pun memang membantu dan berkesan…tapi kalau ikut kata suami saya dia tak galakkan saya pun tak tau la kenapa…
*suami saya bekerja bahagian gas memasak.
Setiap kali jejaka ini muncul di media sosial, pasti ramai yang terpaku melihat kareakternya. Bukan hanya murah dengan senyuman, tetapi bakat memasak yang ada pada dirinya membuatkan ramai yang tertarik untuk mencuba.
Itulah dia Mohd Shafiq, 28, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, yang cukup terkenal di laman tiktok dan trademark suka tersenyum itu membuatkannya dikenali hingga kini sudah memiliki lebih 590,000 pengikut di platform berkenaan.
Ia kerana semua video dimuat naik menunjukkannya tersenyum memandang kamera daripada awal hingga selesai memasak.
Senyuman buat bertambah manis
Mohd Shafiq berkata, apa dipaparkan di laman sosial itu adalah karakter semulajadinya dan bukan dibuat-dibuat untuk menarik perhatian pengikut atau penonton videonya.
“Saya memang suka senyum tidak kira ketika bergambar atau di dalam video, jadi apa yang dipaparkan itu adalah personaliti sebenar saya.
“Lagipun, senyuman itu satu sedekah dan akan buatkan seseorang itu bertambah manis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Belajar masak dengan ibu umur 11 tahun
Minat memasak yang ada dalam diri pegawai forensik di salah sebuah Jabatan Kimia di negara ini berkata, dia memang suka memasak. Bahkan, dia boleh menyediakan lima hingga enam jenis masakan dalam sehari.
“Ilmu memasak dipelajari daripada ibu (Noraini Buang, 62) ketika berusia 11 tahun dan pendedahan awal itu mengajar saya menjadi seorang yang berdikari.
“Saya mahu berkongsi ilmu dengan orang ramai dan memilih platform TikTok sebagai medium dan gembira kerana perkongsian saya ini menerima maklum balas positif daripada pengikut.
Memasak satu hobi & terapi
Katanya, lebih memberikan kepuasan apabila ramai pengikut sudah mencuba resipi dikongsinya dan mula berubah sikap iaitu daripada seorang yang dulunya liat ke dapur dan kini rajin memasak.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi dan terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
Masak lepas balik kerja atau cuti
Bukan itu sahaja, hobi itu berterusan sehingga kini dan setiap kali pulang daripada kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.
“Cuma, saya masih bujang, jadi kelengkapan di rumah agak terhad dan hanya menggunakan apa saja yang ada, misalnya cawan untuk menyukat bahan dan tunjukkan cara satu persatu cara memasak supaya pengikut yang menonton tidak rasa susah untuk mencubanya sendiri di rumah,” katanya.
‘Menjual’ muka saja di TikTok
Di sebalik komen positif, ada kecaman diterima daripada segelintir warganet yang menuduh video dimuat naiknya palsu dan sekadar disunting semata-mata.
Namun, Mohd Shafiq tidak mengendahkannya kerana lebih menghargai mereka yang memberi sokongan sejak dulu hingga kini.
“Ada segelintir warganet meragui kebolehan saya kerana penampilan memakai kemeja ketika memasak selain mengatakan saya hanya ‘menjual’ muka saja di TikTok.
“Tetapi tuduhan mereka tidak benar kerana ramai sudah mencuba resipi dikongsikan dan percubaan mereka berhasil.
“Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang menyokong kerana sokongan itu memberi lebih semangat untuk saya berkongsi ilmu masakan,” katanya.
Justeru, dia merancang mahu mengukuhkan nama di laman sosial dan jika ada rezeki mahu mengeluarkan produk sendiri nanti.
Setakat ini, TikTok Shafiq yang menggunakan nama @shafiqcute itu telah mendapat lebih daripada 500 ribu pengikut yang rata-ratanya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.