Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi membuat pengumuman khas darurat. Dalam perutusan tersebut Perdana Menteri menjelaskan pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera dan tiada perintah berkurung.

“Bila Keadaan Dah Reda, Pilihlah Kerajaan  Anda Nak.” Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos, Bendung Covid-19!

“Selain peningkatan mendadak kes positif COVID-19, terdapat beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Kelantan yang sedang mengalami bencana banjir yang besar yang telah secara langsungnya turut menjadi ancaman besar terhadap keselamatan dan kehidupan ekonomi rakyat.

“Seperti yang telah saya jelaskan semasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam, kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat. Oleh itu, Kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat tidak lumpuh.

“Setelah mempertimbangkan nasihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah berpuas hati bahawa adanya keperluan mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi membolehkan Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.

“Bila Keadaan Dah Reda, Pilihlah Kerajaan  Anda Nak.” Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos, Bendung Covid-19!

IKLAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat.

“Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang juga akan berfungsi.

“Daripada segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh YDPA dari semasa ke semasa.

IKLAN

“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.

“Bila Keadaan Dah Reda, Pilihlah Kerajaan  Anda Nak.” Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos, Bendung Covid-19!

Dalam pada itu menurut Muhyiddin, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya.

IKLAN

“Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan. Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.

“Justeru, saya memberikan komitmen yang tegas bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya adalah selamat untuk diadakan.

“Pada masa itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara dan saudari sekalian. Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, insya-Allah.

“Bila Keadaan Dah Reda, Pilihlah Kerajaan  Anda Nak.” Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos, Bendung Covid-19!

Berikut antara intipati pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi:

  • Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius.
    Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.
  • Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan.
  • Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.
  • Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.
  • Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP.
  • Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran
  • Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
  • Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.
  • PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
  • Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.
  • Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.
  • Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani #COVID19 dan urus ekonomi negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI