Bergelar anak kepada selebriti bukanlah tiket glamour dan gah. Mungkin pada pandangan kasar, masyarakat nampak kehidupan yang sangat menarik. Namun ada yang sebaliknya. Kerana itu, kebanyakan selebriti lebih privacy bab kehidupan peribadi.
Isteri kesayangan Penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra disapa Sheila menitipkan ucapan istimewa buat anaknya, Nur Amna Qaleesya. Anak sulungnya itu genap 9 tahun pada 2 Ogos lalu.
“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI.. . sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. . Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang..
Ads
“Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga.. . Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.. . Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.. .
“U are my 1st born.. I am very proud of u.. . Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2.. . Utk bakal menantu mommy..! . Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh! .
Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.
Anak-anaklah penyeri sebuah perkahwinan. Biarpun anak pelbagai keletah yang kadang kala memeningkan kepala, namun ia tetap jadi pemanis sebuah kehidupan keluarga. Momen bersama anak, pastinya menjadi kenangan manis.
Begitulah yang dikongsi oleh hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi di instagramnya mengenai kisah keletah anak-anaknya yang aktif sehingga dinding rumah jadi kawasan contengan anaknya.
Tidak dinafikan, penyediaan mi kari ni agak leceh kerana banyak bahan yang digunakan.
Termasuklah bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, namun kepelbagaian bahan itulah yang menariknya tentang menu yang satu ini.
Bagi peminat makanan laut pasti tersenyum lebar dengan gandingan kerang dan udang menambahkan kemanisan untuk lebih perisa terutama pada kuah karinya.
Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rusuzaimi Ishak untuk hidangan seisi keluarga.
Mee Kari Resipi Ibu…?
Antara tips yang dikongsi seorang wanita yang saya gelarkannya ‘ibu’ untuk menghasilkan kuah mee kari yang sedap, pekat likat dan melekat pada mee ialah:
1. Jika ada bajet lebih, boleh masukkan udang banyak2 dalam kuah kari.
2. Jika tiada bajet, memadai beli 5-6 ekor udang, rebus dan blend semua bahagian udang termasuk kepala dan kulitnya. (Kupas kulit dan cabut kepala udang, basuh bersih dan rebus bersama isi udang) Isi, kepala dan kulit udang yang direbus dan diblend akan menjadikan air rebusan udang pekat.
* boleh juga ikut cara ke2 ini sekalipun banyak stok udang. Ini bertujuan untuk menjadikan kuah kari lebih ‘manis’ dan terasa ‘udangnya’.
3. Guna rempah kari Baba’s yang bertentangan..cth: untuk kari ayam (sepatutnya guna kari ayam) tapi untuk rasa lebih enak, gunakan kari ikan/udang.
4. Tambahkan gula batu secukup rasa. Tak perlu tambah apa2 gula lain. Gula batu akan menjadikan kuah mee lekat pada mee.
Bahan-bahan asas kuah mee kari lain sama je rasanya:
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Rempah: kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih, rempah ikan Baba’s (ingat tips terbalik)
Halia
Daun kari
Santan
Garam
Serbuk perasa
Daun kari
Ayam yang dipotong selayaknya?
Dan jangan lupa mee lah ya.
Bahan2 aksessori ikut kegemaran masing2
Tauhu kering yang buncit
Tauhu kering keping yang keras
Lada besar
Daun sup/bawang
Telur rebus
Fishball/fishcake
Bawang goreng
Sawi, kobis, taugeh celur
Saya gunakan tips dan resipi ini setiap kali masak mee kari untuk hidangan keluarga dan apa-apa jamuan di rumah. Alhamdulillah. Ramai yang gemar dan puji keenakkannya.
Selamat mencuba
Rasakan kelainannya???
#meekariresipiibu
#suriprofessional
#cintayangsederhana
#rezekiAllahluas
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.