Kesan covid-19 bukan sahaja mengancam kesihatan umum namun wabak ini telah memberikan impak besar kepada kelembapan ekonomi global. Oleh yang demikian, apa yang kita boleh lakukan ketika waktu ekonomi tidak baik?
Menjawab persoalan ini, di sini dikongsikan pengalaman dan pandangan daripada saudara Azizul Azli Ahmad berkenaan hal ini dan turut dikongsikan 13 perkara perlu buat. Jom semak.
Zaman saya bekerja dengan firma arkitek tahun 1997 hingga tahun 2000.
Waktu itu berlaku recession ekonomi kali pertama sejak kerja. Gaji saya dipotong majikan sehingga 40% sebenarnya.
Kerja mula rasa dah tak seronok, hujung minggu saya kerja di Locanta Cafe di Am Corp Mall dan malamnya buat illustration mana mana firma yang nak saya lukis rumah mereka atau interior.
Waktu itu, ramai rakan rakan yang beli rumah dan kereta terpaksa jual balik.
Ada kawan saya yang beli Honda Mayat, bila tak mampu bayar dia bawa balik dan simpan di kampung di Kedah. Kereta itu dia balut dan simpan di rumah Pak Sedara katanya.
Waktu itu saya masih naik motor ke pejabat dari Kelana Jaya ke Damansara.
Kali kedua berlaku kelembapan ekonomi tahun 2008-2010. Lepas 10 tahun kini 2020 ia kembali lagi.
Setiap 10 tahun petanda hampir sama cuma puncanya saja berbeza. Kali ini Covid-19 menjadi pencetus global.
Ads
Saya jangkakan kelembapan ini akan makan masa 1-2 tahun juga untuk kembali pulih.
Apa petandanya,
+ Supply rumah akan berlebihan
+ BR bank akan naik secara perlahan lahan
+ Lelong hartanah semakin banyak
+ Permintaan rumah baru merudum
+ Harga Subsale dah sama dengan lelong.
+ Pemaju mula gulung tikar.
+ Bidang pembinaan banyak buang pekerja.
+ Rumah ada dijual 30-50 below Market Value
+ Harga minyak mula semakin rendah
+ Jualan kereta merosot teruk
+ Hutang kredit bertambah
+ Inflasi makin tinggi.
+ Kadar pengangguran semakin besar.
Apa yang kita boleh lakukan diwaktu ekonomi tidak baik.
1. Jangan buat hutang baru, bayar dan selesaikan hutang yang sedia ada.
Ads
2. Jangan beli hartanah yang ‘mahal’. Hartanah tetap ada median price.
3. Akan muncul banyak skim cepat kaya. Jangan mudah terlibat saja.
4. Simpanan kecemasan mesti ada 6 bulan gaji. Jika gaji RM3000 x 6 = RM18,000 simpan dalam ASB atau Tabung Haji.
5. Jangan selalu makan diluar, masak makan dirumah lebih baik.
6. Jangan cuba tukar kereta baru dulu, cuba tahan nafsu selagi mampu.
Ads
7. Jangan pindah kemajikan baru. Peluang di berhentikan tinggi sebab baru kerja.
8. Jual atau buang benda yang bebankan hidup. Jika tak guna baik jual saja.
9. Banyakkan simpanan, akan ada hartanah yang dijual oleh penjual terdesak yang nak lepaskan hutang.
10. Senaraikan apa aset dan liabiliti yang kita ada. Buang liabiliti yang susahkan hidup kita.
11. Usaha, belajar dan jangan putus asa untuk jana pendaaptan tambahan.
12. Lindungi keluarga dengan takaful atau kad perubatan jika mampu. Jika belum mampu tak mengapa.
13. Jangan tambah isteri, takut tak mampu tanggung kita makan duit dia saja nanti. Berdosa
Ramai orang cipta kejayaan waktu ekonomi perlahan dengan peluang yang ada.
Membesarkan anak-anak agar berjaya di dunia dan akhirat diakui adalah tanggungjawab yang bukan mudah untuk dilaksanakan.
Apatah lagi dengan ujian hidup yang mendatang, semuanya harus dilalui dengan tabah. Walau terkadang terasa sempit namun sebagai ibu ayah, tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Begitu juga kisah perkongsian hidup bagi wanita bergelar ibu ini. Bukan sedikit dugaan yang dilaluinya, namun semua itu dapat diterima dengan sabar dengan bersandarkan kepadaNya Allah yang berkuasa.
Nak tahu lanjut perjalanan kisahnya, di sini dikongsikan moga dapat menyuntik inspirasi untuk yang lainnya.
10 TIPS UNTUK MENJADI WANITA DAN IBU YANG BERJAYA MESKIPUN SEMPIT
Ketika saya perlu mulakan semula hidup saya pada usia 41 tahun, anak lelaki saya ini masih belajar di MRSM Pengkalan Hulu.
Anak lelaki kecil saya pula waktu itu baru berusia 3 tahun. Masih perlu digendong, masih menyusu.
Waktu itu, saya tidak punya pekerjaan, tidak punya wang, jika ada pun sekadar cukup makan kami 6 beranak sahaja. Tidak cukup wang untuk membayar sewa rumah. Hampir setiap hari tuan rumah datang untuk menghalau kami keluar.
Anak-anak masih kecil. Dihimpit dengan banyak tekanan. Namun sebagai seorang ibu, dalam keadaan macamana pun sudah tentu kita semua ingin berikan yang paling baik untuk anak-anak kita.
Menjadi seorang ibu yang baik bukanlah bererti kita adalah yang terbaik, tetapi dengan memberikan yang sehabis baik yang mungkin dan selebihnya adalah dengan bantuan dan keizinan dari Allah kerana kita adalah makhluk yang tidak berdaya.
Memberikan yang terbaik bererti menghantar anak-anak ke tempat pengajian tertinggi dengan semampu mungkin, memberikan bimbingan kepada mereka untuk berjaya jika tidak dalam pencapaian akademik pun sekurang-kurangnya kita sudah mencuba tanpa ada sebarang rasa putus asa.
Saya yakin dan percaya semua ibu mampu untuk melakukan ini dengan mudah. Meskipun berada dalam kesempitan hidup dan sedang dilanda dengan pelbagai ujian rezeki, perceraian, fitnah atau apa sahaja bentuk dugaan hidup InsyaAllah.
Baca 10 tips untuk berjaya ini…
1. Amalkan bangun pagi setiap hari. Saya sangat yakin dan percaya bahawa rezeki datang di awal pagi. Meskipun rezeki itu bersifat infiniti dan tidak akan pernah habis. Saya sendiri akan bangun seawal 4.30 pagi setiap hari. Atau pada jam 6 pagi jika “cuti”.
2. Sulit bagaimana sekalipun hidup jangan tinggal solat. Kerana solat itu adalah ubat bagi hati yang sedih dan kunci bagi rezeki. Pernah seorang wanita mengadu kepada saya dan dengan panjang lebar dia bercerita tentang rumahtangganya. Saya bertanya adakah dia solat? Dia kata tidak. Lalu saya segera minta dia dahulukan itu dulu sebelum hal-hal yang lain.
Buruk lagu mana pun kita… Siapa pun diri kita… Sibuk macamana pun kita, jangan tinggal solat.
3. Bacalah Al-Quran setiap hari. Jika boleh baca 1 mukasurat sehari. Jika tidak boleh bacalah sepotong ayat. Jika tidak boleh, bacalah terjemahan ayat. Semua itu “ubat”.
Dengar ceramah agama setiap hari sekurang-kurangnya satu topik. Boleh buka YouTube dan buat carian untuk topik yang anda mahu. Contohnya “La Tahzan…”. Tambah ilmu setiap hari untuk perbaiki diri.
4. Jangan pernah berkira untuk bersedekah. Bersedekahlah dari mampu beri 50 sen sehingga mampu beri RM50 atau 1K tanpa ada sebarang rasa riak walau sebesar zarah pun. Bersedekahlah dari miskin sehingga kaya. Trust Allah for this. Buat dengan istiqamah.
5. Jangan berkira dengan ibu dan ayah. Saya sudah tidak punya ibu. Hanya punya ayah. Memberi tanpa bertanding dengan adik-beradik yang lain. Tidak perlu tunjuk apa pemberian kita. Cukup Allah tahu sahaja.
6. Usah berkira dengan adik-beradik. Belanja mereka makan. Bagi mereka rasa apa yang anda rasa. Kalau kita susah…kita hidangkan makan cara orang tidak berada. Kalau ada wang jamulah mereka dengan sebaiknya. Belanja adik-beradik dan saudara mara tanpa sedikitpun rasa megah dan jangan disebut-sebut pemberian kita.
7. Selalu ikhlaskan diri dengan anak-anak, keluarga dan orang sekeliling. Buatlah baik dengan semua orang meskipun orang tidak buat baik dengan kita. Jangan sibuk membicarakan hal orang. Fokus pada diri.
8. Sabar selalu. Sabar kalau ada yang mengata (terutama jika kita ibu tunggal). Sabar dengan kerenah anak-anak. Mereka adalah amanah dari Allah untuk kita. Sabar tika diuji dengan pelbagai jenis kesempitan hidup, makan, pekerjaan, tempat tinggal, pakai. Sabar…sabar… Kerana orang yang sabar adalah orang yang tenang dan menang.
9. Jangan ada sedikitpun rasa megah atau riak dalam hati. Terutama ketika memberi. Jangan riak ketika dipinjamkan dengan kekayaan, harta, pangkat, projek yang besar. Jangan. Saya sudah melihat orang yang sangat sangat kaya hilang segala hartanya dengan sangat mudah. Tuhan boleh memberi dengan cara yang kita tidak pernah sangka dan boleh mengambilnya dengan cara yang tidak pernah kita sangka juga. Ingat itu.
10. Usah pernah memburukkan bekas pasangan dihadapan anak-anak. Biar apapun terjadi dia tetap ayah kepada anak-anak kita. Usah menangis dihadapan anak-anak kerana ia akan meruntuhkan kekuatan jiwa anak-anak. Stay strong. Allah tahu…
Istiqamahlah dalam semua perkara ini. InsyaAllah yang sulit akan menjadi mudah bagi mu. Sekurang-kurangnya rezeki tidak akan putus buat mu…
Ketika hari konvokesyen anak saya, saya tidak dapat menahan airmata kerana mengenangkan banyaknya rintangan yang saya perlu lalui untuk pergi sejauh ini.
Kejayaan besar kita mungkin adalah kecil buat orang lain dan itu tidak mengapa.
Sabarlah….Allah sayang.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengurus laman agar terlihat menghijau dengan rumput karpet memang nampak cantik dan tenang. Namun tidak dinafikan bila menanam rumput karpet perlu dijaga rapi agar hidup sibur dan tidak pula ditumbuhi lalang atau rumput ‘degil’.
Pun begitu, tahukan anda andai menggunakan rumput karpet tiruan juga tidak kurang hebatnya dalam mewujudkan ruang laman rumah yang menghijau.
Malah ada cara bajet boleh anda lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh Alkisah Ed ini.
Assalamualaikum, saja nak share.. kos rumput karpet tiruan.. pasang sendiri..
Boleh beli rumput karpet di shopee dengan klik DI SINI
Kos:
Segulung Rumput Karpet Kaison 2×5 meter = RM198
Batu Kelikir 1 ela = RM 100 (ini pun ada lebihan)
Total kos rumah aku dalam RM 900. sebab keluasan memerlukan 4 gulung Karpet rumput.
Ada 2 jenis rumput karpet di Kaison.. satu harga segulung RM198 (rumput nipis) lagi satu harga segulung rm400++ (rumput tebal).
Step pemasangan:
Kalau ikut rules.. tambak dengan batu kasar dan pasir. Kemudian ratakan. End result dia, pijak sedap dan kemas.
Tapi aku punya break the rules (pemalas), hampar saja karpet rumput tu .. so ada la nampak natural dekat padang golf.. beralun-alun gitu.. kalau rata sangat.. nampak sangat macam padang lawan ball..
Bagi nak cover bahagian kiri kanan,.. letak la batu kelikir..pandai-pandaila cover untuk pokok, parit dan lain2.
Seharian juga la mengerjakan karpet ni.
Results tidaklah secantik upah orang buat.. Jadilah untuk kepuasan dengan cara sendiri.
Apa yang penting, tiap-tiap bulan, tak payah cabut rumput Israel lagi..
Memandangkan layer bawah style aku tidak ditambak dengan pasir, maka kalau pijak karpet ni tak pakai kasut, rasa macam pijak batu reflexology.
So untuk korang better letak pasir.. kalau rumah korang lantai dah simen.. lagi bagus..
Bulan Ramadan, bulan mulia yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mencari pahala yang banyak. Bulan yang mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mengawal segala nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun, terdapat 10 perkara tips penting yang perlu dilakukan dalam menempuhi bulan suci ini. Anggaplah ini sebagai Ramadan terakhir anda untuk merebut peluang pahala yang ada, kerana tiada siapa tahu bila pengakhiran kita nanti. Semoga bermanfaat kepada semua.
ANDAI INI RAMADAN TERAKHIRKU
Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita? Ramadan seterusnya, masih adakah peluang untuk kita mengumpul pahala berterawih dan bertadarus al-Quran? Masih sempatkah untuk kita merebut peluang bertemu dengan malam al-Qadar?
Tiada siapa yang mampu untuk memberi kepastian, bagi setiap persoalan.
Sahabat, mulakanlah persiapan kita seawal yang mungkin bagi bertemu dengannya. Anggaplah ini kesempatan terakhir kita untuk menikmati setiap kemanisan ibadah di dalamnya.
TIPS-TIPS PENTING ANDA PERLU LAKUKAN DALAM MENEMPUHI BULAN RAMADAN
Mulakan dengan melakukan 10 tips penting untuk menempuhi bulan Ramadan yang mulia:
Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (HR Muslim, hadis sahih)
3. PELAJARI HUKUM HAKAM PUASA
Dalami ilmu agama yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif.
Tujuannya adalah agar apa yang akan diamalkan dalam ibadah puasa lebih bermakna dan bulan Ramadan lebih dihayati.
Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menyebutkan:
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”
4. LAZIMI QIAMULLAIL
Mujahadah untuk bangun malam sebelum tibanya Ramadan (beberapa kali seminggu).
Hal ini bagi mengelakkan kita daripada liat untuk bangun malam di bulan Ramadan serta memudahkan kita untuk bangun bersahur.
5. BERAZAM UNTUK TIDAK MENINGGALKAN SAHUR
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra’ : 27)
7. MEMPERBANYAKKAN DOA
Berdoa supaya Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Memohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa sihat sepanjang Ramadan.
8. MELAZIMI SEDEKAH
Mulakan amalan bersedekah sedikit semi sedikit daripada sekarang. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta. Ianya termasuk dengan mempamerkan akhlak yang baik, senyuman dan raut wajah yang menyenangkan, meringankan beban dan membantu orang lain.
Boleh juga kenalpasti jiran tetangga yang kurang berkemampuan dan hulurkan bantuan kepada mereka.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, hadis sahih)
9. MENGHIDUPKAN AL-QURAN DI RUMAH
Mulakan membaca Al-Quran dan lazimi zikir supaya ia menjadi satu kebiasaan.
Memperkemaskan bacaan Al-Quran dengan pelajari ilmu tajwid.
Bila Ramadan tiba, amalan ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan seperti membaca terjemahan dan mentadabbur ayat-ayatnya.
10. MERANCANG TARGET RAMADAN
Target untuk khatam al-quran (rancang berapa helai atau juzuk yang akan dibaca dalam sehari supaya dapat khatam sebelum Ramadan berakhir).
Target untuk bersedekah di mana dan kepada siapa.
Target untuk solat sunat (solat sunat rawatib, dhuha, tarawih, tahajud, taubat, hajat, dan lain-lain).
Daripada Hasan al-Basri:
Maksudnya: “Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan). (Ibn Rajab, Bughya al-Insan)
Subhanallah. Nukilan Hasan al-Basri di atas sangat menyentuh sanubari. Maka sungguh rugilah bagi mereka yang tidak mempersiapkan diri untuk menuju bulan Ramadan al-Mubarak.
Semoga kita semua akan menempuh Ramadan kali ini dengan penghayatan yang berbeza.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...