Suami isteri apabila sayang antara satu sama lain tentu akan sentiasa ingat mengingati walaupun berjauhan. Malah momen bersama pasangan akan dikenang sehingga akhir hayat. Walaupun pasangan hanya melakukan hal-hal yang biasa-biasa aje tetapi ia tetap memberi kenangan manis dalam hidup.
Begitulah apa yang dirasa oleh Muhammad Hassan yang telah berkongsi rasa apa yang dilaluinya. Katanya, sementara pasangan hidup hargai dan santunilah mereka.
Ikuti perkongsiannya.
3 hari dalam hutan tanpa signal telefon teramat rindu nak dengar suara anak isteri. Orang yang paling risau adalah wife. Tepat jam 3.48pm hari isnin semalam barulah ada signal 3g.
Orang pertama yang saya reply mesej adalah bunga cinta hati saya. Beratus mesej wife dan anak hantar,itu belum mesej dari pejabat,rakan-rakan yang tak tau pun saya masuk hutan.
Apabila baca whatsapp yang wife hantar sebak tak tertahan. “sayang setiap hari bangun solat hajat waktu malam mendoakan keselamatan abang,dapat kembali pulang dengan selamat”.
punyalah risau selama 3 hari wife whatsapp tapi tiada blue tick. Call, jangan ceritalah confrm tak dapat. Hebatnya iman siti hajar bertawakkal kepada Allah saat Nabi Ibrahim a.s meninggalkan dia bersama Nabi ismail a.s di makkah tanpa apa apa bekalan demi perintah Allah.
Waktu inilah kita didik diri,isteri supaya bergantung harap hanya kepada Allah. Minta pertolongan hanya kepada Allah.
Ads
Waktu paling sebak dan menitis air mata saya adalah waktu masak dan makan. Yelah setiap kali makan walaupun outstation tetap akan hantar gambar makanan kepada wife.
Lagilah dirumah,sayalah orang yang super sibuk masak dan sepahkan barang dapur,riuh didapur bersama anak bagaikan nak masak untuk majlis kenduri.
BILA BERJAUHAN RINDU PADA PASANGAN
Ya Allah.. Rindunya saat ini. Rindu nak bersembang ketika masak,isteri bantu di dapur. Baru saya faham kenapa umar r.hu diam walaupun isteri membebel. Sebab umar r.hu tahu isteri sedang bercakap dan dia akan dengar dengan setia.
Ads
Sebab itulah saya selalu pesan. Pesan kepada diri sendiri. Jangan berkasar dengan isteri. Hargailah pasangan dan anak anak ketika mereka bersama kita.
Selalulah senyum kepada isteri,selalu pegang tangan isteri,selalu urut urut kaki isteri. Selalu ucap,hantar WhatsApp i love sayang,saya rindu awak,saya cinta awak.
Selalu beri hadiah kepada pasangan walaupun sehelai baju yang berharga RM20. Suapkan makanan kepada pasangan ketika makan,tunggu pasangan makan walaupun kita dah siap makan,minum air dari gelas yang isteri minum.
Tolong basuhkan pinggan yang isteri makan. Tengok isteri basuh tangan cepat cepat kita pergi basuhkan tangan dia. Jadilah suami yang romantis,yang manja dengan isteri,suami yang setia mendengar,suami yang buatkan isteri tergila gilakan kita.
Ada salah silap,sedikit kekurangan maafkanlah. Jangan berkira sangat dengan isteri jika dia nak itu ini selagi kita mampu. Layanlah pasangan kita sehinggakan sikit pun kekurangan dia kita tak nampak.
Ads
Saya ibaratkan ‘mati’ 3 hari.
Semuanya dikenang semula. Sehinggakan isteri potong kuku pun terasa besar sangat jasa dia.
Rupanya dah lama tak potong kuku sendiri. Itu belum lagi susah payah dia lahirkan anak,susukan anak berjaga siang malam,jaga makan minum kita,sehinggakan jika nak outstation semua keperluan dah siap.
Sahabatku semua. Hargai pasangan kita. Hargailah saat bersama isteri. Detik yang kita akan kenang saat nyawa isteri tercinta kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Isteri dan anak anak bukan nak apa apa pun dari kita melainkan perhatian seorang bapa kepada anak,perhatian seorang suami kepada isteri.
Masa tidak nenunggu kita. Anak-anak yang dahulunya kecil kini sudah dewasa.
Justeru, setiap ibu ayah perlu ada perancangan hidup buat anak-anak. Ia termasuk sikap ibu ayah kena berubah 360 darjah.
Sebagaimana perkongsian coach parenting, Mohd Fhais yang berkongsi peranan yang harus ibu bapa lakukan untuk memastikan kejayaan anak-anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bila dah ada anak, kita sepatutnya dah ada keutamaan dalam hidup. Sepatutnya dah tak ada lagi,
– Main games sampai lewat malam
– Duk berkepit dengan telefon
– Kayuh basikal malam malam
– Melepak tanpa tujuan
– Balik lewat malam
– Jarang ada di rumah
INI 6 TIP IBU AYAH KENA LAKUKAN
Bila dah ada anak ni, percaturan hidup dah tak sama, 360 darjah dah berubah.
Nasib anak anak, 100 peratus ada di tangan kita. Sepatutnya masa ni kita dah ada,
1. Usaha cari ilmu parenting
-2.Cuba jadi role model terbaik
-3 Matlamat hidup sebenar
– 4.Idola parenting untuk di contohi
– 5.Inisiatif untuk bekerjasama dengan pasangan
-6 Perancangan masa depan dari segi kewangan dan pendidikan anak anak
Dan banyak lagi yang sepatutnya sudah ada masa ni. Masa tak pernah berhenti untuk tunggu kita berubah. Malah masa bergerak lagi pantas dari perubahan.
Tahu tahu anak dah besar je nanti. Masa tu tak ada games, kawan mahupun wang ringgit yang boleh tolong kita.
Yang ada cuma pembalasan dari apa yang kita beri pada anak masa kecil. Wallahu A’lam.
Tabiat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendoa dan memaafkan semua musuh dan orang yang menyakitkan hati sebelum tidur dikongsi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Sim Tze Tzin.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.
“Itu ajaran bekas ‘boss’ saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Jasamu dikenang.
“Semoga ‘boss’ reda di sana. Al-Fatihah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
“Sim, kamu tahu kenapa saya redha dan ceria setiap hari?
Setiap malam, saya doa dan maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… barulah saya tidur”
Ini ajaran bekas boss saya DS @MyDSA_official . Jasamu dikenang 😭
Terdahulu, Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam orang anak.
Bila sebut tentang peningkatan umur dari tahun ke tahun bukan sahaja bermakna bertambahnya angka semata-mata. Bahkan meningkatnya usia turut mematangkan diri kita dalam banyak hal.
Lebih-lebih lagi bila usia telah menginjak 40 tahun. Ada yang mengatakan bila masuk umur 40 tahun, saat itulah bermulanya kehidupan yang sebenar. Kebanyakkan antara kita melalui pelbagai ujian hidup ketika berusia 40 tahun. Antaranya diuji dengan kesihatan diri, ibu bapa semakin uzur, pasangan hidup ada yang sakit, atau berdepan dengan masalah anak-anak yang meningkat remaja dan pelbagai ujian yang berat.
Pun begitu, tidak kurang juga ada yang menyifatkan usia 40 tahun ini jika seseorang itu tidak berubah, sukar untuk dia berubah sampai bila-bila. Wallau ‘ahlam.
Sebagai orang yang bijak, kita sewajarnya memperbaiki diri dan amalan sepanjang hidup di dunia ini. Baki umur yang ada kita cuba sentiasa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia dan gandakan amalan sebagai tanda rasa syukur dengan usia yang dikurniakan Allah.
Ini sebagaimana Khairul Anuar Basri ada menitipkan doa khas yang perlu dihafal untuk kita yang berusia menginjak 40 tahun.
Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!
Pagi ini saya nak ajar kat you all, doa wajib hafaz dan baca untuk semua yang berumur 40 tahun ke atas macam saya.
‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.
Ada 3 benda yang kita minta sekaligus dalam doa ini :
-Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.
-Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.
-Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.
Masuk umur 40 tahun ni, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.
Mula jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja.
Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua.
Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.