Memang beruntung jika berbudi pada tanah, ada rezekinya yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga.
Contohnya jika menanam kucai, pelbagai menu boleh disediakan dan enak juga dijadikan bahan campuran untuk menyediakan menu cucur udang, kue teaw goreng dan sebagainya.
Jadi apa kata kita menanam kucai dan bila terlalu sarat di dalam pasu, segera lakukan tanaman semula untuk dapatkan hasil lebih banyak.
Nak tahu step by stepnya, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Kali ni nak share cara nak re-plant pokok kucai bila pokok dah penuh dalam pasu/polybag.
1. Keluarkan pokok dari pasu/polybag. Buang tanah lama.
Ads
2. Cuci untuk buang sisa-sisa tanah.
3. Buang akar sependek mungkin, botak pun takpa, dan ubi yang dah tua.
Ads
4. Bersihkan batang dari kulit yang dah reput.
5. Siap untuk tanam balik.
Ads
Jangan takut untuk buang akar, sebab akar tu tak berguna lagi.
Menyentuh bab harta pusaka sering juga kita dengar berlakunya kes ada adik beradik atau waris si mati bergaduh berebut harta dek kerana kurang arif tentang pembahagian harta tersebut. Sering menganggap, dialah yang berhak bahkan menafikan hak orang lain. Malah, ada juga beranggapan asal harta si mati semuanya kena faraidkan.
Agar lebih jelas dan tidak terkeliru tentang hal tersebut, peguam ini jelaskan untuk info bersama.
Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..
Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?
Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb).
Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.
Harta Pusaka termasuk :
-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
Bukan Harta Pusaka :
-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.
Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.
Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.
Perasan tak biasanya bila sembang bab makanan tradisi keluarga, akan ada satu menu yang istimewa yang disediakan oleh ibu kita yang tiada atau tidak sama dengan menu keluarga orang lain. Dan bila kita berkahwin, menu yang sama itu akan kita sediakan pula untuk keluarga kita.
Biasanya, En suami akan boleh menerima menu tersebut dan secara tidak langsung turut menyukai hidangan turun temurun keluarga si isteri atau jika tidak suka sekali pun sekadar tidak dijamah.
Namun berbeza pula kisahnya dengan Syazwana di mana suaminya meminta untuk diubah resipi tersebut daripada sebelum ini dimasak kering menjadi berkuah. Adakah lagi sedap atau pelik menu yang dihidangkan? Ikuti perkongsian Syazwana tentang hal ini.
Actually aku baru belajar resepi ni lepas kawen. Sebab family aku masak resepi ni tapi takde kuah. Kitorang panggil ikan goreng lada besar. Lepas kawen laki tak minat. Sebab dia makan memang nak berkuah.
Suami cadangkan lebihkan air asam
Dia cakap next time masak lebihkan air asam. Memula tu tak boleh terima jugak tapi lama2 sedap pulak. Anak aku pon suka. Apa2 je lah janji laki n anak suka.
SEKARANG RESIPI NI SEMUA SUKA
Haritu kan balik kampung kakak aku cakap camni “akak dah try dik resepi asam ko tu. Memula tu macam pelik jugak. Tapi budak2 cakap sedapnya mama masak” Wah aku apa lagi terus kembang sekejap.Maklumlah mak n kakak aku pandai masak. Sebab tu dorang datang rumah aku pon dorang yang kene masak.
KONGSI RESIPINYA
Bahan-bahan :
Serai ketuk
Bawang besar hiris
Lada besar hiris
Halia hiris
Air asam. Ni asam jawanya saiz tiga bola pimpong. Aku nak kuah lebih sebab dinner kang tinggal goreng ikan baru pastu masuk je dalam kuah. Ikot korang lah nak kuah banyak mana
Cara Buat :
2. Panaskan minyak. Bahan2 hiris tu tumiskan sampai layu.
3. Dah layu layuan boleh masukkan air asam jawa. Biji asam aku buang. Ada ke orang masukkan sekali?
4. Dah didih boleh perasakan dengan garam gula. Ni gula satu setengah sudu besar. Garam dua sudu kecik. Ikot sukatan air korang dengan ikan banyak mana lah. Gula lebihkan sikit sebab nak counter rasa asam tu tau.
5. Pastu boleh masukkan ikan. Biar didih sekejap boleh tutup api.
sumber : Syazwana Jamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai seorang isteri tugas kita di rumah memang pelbagai dan sudah menjadi lumrah orang perempuan sukakan kecantikan dan kebersihan. Kalau boleh bab mengemas dan melipat pakaian pun nak juga nampak cantik dan kemas. Barulah sedap mata memandang tiap kali pintu almari dibuka.
Menyusun pakaian di dalam almari mungkin ada yang merasakan begitu mudah untuk dilakukan, tapi untuk pastikan setiap lipatan seragam dan tersusun rapi itu ada cabarannya dan perlukan skil yang tersendiri. Apatah lagi jika melipat cadar yang mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding pakaian lain.
Umumnya cadar ada pelbagai saiz seperti single, quen mahu pun king yang sudah tentu sahaja sangat besar dan akan menimbulkan rasa kepayahan untuk dilipat kemas. Oleh itu, bagi memastikan setiap lipatan cadar adalah seragam di dalam almari bolehlah jadikan teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip ini sebagai panduan.
Menurut perkongsian kisah daripadanya, cara yang dipraktikkan ini turut diminta oleh ibunya untuk diajarkan kepada bibik ibunya itu. Bahkan Puan Muhaszlina ada menyatakan sebenarnya dalam melipat cadar ini apa-apa cara pun boleh, tiada yang betul mahu pun salah. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Namun pada sesiapa yang ingin tahu dan mengikuti cara yang dikongsikan ini, dipersilakan. Begini Langkah-langkahnya :
Step 1 : Temukan bucu ke bucu
Mula-mula, temukan bucu ke bucu.
Step 2 : Kemaskan
kemaskan bucu lagi satu juga.
Step 3 : Jadikan segi empat
Sampai jadi segiempat camni.
Step 4 : Masukkan lipatan ke bahagian dalam
Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah tu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.
Step 5 : Lipatkan bahagian bawah
Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar single boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan lipatan bahagian bawah tu.
Step 6 : Lipatkan bahagian atas
Lipatkan bahagian atas pula. Sampai jadi camni. Kemaskan.
Lipat lagi..dan susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar.
Step 8 : Siap!
Ini contoh susunan dalam almari. Cadar akak ni ada banyak size. Ada size Queen dan Super Single. Apa yang penting, size lebar lipatan cadar tu kena sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok jer dan tak tumbang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.