Dalam Islam kita dituntut untuk menjadi seorang muslim untuk menjadi “lebih baik” atau dengan kata lain hari ini harus lebih baik dari semalam dan esok harus lebih baik daripada hari ini.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah pengguna facebook ini, Ain Rosdi berkongsi kisah bagaimana dahulunya hidupnya ke arah duniawi. Namun setelah melalui ujian hidup, kehidupannya berubah.

Malah suami juga turut ‘hijrah’ untuk membina keluarga jannah dengan mendekatkan diri dengan mendalami agama.

Katanya, setiap kita berhak untuk berubah, Allah maha pengampun.

Semoga kita semua muhasabah diri.

“Kita berubah sama-sama ye.”  “Awak jadi isteri saya suatu hari nanti.’ Berubah jadi seorang yang lebih baik sebelum diijabkabulkan. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah. 

‘Bila Kita Diuji Itulah Sebenarnya Hidayah Untuk Kita.’ Wanita Pakai Niqab Ini Kongsi Saat Hijrah Bersama Suami.

Kami berdua dari keluarga yang biasa-biasa, dan hidup suka melepak / lara waktu sekolah dulu tahun 2008. Tingkatan 2 Ain dah mula kenal husband (husband tingkatan 4). Kami bukan dari keluarga yang alim dan kuat agama.

‘Bila Kita Diuji Itulah Sebenarnya Hidayah Untuk Kita.’ Wanita Pakai Niqab Ini Kongsi Saat Hijrah Bersama Suami.

Bayangkan, dari seorang yang suka melepak / lara dgn dunia, kaki gamers, kuat merokok. Tapi bila dia mula cari Allah, hidup dia berubah. Benarlah orang kata, hidayah itu milik Allah. Manusia adalah milik Allah. Nak dapat hidup yang lurus dan berkat carilah Allah.
Sekuat mana sehebat mana pun ujian, bila kita berpegang pada agama dan sentiasa utamakan Allah, Allah akan kuatkan semangat kita kuatkan hati kita supaya tak goyah.

Belajar agama

IKLAN

Makin lama kami berkawan, Ain nampak perubahan husband Ain, tiba2 dia belajar agama. Masatu Ain taktahu apa yang menggerakkan hati dia untuk belajar agama. Waktu umur dia 20/21.
Lepas dia belajar agama, husband start jaga solat. dia pernah hantar text “Kita berubah sama-sama ya.” Ain faham lah maksud dia. kami punya sosial dulu, pegang tangan tu takrasa apa dah. taktahu dosa pun Tapi bila dia kata begitu, Ain faham yang dia nak kami sama2 berubah ke jalan Allah.

Masatu perasaan Ain happy sebab nampak husband Ain mula berubah kearah kebaikan tapi Ain pula macam biasa hidup seperti selalu. Hanya pakai tudung tapi solat tetap tak jaga. Aurat pun tak jaga.

Hari demi hari dan tahun demi tahun nampak sangat perubahan husband Ain dan dia sangat istiqamah ke jalan Allah. Dia selalu nasihat Ain apa yang Ain kena ubah. Sebab masani kami jauh, Ain study dekat Kulim.

Ujian hidup beri hidayah

‘Bila Kita Diuji Itulah Sebenarnya Hidayah Untuk Kita.’ Wanita Pakai Niqab Ini Kongsi Saat Hijrah Bersama Suami.

Sampailah satu hari, ujian hebat buat hubungan kami. suami pesan “jangan merayu pada manusia tapi merayulah pada Allah, DIA yang menggerakkan hati kita.” Dan sejak dari situlah Ain mula ubah diri Ain untuk dekat dengan Allah. jaga solat jaga pakaian (apa yg husband ain selalu pesan). Alhamdulillah bersyukur sangat sejak tu Ain mula istiqamah dgn cara pemakaian dgn lebih tertutup.

Benarlah hidayah itu milik Allah Kita diberi ujian kerana Allah sayang. Bila kita diuji tulah sebenarnya hidayah untuk kita. Untuk kita berubah jadi lebih baik. Cari DIA. Kita senang ke susah ke sentiasalah cari Allah, kerana DIA MAHA MEMBERI REZEKI.

IKLAN

Jangan sangka orang yang jahat selamanya jahat, dan jangan pula sangka orang yang baik selamanya baik. Kekadang yang jahat ni bila diberi hidayah, dia lah yang sangat menjaga agama dia.

Kami bukan dari keluarga yang warak tapi kami hanya insan hina yang terpilih diberi hidayah dari AllahTak minta banyak, minta Allah kekalkan hati kami untuk sentiasa dekat denganNYA dan istiqamah ke jalanNYA.

Ini jalan yang kami lalui, Alhamdulillah sekarang dah 4tahun berkahwin da ada 3 cahaya mata Doakan semoga Allah redha dengan perjalanan kami dan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah.

Terima kasih suamiku yang menarik aku untuk kenal Allah dengan lebih dekat. Yang banyak mengajar tentang agama. Semoga syurga buatmu dan jadikanlah aku bidadari syurgamu Inshaaallah aamin *taip ni pun sambil meleleh air mata.

Jangan takut untuk berubah

Buat awak diluar sana, sehina mana pun diri awak, jika awak nak berubah, ubahlah kerana Allah. Manusia tak layak untuk menghukum. Jangan terlalu fikir apa yang orang akan kata tapi pandanglah Allah. DIA YANG MAHA PENGAMPUN. DIA juga yang akan terima taubat kita bukan manusia

Jangan takut berubah, takutlah jika Allah tak terima kita sebagai hambaNYA. Allah sangat baik, carilah DIA. Semoga apa yang kita niat untuk buat kebaikkan Allah redha. Inshaaallah aamin!

IKLAN

Sumber: Ain Rosdi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

***********************

JOM SERTAI KAMI!

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster

‘Bila Kita Diuji Itulah Sebenarnya Hidayah Untuk Kita.’ Wanita Pakai Niqab Ini Kongsi Saat Hijrah Bersama Suami. ‘Bila Kita Diuji Itulah Sebenarnya Hidayah Untuk Kita.’ Wanita Pakai Niqab Ini Kongsi Saat Hijrah Bersama Suami.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI