Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.
Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah pastinya melalui cabaran yang tidak sedikit letih, penat, dan kadangkala diuji dengan emosi yang turun naik.
Menarik dengan perkongsian ini, seorang suami menunjukkan bagaimana kata-kata sederhana tetapi penuh makna mampu menjadi penguat semangat buat isterinya. Kisah yang sungguh inspirasi.
Ads
Ads
Saya suka bagaimana suami memotivasikan isterinya untuk sentiasa positif dengan anak kecil 3 ketul di rumah ni 24 jam. Setiap kali dia balik, dia akan tanya, “siapa yang paling banyak bagi pahala harini dekat sayang?” Semestinya yang no dua. Selalunya suami sampai rumah, anak anak semua dah siap mengaji dan tidur. Depa pun dah lali lena bawah ketiak umminya. . . Saya ni, memang sepenuh masa di rumah. Ini je lah jalan pahala saya. Dapat suami soleh, anak anak sihat, Dia uji dengan cranky sikit habuan nak bagi pahala lebih. Jadi, setiap hari, suami akan ajar settingkan berapa banyak dah pahala kesabaran di rumah. Sabar sabar.. Setiap hari suami tanya, dia juga akan ucapkan terima kasih sudi jaga didik anak dia. Nampak simple je perkataan tu.. Tapi, memang berjaya buatkan keletihan sehari hilang seolah olah tak jadi apa apa. . . Dan kerana kata kata penghargaan tu lah, sememangnya kepulangan suami dinanti dengan tak sabar. Seumpama menunggu painkiller untuk killkan semua keresahan sepanjang hari.. . Setiap pahala sabar hitungannya besar. Kadang, rasa macam pahala tak cukup, gagah jugak menulis dan buat bacaan fatwa fatwa semasa sebagai pelepas Fardu Kifayah. Ilmu ni pinjaman yang akan Allah tanya juga. Dia takkan bagi mudah mudah ja tanpa disoal, kan? Susah sebenarnya nak didik hati sendiri supaya boleh behave. Sebab, kita takkan mampu jadi ‘mak yang baik’ sentiasa.. Ada masa kita kalah dengan emosi. Ada masa kita cuai, ada masa kita gagal. Kadang, pandang anak, rasa macam tak cukup bagi perhatian pun ada sebab tak 24 jam pandang dan fokus ke depa.
Ads
Semoga semua jalan jalan pahala ni, dapatlah kambus dosa dosa yang tak terperasan dan yang terperasan. Sebab, sehabis mana pun kita usaha, kita tetap akan cuai sebagai manusia🥲. Kita ni tak banyak pahala. Dosa pulak banyak.. moga moga ujian dan latihan yang Allah bagi sikit sikit ni, itulah ladang pahala yang besar. Rugilah kalau kita mengeluh untuk pahala. . . Dia macam, Allah nak bagi kita duit saving banyak banyak, tapi kita mengeluh, kenapa banyak sangat saving akhirat kita nak dapat? “Bagi sikit je duit tak boleh ke?” Ada ke orang tanya gitu kalau kita convert ke currency keduniaan?😆 Sebabtu lah, nabi pesan.. Orang yang bijak ialah orang yang berwawasankan akhirat. Orang yang berwawasankan akhirat ni tak semestinya ustaz ustazah saja.. Salah.. Tapi, orang yang berwawasankan akhirat ialah seseorang yang buat sesuatu untuk tabungan di sana. Matlamat hidup dia bukan untuk kesenangan sehari dua, tetapi untuk kesenangan abadi selamanya. Jika kita hidup betul betul berwawasankan akhirat, hidup kita akan tenang, aman dan positif. Orang yang cintakan dunia pula, dia terlupa bab tabungan di sana.. Jadi, dia akan rasa segala ‘ pengorbanan’ dia ni, kalau tak dihargai semuanya sia sia. Mana ada.. firman Allah dalam surah Al-Anbiya 21:94 فَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ فَلَا كُفۡرَانَ لِسَعۡيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ English – Sahih International So whoever does righteous deeds while he is a believer – no denial will there be for his effort, and indeed We, of it, are recorders. Malay – Abdullah Muhammad Basmeih Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
Ujian kita berbeza-beza. Namun ujian seorang ibu ini yang sanggup memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan kandungannya amat luar biasa.
Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, seorang ibu, Alin Azreen terpaksa memotong kaki kanannya akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Lebih mengharukan bila mana ibu kepada dua anak sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya sebelum memotong kaki.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
“Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak.
“Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Ibu yang kelihatan cukup ceria dan bersemangat ini juga turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang tepat malah membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan.
“Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meninggal akibat sengatan tebuan. Seorang suri rumah maut dipercayai akibat terkena sengatan tebuan dalam kejadian yang berlaku di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam Ahad telah meragut nyawa mangsa seorang wanita berusia 61 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail memaklumkan, mangsa Rohani Mohd Shariff, 61, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Gambar sekadar hiasan
Menurutnya, kejadian disedari anak lelaki mangsa ketika pulang ke rumah sebelum mendapati ibunya sedang menanggung kesakitan.
“Semasa anak lelaki mangsa pulang ke rumah mendapati ibunya sedang kesakitan dan dimaklumkan oleh mangsa bahawa terkena sengatan tebuan,”katanya.
Wan Azharudin berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.
“Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya.
Difahamkan, mangsa terkena satu sengatan tebuan di bahagian badan semasa berada di rumah.
Beliau berkata, tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.
INFO TAMBAHAN:
Memetik info berkaitan dengan bahaya sengatan tabuan yang disiarkan oleh Astro Awani, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, selain langkah pencegahan, masyarakat juga perlu tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya disengat tebuan atau serangga berbisa.
Berikut merupakan tindakan kecemasan atau langkah awal bagi mengelakkan nyawa melayang jika terkena sengatan:
Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
Basuh dengan air dan sabun atua cecair antiseptik.
Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
Bawa mangsa ke kecemasan dengan segera.
Selain itu, Dr Samhan berkata, beberapa langkah pencegahan perlu diamati dalam usaha untuk menjauhi ancaman serangga berbisa ini yang boleh meragut nyawa. Elakkan anak bermain dalam hutan.
Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak memakai baju lengan panjang, seluar panjang dan bertopi.
Elakkan menggunakan pakaian berwarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan.
Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan.
Sumber: Sinar Harian & Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yusry kongsi anak sulung genap 10 tahun, momen manis sebagai seorang ayah. Momen bergelar ibu bapa sememangnya penuh warna dan cepat berlalu. Itulah yang diluahkan oleh pelakon dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim apabila anak perempuannya kini sudah menginjak usia 10 tahun.
Yusry Kongsi Anak Sulung Genap 10 Tahun, Momen Manis Sebagai Seorang Ayah
Menurut Yusry, seakan tidak percaya puterinya kini sudah mencapai usia dua angka kerana dalam hatinya, anak kesayangan itu masih lagi seperti bayi kecil yang pernah ditatang penuh kasih sayang sejak lahir.
Dalam perkongsian di Instagram, Yusry menceritakan memori indah melihat anaknya melangkah buat kali pertama dan menyebut kata pertama yang ditujukan kepadanya sebagai ‘daddy’.
Demi meraikan hari istimewa itu, Yusry turut meluangkan masa dari jadual penggambaran untuk menikmati makan tengah hari bersama keluarga. Lebih manis, si kecil yang diraikan meminta semua ahli keluarga mengenakan warna kegemarannya iaitu merah jambu, namun dia sendiri memilih tidak memakai warna tersebut agar tampil lebih menyerlah sebagai ‘birthday girl’.
Menutup coretannya, Yusry menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat anaknya agar tidak cepat membesar, sambil meluahkan rasa cinta sebagai seorang ayah. Isterinya, pelakon Lisa Surihani, turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kebaikan buat puteri kesayangan mereka.
Momen ini nyata menjadi kenangan manis yang menggambarkan kehangatan kasih sayang sebuah keluarga. Untuk info, Yusri dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.