Mulai 10 Jun kita semua dibenarkan merentas negeri. Tentu ada yang tidak sabar untuk pulang ke kampung.
Namun, dalam kegembiraan meraikan kebenaran ini, kita kena patuhi beberapa peraturan sebagaimana yang dijelaskan oleh Public Health Malaysia.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan, masyarakat juga telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri.
Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko.
Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.
Ads
Lokasi dan aktiviti memainkan peranan penting. Jika anda nampak suatu lokasi kelihatan padat dan sesak, SKIP dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.
Pilihlah lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.
Anak anak adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Anda boleh biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.
Ads
ALERT JADUAL
ALERT UNDANG-UNDANG
Ads
JAGA PENJARAKKAN DAN KEBERSIHAN
Sumber: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Istilah ‘payung emas’ yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.
Memberi respon kepada berita yang dilaporkan di Astro Awani, Ustazah Asma’Harun berkongsi pandangannya berkenaan pencerahan yang diberikan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Alhamdulillah, semoga dengan pencerahan ini, kita lebih berhati-hati berkata atau menulis berkaitan poligami, daripada dulu saya konsisten menyatakan bahawa ia adalah palsu, namun tetap pihak-pihak guna pakai, kadang dengan nada bergurau.
Bahkan selalu diingatkan kepada lelaki yang ingin berpoligami, jangan duk paksa dengan mengingatkan isteri tentang besarnya ganjaran itu ini, paksa terima atas nama taqdir dan jodoh, jika anda sebenarnya tidak mampu, tambah pula isteri tidak mahu.. isteri mungkin dapat pahala dan syurga atas sabarnya menahan derita, kalian pula tiada di syurga atas sebab berlaku zalim. Zalim ni pula memang kena bahas lagi, ramai yang rasa dia tak buat zalim sebab isteri tak bersuara, suami seolah boleh guna kuasanya atas sebab wajib ditaati.
Ingatlah menyakiti hati saudara muslim itu perbuatan dilarang, sakitkan hati kawan-kawan pun diberi dosa, ini hati isteri yang terlalu banyak berkorban. Data kelahiran anak lelaki di Malaysia masih ramai lagi lelaki berbanding perempuan, jika nak buat alasan sebab nak berikan peluang pada wanita.
Beginilah, memang ada poligami yang harmoni, biasanya suami ni memang seorang yang luar biasa juga usaha untuk berikan yang terbaik dan merawat hati isteri pertama secara berterusan, dan benar-benar ikut sunnah dan cara nabi, kenapa setelah kewafatan Saidatina Khadijah baru Nabi mula poligami, pada usia 53 tahun dan ke atas, semua tu dihalusi. Dengan siapa yang dinikahi, atas dasar apa dan lain-lain. Memang apa yang Nabi SAW lakukan ada hikmah besar, namun ia bukan pada nikah lebih satu sahaja, tapi pada cara pelaksanaan juga diikuti. Hadis berkaitan Nabi SAW tidak setuju Anakanda Fatimah R.A untuk dimadukan adalah benar .
Tidak berdosa isteri yang menolak keinginan suami, atas sebab tertentu..
“Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:
Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”
Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”
Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:
Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”
Kebanyakan pasangan muda daripada awal nikah, bermula kosong dengan kehidupan yang susah dan payah, lahirkan sorang sorang anak, diasuh didiik hingga dewasa, penat lelah tak boleh bayangkan, namun tiba saatnya dah mula dapat melepaskan penat sedikit demi sedikit, kehidupan juga dah stabil, anak dah membesar, menunggu masa untuk bermenantu dan bercucu, tiba datang ujian kasih dan perhatian perlu dikongsi, waktu dan perancangan semua perlu berbahagi, ia adalah satu ujian yang sangat berat .
Memang tidak menidakkan tentang isteri kedua juga ada hak, namun tetap tak boleh tuntut yang sama, suami yang kalian nikahi, lagi pula pada umur yang telah stabil, dia dijaga dirapi selama ini oleh sang isteri yang setia, sebab itu si suami dilihat menawan, didoakan dan diberikan sokongan tidak berbelah bagi, hingga si suami dilihat kecukupan. Kalian yang baru hadir, harus mengerti dengan sebenanrya, kenapa susahnya yang pertama ini untuk berlapang dada.
Kerana itu, bagi wanita yang tidak mampu hidup berpoligami, hingga memberikan tekanan emosi dan mental, boleh dilihat sakit pun dah bertambah, mungkin darah tinggi dan lain-lain. Maka bukan menjadi satu laknat Allah, jika wanita ini mohon dilepaskan.
Saya dulu, daripada pengalaman menguruskan pasangan poligami, isteri pertama yang ingin dilepaskan, bukan faktor utama kerana benci poligami, atau tidak redha, namun demi mencari ketenangan dan kedamaian hidup di saat hati dah tak kuat nak berperang dengan perasaan sendiri.
Allahu Akbar, memang kita akan jumpa ada isteri pertama yang sangat sabar dan tenang, yang selalu menutupi kedukaan dengan senyuman, begitu juga isteri kedua ketiga dan keempat yang begitu sabar dan redha dan keadaan dan himpitan yang perlu selalu mengalah itu dan ini.
Itulah, monogami juga tidak lepas daripada ujian demi ujian, apatahlagi poligami. Si suami jangan hanya menuntut redha daripada isteri dan anak-anak, kalian juga kena redha dengan ketidakmampuan isteri dan anak-anak untuk menerima apa yang berlaku dengan selapang dada. Sebelum meminta, berilah dulu, kerana bahagia yang dibina atas banyaknya luka orang yang banyak berkorban dalam hidup kamu.
Maaf salah silap dalam tulisan ini, isu sensitif yang sentiasa ulasannya tidak akan berakhir dengan baik untuk semua pihak.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Dia hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Sesungguhnya, Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki Allah SWT mengurniakan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Selain doa, berbuat baik kepada pasangan dan anak-anak juga adalah antara cara menjemput rezeki. Sebenarnya mudah, tak susah pun.
Begitulah yang kini dirasaikan oleh pelawak dan pengacara Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak melahirkan rasa syukur apabila dapat memberikan kediaman baru buat keluarganya.
Malah mengakui rezeki melimpah ruah buat keluarganya adalah berkat doa isterinya. Malah apa yang dikecapi kini adalah rezeki anak-anaknya.
Doa isteri tu berkat. Ni semua doa dialah.Alhamdulillah sayang..Allah bagi pada anak-anak..Kita tumpang aje.Berangan dulu ye.2024 esok kalau siap pun.
Untuk rekod, Ajak dan Nur Afifah berkahwin pda 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamd Had Thaqif dan Nada Soffea.
REZEKI BERTAMBAH BAHAGIA KELUARGA
Keluarga bahagia ini yang sering mendapat pujian daripada warganet lantaran menonjolkan gaya hidup sederhana tanpa gossip ‘kurang sedap’.
Dalam pada itu, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada keluarga bahagia ini apabila berjaya membeli kediaman baru. Antaranya
“Kalau selalu bahgiakan isteri.. insyaAllah murah rezeki”
“Alhamdulillah tahniah.”
“Alhamdulillah, doakan sy dapat beli rumah juga ya insyaallah amin.”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.