Elisya Sandha antara selebriti cantik yang kekal menawan meskipun sudah bergelar ibu. Bersalin secara caesar tidak menjadi masalah buat Elisya untuk kembali langsing. Malah ibu jelita ini sudah mula aktif bersenam selepas tiga bulan bersalin.
Bercerita tentang amalan yang dilakukan selepas bersalinkan anak sulungnya setahun yang lalu, Elisya rajin menjaga kesihatan diri. Pelakon yang juga menantu kepada penerbit terkenal Shiela Rusly aktif bersenam.
Elisya Sandha Kongsi Rahsia Langsing
Ibu kepada Bunga El-Haq ini mengamalkan senaman berlari sambil menolak kereta sorong anaknya di sekitar kawasan perumahan. Elisya juga sering melakukan senaman regangan.
Biarpun melalui proses melahirkan secara pembedahan, namun Elisya dilihat sangat cergas melakukan senaman untuk memastikan badannya kekal fit setelah dua bulan berpantang. Elisya hanya berjogging beberapa langkah sahaja kerana hampir tiga bulan kakinya lembik seperti mahu terjatuh dan tidak kuat.
Ads
Bersalin Caesar Bukan Alasan Tak Boleh Bersenam
Sebenarnya tidak salah melakukan senaman selepas melahirkan anak tetapi ada beberapa panduan perlu diikuti.
*American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar para ibu selepas bersalin menyasarkan masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk bersenam setiap hari.
Anda boleh bermula dari aktiviti berimpak rendah, seperti berjalan kaki.
*Apabila sudah mendapatkan semula kekuatan, anda boleh menambah tempoh masa berjalan atau bilangan berjalan anda dan mula bekerja dalam aktiviti aerobik yang lain.
Ads
*Lakukan secara perlahan-lahan enam minggu pertama selepas bersalin dan kekal pada intensiti senaman yang santai. Tahap pernafasan ketika itu perlu sederhana di mana anda boleh mengekalkan perbualan tetapi tidak menyanyikan.
*Cuba lakukan rutin berjalan kaki sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit sebelum bertukar kepada senaman lain.
Ads
Senaman selepas bersalin boleh membantu para wanita mengurangkan sakit belakang. Pun begitu, senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah. Jika ia berlaku, dapatkan rawatan segera.
Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan hali memang banyak khasiatnya, bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Perkongsian dari Noriza Rahman mungkin boleh membantu anda yang ingin cantik dan mantap luar dan juga dalaman.
Nak tahu caranya, jom baca ni.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pepatah yang sudah mangli. Nak buat tu tak susah, tapi yang payahnya nak istiqamah. Betul, kan?
Siapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan ‘figure’ badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.
Kan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu SEGERA lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Masa balik kampung, ayah bagi seperdu pokok serai. So, alang alang serai, halia dan lemon ada banyak sangat dalam gerobok ni, meqza nak kongsikan kepada kalian khasiat air rebusannya jika diamalkan.
1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit
Serai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.
2. Melegakan senggugut
Wanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.
3. Faedah anti-kanser
Baru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Untuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.
5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.
6. Sebagai diuretik
Selalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.
7. Detoksifikasi
Serai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?
8. Meningkatkan kadar metabolisme
Kita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
9. Menyokong penurunan berat badan
Antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.
Jika kalian ingin glowing dari dalam, ini adalah resipi air rebusan serai yang bagus ditambah dengan ‘spicy ginger’ serta ‘zesty lemon’ yang memberikan rasa ‘kick’.
Kalian boleh memulakan minuman pagi dengan secawan air rebusan yang hangat atau sejuk untuk diminum sepanjang hari. Memang terasa sungguh kepahitan dan kepedasannya. Tapi, itu lah penawarnya.
Balik kampung dapat banyak serai dan lemon ayah bagi, jadi buat lah air rebusan ni.
Cara penyediannya:
7 batang serai – diketuk (guna 3 batang pun ok)
Halia sebesar ibu jari – diketuk
3 biji lemon – dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)
Air dalam 1liter
*Ini meqza bahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau tak nak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Wajib diminum setiap pagi atau malam. Sebaiknya diminum semasa perut kosong.
Rasanyaaa? Umphhh lah!
Kalau tak boleh nak teguk segelas, man man minum. Rasa nak manis, tambah lah madu sikit.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa je yang tak kenal YouTuber popular, S.Pavithra yang namanya semakin hari semakin melonjak naik dengan video masakannya tular.
Sejak semalam, viral gambar Youtuber yang berumur 28 tahun itu yang tampil dengan imej yang berbeza persis model hasil dari sentuhan jurusolek Razzi dan busana yang cantik dari pereka fesyen terkenal yang dirakam @pinography.
Transformasi ibu kepada dua orang anak ini bukan sahaja mendapat pujian dari netizen, malah selebriti juga turut teruja dengan kecantikan Pavithra ini.
Pasangan Sugu Pavithra mula menempa nama sehingga digelar ikon masakan apabila memuat naik video-video masakan yang ringkas tetapi enak dalam Bahasa Melayu yang fasih.
Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah setiap kali memuat naik video pasti mendapat sambutan ramai sehinggalah ke Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini mereka berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru hasil dari pendapatannya memuat naik video di laman Youtube miliknya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.