Wanita itu nampak aje lembut dan manja tetapi serba serbi dilakukan untuk keluarga. Segala urusan dilakukan termasuk memasak, menguruskan anak-anak ke sekolah, bekerjaya, bayar bil dan ke kedai beli barang dapur. Sebaliknya kebanyakan lelaki hanya memberi tumpuan kepada kerjayanya.
Apabila suami melihat isterinya boleh berdikari, ada yang sengaja ambil kesempatan untuk isteri uruskan segala.

Sikap ini seharusnya tidak berlaku dalam rumahtangga. Suami harus saling melengkapi dan menghargai isterinya.

Perihal ini turut dinyatakan oleh saudara Firdaus Shakirin di facebook miliknya.

Bila Isteri Hebat Dan Pandai Berdikari, Suami Kena Hargai, Bukan Ambil Kesempatan.

IKLAN

Bila isteri terlalu berdikari, suami jadi tak bertanggungjawab…

Dilema seorang isteri…

IKLAN

Bilamana seorang isteri itu mampu menguruskan anak2 dgn sendirinya, mampu pergi ke mana2 dgn sendirinya, mampu beli itu ini dgn sendirinya…lama kelamaan, serba serbi dia kena buat SENDIRI…

Dlm rumahtangga, peratusan utk MEMBERI itu perlu seimbang…isteri xbleh bagi all out, 100%…perlu simpan sedikit, mgkin memberi sekadar 50% sahaja, dan selebihnya 50% dari pasangan iaitu suami…ataupun 30% dr isteri, 70% dari suami…sama utk suami, suami xbleh buat semua sendiri, ada juga perkara yg perlu ajar dan suruh isteri utk buat, supaya kalau jadi sesuatu kpd diri suami, sekurang2nya isteri ada asas utk menapak dan meneruskan kehidupan bersama anak2…

IKLAN

Bila peratusan sumbangan dari isteri itu lebih dr suami, lama kelamaan dia akan mengungkit disebabkan dia dah letih…terlalu byk yg dia dah sumbang dan buat utk rumahtangga tu sehinggakan suaminya menjadi selesa, lepas tgn dan menjadi tak bertanggungjawab…

Isteri berdikari utk kebaikan BERSAMA, bukan utk suaminya menjadi SELESA…

Kredit: Firdaus Shakirin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI