Proses berpantang selalu dipandang mudah oleh sesetengah wanita terutama wanita muda dan moden. Biarlah cara hidup kita moden asalkan rutin yang satu ini dijaga. Bukan itu siapa, tapi untuk diri kita sendiri terutama pada masa hadapan.
Wanita disarankan untuk berpantang sehingga enam bulan bagi memastikan mereka benar-benar cukup kuat dalaman dan luaran. Mungkin sesetengah wanita merasakan tempoh berpantang selama 44 hari itu sudah mencukupi.
Luka mungkin telah sembuh namun yang perlu anda tahu, kekuatan lama terutama kesihatan rahim dan sebagainya mengambil masa untuk dipulihkan.
Apa yang perlu anda tahu, peranakan yang tidak sihat, jatuh dan sebagainya mengundang banyak risiko dan kesihatan pada diri. Disebabkan itulah semua wanita perlu ambil tahu dan menjaga kesihatan diri sendiri.
Berikut merupakan kesan buruk akibat peranakan jatuh. Anda perlu tahu apabila mengalami masalah ini.
Gangguan Kencing
Wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse selalunya berdepan dengan masalah kencing yang pelbagai. Ada sesetengah kes yang kerap kencing tetapi ada juga yang sukar untuk kencing. Namun kes yang seringkali terjadi bilamana wanita gagal mengawal kencing terutama ketika batuk, bersih atau ketawa. Ini serius!
Ads
Gangguan Hubungan Intim
Apabila peranakan jatuh, faraj akan mengalami kelonggaran dan otot di sekelilingnya akan turut terjejas. Hal ini mengakibatkan kenikmatan hubungan intim menjadi terganggu.
Sakit Pinggang
Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seluruh kawasan pada bahagian bawah merasa sakit terutama selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. Malah kesan daripada itu juga akan membuatkan sakit di bahagian pinggang.
Rahim Terkeluar
Untuk kes yang teruk, ada segelintir wanita yang rahimnya telah terkeluar dan ini menyebabkan kesakitan yang serius. Selain rasa sakit dan tidak selesa, ada juga kes yang terkeluar hingga terkena pada permukaan seluar dalam dan ini pastinya menyakitkan.
Ads
Jangkitan Virus
Bukan itu sahaja malah jika rahim terkeluar, mereka cenderung dijangkiti kuman di kawasan ini dan mengakibatkan berlakunya keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. Ini sudah semestinya buat wanita rasa tidak selesa dan terdedah kepada risiko
jangkitan lain.
Petua Elak Rahim Jatuh
* Kena berpantang dengan betul dan jangan sekali meninggalkan rutin berpantang seperti bertungku, berbengkung dan menjaga pemakanan
dengan tepat.
* Bertungku juga kena ada cara yang tepat supaya rahim cepat kecut dan pulih dengan segera.
Ads
* Harus berpantang makan dan elakkan daripada mengambil makanan yang dilarang. Ini sangat penting untuk segera sembuh dan menjaga
setiap urat.
* Ketika berpantang dan selepas tempoh berpantang (sekurangnya enam bulan), elakkan sama sekali mengangkat barang yang berat.
* Ambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dalaman tubuh disamping membekalkan susu yang lebih hebat buat bayi.
* Pastikan set ubat-ubatan untuk dalaman wanita diambil setiap hari sehingga tempoh berpantang tamat. Mengambilnya untuk tempoh
yang lama selepas itu amat digalakkan.
* Senaman kegel jangan diabaikan kerana ia mampu melatih otot-otot pelvik dan kawasan sekitarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarlah kata perpatah ini, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Semalam, sempena raikan ulangtahun perkahwinan ke tiga, aktres terkenal Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada ibu bapanya.
Lebih mengujakan, Anzalna berlakon kononya, kereta itu adalah pemberian daripada suaminya. Bagaimanapun, detik meruntun jiwa apabila Anzalna mengatakan kereta itu milik ibu bapanya sempena ulangtahun perkahwinan Anzalna dan suami. Sungguh meruntun jiwa perkongsian Anzalna.
Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita
Abah tengah recall balik kejadian Hahahhahahaha ? Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan. Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri. Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada.
Sementara itu, kejutan yang dikongsi oleh Anzalna di instagramnya telah mengundang sebak di hati netizen. Sunggah inspirasi perkongsian Anzalna dengan menyantuni ke ibu bapanya.
Semua mata netizen masuk habuk!
Moga kita pun dapat santuni ibu bapa sementara mereka masih hidup..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Amyra Rosli mendedahkan yang dia telah kerugian lebih RM240k kerana di tipu oleh sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menyiapkan proses renovation rumah yang ingin diberikan kepada ibu bapanya.
Menerusi Instagram miliknya, Amyra menyatakan pembayaran telahpun dibuat namun projek tersebut masih lagi terbengkalai walaupun sudah setahun berlalu.
Malah yang lebih menghampakan apabila keadaan bangunan rumah tersebut dikatakan telah rosak.
Keadaan ruang dalam rumah Amyra Rosli yang masih lagi terbengkalai.
Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ***** Ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 lebih dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat.
Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan mereka. Ambil projek banyak-banyak selepas itu terbengkalai.
Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni. Tak apalah kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa.
Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korg boleh “kencing” org sana sini.
Menurut Amyra lagi, dia terpaksa memulakan projek ubahsuai tersebut meskipun rasa kecewa ditipu masih terasa.
“Sedih but Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah disebaliknya.”
Semoga apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran buat semua dan moga dipermudahklan segala urusan Amyra Rosli dan keluarga.
Niat yang baik untuk ibu bapa, insya allah akan dipermudahkan.
Jangan selalu tanya soalan approval kepada anak-anak. Terutamanya yang masih bersekolah. Mereka akan rasa semua benda perlu ikut citarasa diorang, nanti mereka akan jadi raja di rumah.
Contoh soalan approval:
Nak ummi masak spaghetti hari ni?
Along nak hadiah apa untuk birthday?
Nak tak kita pergi pantai esok?
Soalan approval bunyi macam comel dan mesra, tapi jika diulang bertahun-tahun ia akan menyemai sifat boss pada anak-anak, suka ikut kepala sendiri.
Nasib baik di sekolah cikgu tak amalkan tanya soalan approval. Cikgu terus bagi kerja tanpa tanya persetujuan. Sebab tu anak-anak lebih mudah taat di sekolah berbanding di rumah.
Ibubapa perlu jadi raja yang berpendirian, barulah anak akan jadi rakyat yang taat. Nak buat sesuatu tak perlu dapatkan persetujuan anak-anak.
Nak masak apa pun masaklah. Anak akan makan sebab dah tak ada pilihan lain. Mereka akan suka. Jangan sampai terpaksa buat menu khas untuk setiap anak-anak. Seksa hidup nanti.
Didiklah anak-anak supaya ikut je aktiviti yang kita rancangkan. Sekali sekala anak-anak boleh bagi cadangan tapi tak semestinya kita ikut mereka. Bertanya untuk berbincang tak ada masalah, tapi bukan tanya untuk dapatkan approval.
Mak ayah kita dulu-dulu mana ada tanya approval dari kita. Kita gembira je ikut semua yang mak ayah tetapkan.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.