Kita sering mendengar peribahasa Melayu ada menyebut; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang memberi maksud bila saling tolong menolong semua kerja akan menjadi mudah dan senang dilakukan.
Begitu juga halnya bila suami kalau membantu isteri dalam urusan mengurus rumahtangga, kalau tak banyak kerja suami boleh dibuat, sedikit pun jadi dan sebenarnya amat dihargai oleh isteri.
Bahkan melalui perkongsian daripada seorang suami ini boleh dijadikan panduan mengenai tugas bagaimana yang en suami boleh lakukan dengan cara yang paling mudah.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya ringkas seringkas-ringkasnya cara nak bantu dan mudahkan urusan isteri untuk para suami buat.
1. Kalau tak nak basuh semua pinggan, basuh pinggan sendiri sahaja.
2. Kalau tak nak masak semua lauk, tolong masak nasi sahaja.
3. Kalau tak nak kemas meja sebelum makan, tolong susunkan pinggan dan lain-lain sebelum makan.
Ads
4. Kalau tak boleh tolong basuh baju, tolong letakkan pakaian sendiri dalam bakul baju kotor.
10. Kalau nak yakinkan isteri yang anda tak curang, jangan kunci telefon.
11. Kalau tak sabar nak jaga anak, jangan marahkan isteri apabila dia marah anak. Itu adalah perkara yang normal dalam mendidik anak.
12. Kalau perlukan masa peribadi sendiri, beri juga masa peribadi untuk isteri.
Ringkas bukan? Ini benda yang paling minimum dan sangat mudah. Jika anda buat ini, saya pasti ramai isteri yang akan lebih tenang. Saya bukan cadangkan para suami buat semua benda ini sahaja, tetapi ini untuk yang baru nak bermula atau selama ini tertanya-tanya “apa lagi yang isteri aku nak?”
Bagi pelayar aplikasi TikTok, tentu anda mengikuti akaun Nelysa Norazlan yang sememangnya popular dan mempunyai pengaruh yang tinggi kerana content-content yang di menarik dan membuka minda masyarakat.
Umum mengetahui Nelysa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini mempunyai seorang adik istimewa yang bernama Akif. Nelysa pernah berkongsikan kisah adiknya yang menghidap sindrom ‘Cri Du Chat’ atau tangisan kucing.
Baru-baru ini, Nelysa telah selamat berangkat ke tanah suci. Dilihat ramai yang menghantarnya ke airport termasuk adik kesayangannya Akif serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Namun apa yang menjadi perhatian, adalah apabila Nely memberitahu kepada Akif yang Akif tidak ikut dia ke tanah suci.
Seakan mengerti yang kakak kesayangannya akan meninggalkan dia untuk tempoh yang agak lama. Akif seakan-akan enggan melepaskan Nelysa pergi. Malah sebaik sahaja Nely bersalaman dengan ahli keluarganya dan bergerak ke balai pelepasan, Akif dilihat meronta untuk pergi mendapatkan Nelysa namun dipeluk erat oleh ibunya.
Di ruangan komen, ramai netizen sebak melihat reaksi Akif saat ingin ditinggalkan. Kita semua tahu keakraban mereka? Walaupun keadaan Akif sebegitu, Nelysa kerap membawanya ke mana sahaja dia pergi demi membahagiakan adik kesayangannya itu.
Dalam masa yang sama, ramai yang menitipkan doa agar segala urusan Nelysa di tanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Terkini, Nelysa telahpun selamat menunaikan umrah bersama suaminya yang berangkat awal 2 hari sebelum Nelysa ke sana.
Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Di tengah-tengah Ujian Wabak COVID-19 yang melanda negara sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan diaktifkan menyebabkan kita terpaksa berkurung dan tinggal di rumah selama hampir sebulan. Nampak sungguh membosankan kerana terpaksa menunggu waktu terputusnya rantaian wabak ini.
Akan tetapi, inilah waktu terluang kita bersama keluarga lantas membuka peluang untuk kita memantau serta mendidik anak-anak setelah alpa selama ini dengan mencari rezeki dan pekerjaan demi yang tersayang.
Dalam menghabiskan sisa-sisa waktu terluang adalah baik jika kita menggunakan waktu ini untuk mendidik mereka dengan panduan daripada Al-Quran.
Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan menyedapkan mata dan hati memandang hendaknya.
1.Contoh dan Tauladan
Dalam mendidik kanak-kanak,menunjukkan contoh yang baik boleh membentuk keperibadian dan akhlak baik dalam diri mereka. Meskipun kanak-kanak itu lahir fitrahnya suci putih tanpa sebarang kotoran, mereka tidak dapat menafsirkan kebaikan dalam kehidupan mereka kerana masih belum tumbuh akal yang matang.
Maka,ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang baik dari sudut komunikasi dengan pertuturan kata-kata yang baik serta perbuatan serta amalan yang mulia.
Justeru itu, kita perlu menempatkan Nabi Muhammad SAW dalam jiwa mereka sebagai contoh ikutan dalam kehidupan dengan menceritakan kisah-kisah baginda SAW. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia” (Al-Qalam:68)
Oleh kerana itu, ibu bapa harus menunjukkan sikap-sikap mahmudah agar turut diimplementasikan dalam kehidupan masa depan anak-anak.
Kita biasanya mendengar nasihat Luqmanul Hakim yang terakam di dalam Al-Quran yang menasihati anaknya agar tidak menyekutukan Allah, bersyukur,mentaati ibu bapa dan lain-lain lagi.
Akan tetapi sebelum menasihati beliau terlebih dahulu beramal dengan nasihatnya dan menujukkan tauladan yang baik terhadap anak-anaknya.
Maka dalam tempoh PKP ini, kita hendaklah menunjukkan sikap dan komunikasi yang baik terhadap anak-anak walaupun hanya beberapa hari kerana suntikan yang sebentar ini mampu memberi vaksin kepada anak-anak daripada terjebak kepada perkara yang tidak baik.
2.Pendidikan Melalui Ganjaran dan Balasan.
Dalam mendidik kanak-kanak, sebenarnya elemen seperti ini akan menjadi motivasi dan batasan kepada perlakuan mereka.
Apabila dijanjikan dengan ganjaran kepada perbuatan mereka yang baik maka nilai positif dapat memotivasikan mereka untuk terus berada pada kedudukan tersebut manakala dengan memberi balasan terhadap perbuatan yang tidak baik dilakukan mereka akan menyebabkan mereka menjauhi perbuatan tersebut.
Secara ringkasnya, Allah juga telah menjanjikan pelbagai ganjaran kepada orang-orang yang beriman di dalam Al-Quran yang sebenarnya menjadi galakkan kepada manusia untuk bermujahadah diatas jalan-Nya dan kebaikan.
Ini menunjukkan bahawa galakkan positif seperti ini adalah sesuai dengan fitrah manusia tanpa mengira usia dalam membentuk karakter yang terbaik.
Hukuman pada asasnya tidaklah disukai oleh manusia bahkan sangat dibenci kanak-kanak.
Dalam hal ini,ibu bapa perlulah bijak dalam mengawal emosi ketika marah atas perbuatan buruk mereka dengan mengenakan hukuman yang setimpal dan tidak berlebihan hingga mencederakan mereka.
Bahkan sepatutnya hukuman adalah mengikut peringkat-peringkat dengan yang ringan kepada berat sekiranya mereka masih degil.
Nabi Ya’kub juga pernah menyuruh anak-anaknya berjanji terlebih dahulu untuk menjaga Bunyamin ketika mereka meminta untuk membawanya keluar. Ini kerana mereka dahulunya telah menyebabkan Yusof hilang daripada dakapan Yaakub As. Janji yang disuruh itu adalah suatu jaminan dan hukuman agar mereka tidak mengulangi kesilapan sama.
Semasa tempoh PKP ini,ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak dengan kegiatan agama misalnya dan memberi hukuman sekiranya mereka meninggalkan solat atau melakukan perkara-perkara yang maksiat tetapi juga memberi ganjaran sekiranya mematuhi Perintah-Nya. Usaha yang sedikit ini mampu membina disiplin yang teguh dalam diri mereka selepas seberapa lama anda meninggalkan mereka demi kerjaya.
3.Nasihat
Jiwa kanak-kanak masih suci maka nasihat yang jujur, ikhlas dan baik akan mudah meresapi dalam jiwa mereka.
Oleh kerana itu, nasihat daripada seseorang yang disayangi seperti ibu bapa mampu merubah dan mencorakkan karakter dan keperibadian mereka.
Bahkan nasihat-nasihat Luqmanul Hakim turut dirakam Al-Quran sebagai contoh dalam menasihati anak-anak.
Sepanjang tempoh PKP ini,ibu bapa seharusnya meluangkan masa yang penuh bersama anak-anak setelah lama terleka dengan urusan kerja sehingga tidak dapat memberi didikan dan memantau aktiviti mereka.
Kini, kesemuanya di rumah maka amatlah mudah untuk menyelami hati dan membentuk keperibadiaan yang mulia dalam diri mereka.
Gunakanlah waktu yang singkat ini agar anak-anak kita menjadi penyejuk hati di kedepan hari.
Sekiranya waktu seperti ini tidak digunakan dan masing-masing masih sibuk dengan media sosial maka tunggulah mungkin suatu hari anda juga diabaikan. Yang terpancung tidak akan berhubung dan yang terputus dan tidak diberikan perhatian tidak akan bersambung.
sumber : A.R.KASA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.