Bila ditanya tentang pengalaman peribadi berdepan dengan situasi baki kad touch n go tidak mencukupi tentunya ianya amat mencemaskan. Apatah lagi bila memikirkan orang di belakang, hingga ada yang marah dengan membunyikan hon kenderaan. Macam-macam perasaan pastinya bila melalui detik ini.

Tidak dengan rasa takut di hati, tentu ada juga yang mengambil keputusan ‘berani’ dengan keluar daripada kenderaan dan berlari ke pondok tambah nilai. Namun tindakan tersebut cukup membahayakan. Jadi apa sebenarnya tindakan yang sewajarnya untuk kita lakukan?

Berkongsi info tersebut, Zul Hazlie mewar-warkan di akaun fbnya. Jom semak apa perlu buat.

Pihak PLUS beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS datang. Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita. Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai tu pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.

IKLAN

Bila Nak Exit Tol Baki Kad Tak Cukup, Jangan Panic Tapi Buat Perkara Ni!

Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sebab marah ke apa-apa, just stay calm sampai runner PLUS datang. Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok topup.

Bila Nak Exit Tol Baki Kad Tak Cukup, Jangan Panic Tapi Buat Perkara Ni!

IKLAN

Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yang melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku. Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna untuk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.

Bila Nak Exit Tol Baki Kad Tak Cukup, Jangan Panic Tapi Buat Perkara Ni!

IKLAN

PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible untuk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta. So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalau lah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner.
Pegawai itu pesan, jangan panick dan tolong jangan membahayakan nyawa anda. Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yang nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup.

Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yang tak cukup baki. Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.

sumber : Zul Hazlie

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI