Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Tiada siapa yang akan terlepas. Sama ada lambat atau cepat. Ia adalah rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus bersedia apabila ajal tiba.

Oleh kerana itu, sebagai persediaan untuk menghadapi pasangan atau orang tersayang kematian, ini yang patut kita lakukan.

Moga jadi panduan bersama yang dikongsi oleh ustaz Khairul Anuar Basri

Bila Orang Tersayang Menghadap Ilahi. Ini Persediaan Yang Patut Kena Tahu.

Saya ada membaca beberapa catatan kenalan di FB, apabila orang yang tersayang pergi menghadap Ilahi. Ia peristiwa yang sudah pasti menyedihkan.

Sungguh, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya yang tiada pengalaman mak atau ayah sendiri meninggal ni pun, boleh feel kesedihan tu.

Dan memang susah dan memakan masa untuk move on kan?

Allah…

So, pagi ini saya nak kongsikan 9 adab apabila berhadapan dengan kematian dan perkara-perkara yang bagus kalau boleh dibuat terutamanya oleh pasangan atau anak-anak si mati.

 Menerima hakikat bahawa mati itu satu kemestian dan ujian dari Allah SWT [Surah Al-Mulk, ayat 2].

 Suka atau tau suka, semua orang akan mati [Surah Al-An’am ayat 94].

 Apabila datangnya kematian, ia tidak akan tercepat atau terlambat walau sedetik pun [Surah Al-A’raf ayat 34].

Sepatutnya dengan berita kematian menyebabkan kita lebih bersedia dan sentiasa bertaubat.

Menerima kematian dengan adab yang digariskan oleh agama Islam.

 *Mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ [Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156].

 *Bersabar apabila menerima berita kematian kerana pahala bagi orang yang sabar tiada hadnya di sisi Allah SWT [Surah Az-Zumar, ayat 10]

*Berdoa dengan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW [Hadith riwayat Muslim].

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya.”

Bila Orang Tersayang Menghadap Ilahi. Ini Persediaan Yang Patut Kena Tahu.
 Jika berkesempatan, hadirlah solat jenazah dan berdoalah untuk si mati.

* Hukum solat jenazah ialah fardhu kifayah, sama seperti hukum memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah juga fardhu kifayah.

* Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah :

1.Doa pertama [Hadith riwayat Muslim].

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa.

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.

Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran.

Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.

Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.

Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.”

2. Doa kedua [Hadith riwayat Abu Daud].

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia”.

3. Doa ketiga [Hadith riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah].

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib.

Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam.

Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.”

 Jangan meratapi si mayat.

* Haram hukumnya menangis secara berlebihan seperti meraung dan sebagainya [Hadith riwayat Muslim].

* Diharuskan menangis sekadar menzahirkan rasa kesedihan kerana itu adalah fitrah manusia.

Jangan mengaitkan kematian dengan perkara-perkara buruk yang lain [Hadith riwayat Muslim].

*Pujilah si mati dan jangan mengungkit keaibannya [Hadith riwayat Muslim].

*Berpada-padalah dalam mewujudkan dan memelihara kenangan bersama si mati [Hadith riwayat Bukhari].

*Anak-anak bolehlah melakukan beberapa bentuk amalan sebagai sumbangan terhadap si mati :

a. Doa dan istighfar memohon keampunan baginya [Surah Al-Hasyr].

b.Bersedekah bagi pihaknya [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim].

c. Melaksanakan badal haji dan umrah baginya [Hadith riwayat Bukhari].

d. Menggantikan puasanya yang tertinggal sekiranya tahu [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim].

Ziarahilah kuburnya dan melakukan amalan-amalan sunat seperti :

– Memberi salam, mendoakan kerahmatan, keampunan dan kesejahteraan bagi si mati [Hadith riwayat Muslim]?

– Salam dan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah :

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَاللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ.

Maksudnya: “Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin.

Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul, ( semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang.”

*Membaca Al-Quran kepada si mati. Ini boleh dilakukan setiap awal pagi.

Saya berdoa semoga semua yang ditimpa dengan musibah kematian diberikan pahala yang besar oleh Allah SWT.

#KAB

– mati tak mungkin bisa kau hindari, tak mungkin engkau dapat lari, ajalmu kian menghampiri –

#SHARE kepada orang yang kita sayang. Mereka mungkin sedang berduka. Kalau boleh #Tag namanya lagi bagus.

Kredit:  Khairul Anuar Basri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI