Bimbang jika masalah bau badan tidak dirawat, akan menyebabkan orang lain tidak selesa rapat dengan kita, lebih-lebih lagi jika suami merungut tentang hal ini. Sebagai isteri segeralah berbuat sesuatu agar masalah ini segera di atasi.
Jika buntu untuk menyelesaikan masalah bau badan ini, bolehlah dicuba amal petua dengan menggunakan daun inai dan sirih sebagai ramuan utamanya. Nak tahu lanjut jom semak satu persatu.
[su_highlight background=”#f2af61″ color=”#242121″]Rebusan Daun Sireh Dan Inai[/su_highlight]
1. Rebus kesemuanya di dalam periuk dengan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas.
2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali atau setiap kali habis haid.
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Selain itu di sini turut dikongsikan beberapa petua untuk memutihkan ketiak agar badan bukan sahaja tidak berbau malah bahagian bawah lengan ini juga terlihat putih bersih.
Guna hirisan timun : ambil hirisan timun dan gosokkan pada bahagian bawah lengan beberapa kali. Kemudian biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas dgn air bersih.
Sapu minyak zaitun :Caranya mudah, lumurkan bahagian bawah lengan dengan minyak zaitun dan biarkan selama 15-20minit sebelum dicuci.
Limau nipis dan kapur: Perahkan limau nipis dengan kapur dan gau sebati. Kemudian sapu rata pada bahagian bawah lengan dan biarkan sehingga ramuan ini kering. Setelah itu cuci bersih dan sebaiknya amalkan seminggu 3 kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang pernah mengerjakan umrah, pasti akan ada kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Masih panas dengan isu istiqamah dan tudung, setiap orang baik selebriti mahupun orang biasa berkongsi pengalaman dan juga pandangan sendiri.
Bagi penyanyi yang lahir dari program realititi tv ini, dia banyak memikirkan tentang istiqamah usai pulang menunaikan umrah pada awal Februari lalu.
Mila, 31 yang juga seorang usahawan dalam satu perkongsian memberitahu, setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.
“Semenjak balik dari #umrah2019 dengan @bizmillahtravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang ‘ISTIQAMAH’… Hati seperti berbicara dengan diri sendiri.
“Kenapa waktu di Makkah dan Madinah, boleh menjaga aurat sebaiknya… Kenapa balik Malaysia masih berseluar jean. Bertudung tetapi masih tak tutup aurat dengan sempurna?
“Persoalan ini hari-hari bermain di fikiran dan hati saya… Benar… Malunya pada Allah. Waktu mengerjakan umrah aurat ditutup sebaiknya,” katanya.
Dia merujuk cara berpakaian yang betul menurut kehendak Islam iaitu seharusnya seseorang wanita Islam menutup aurat dengan memakai pakaian longgar.
Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin ini memberitahu dia menyedari betapa pentingnya untuk menutup aurat dengan sempurna ketika berada di sana namun mula lupa mengenai perkara itu.
“Saya secara automatik tahu tentang penting tutup aurat. Tetapi bila pulang ke sini (tanah air), kembali seperti biasa dan mula lupa apa itu aurat.
“Allahuakbar! Bimbanglah kami agar istiqamah dan taat kepada mu ya Allah… Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” ujarnya.
Mila berkahwin pada 11 November 2015 bersama Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.
Mila berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram dan rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.
Tidak semua antara kita tahu cara yang mudah dan senang untuk pastikan ruang dapur dan peti sejuk terlihat kemas dan teratur. Apatah lagi jika berdepan dengan ruang yang terhad, lagi betambah sempit dibuatnya bila disumbatkan dengan pelbagai barangan dan perkakasan.
Nyata, ilmu susun menyusun ini juga perlu untuk kita pelajari. Ini pentinga, agar apa yang kita cuba lakukan untuk dapatkan susun atur yang kemas ‘menjadi’ dan bukannya menampakkan berselerak dan berserabot.
Untuk itu, apa kata kita baca perkongsian daripada Puan Suriati agar memberi manfaat.
Saya suka organize barang sebab bagi saya organizing part of deko juga…ruang kecik pun kalau betul cara susun banyak yang boleh isi…so tengah rajin ni saya nak share cara saya organize barang dapur yang kering & basah dalam pantry room & peti ais.
Pantry room:
1) Pilih bekas yang sama kaler & kalau see thru lg bagus. Size bekas berbeza tak pe sebab kuantiti barang yg nak di isi x sama… Contoh bekas gula tak kan sama size debgan bekas lada hitam.
2) Bila buka pack nak salin dalam bekas pastikan tulis kat mana-mana expire date barang tu…tulis & tampal sikit kat bawah setiap bekas tu pun ok or sediakan chalkboard/whiteboard kat pantry room.
3) Saya suka cari bekas yang agak-agak muat setiap pack yang dibuka tapi kadang ada juga lebihan saya clip/ikat elok-elok masukkan dalam storage yang bertutup (box putih dalam gambar).
4) Labelkan setiap bekas untuk nampak cantik & organize…selain tu senang kalau bapak-bapak or anak-anam nak cari barang dalam pantry just tengok label… Untuk mak-mak pulak senang nak tengok barang ape yang dah abis bila nak shop groceries.
Peti ais:
1) Saya suka letak semua dalam bekas so senang nak susun.
2) Untuk sayur-sayur saya lapik tisu dan masukkan dalam bekas bertutup so sayur tahan lama.
3) Lengkuas, serai, kunyit pun masuk bekas bertutup dan isi air… Tapi kena rajin la tukar air… Jangan biar sampai berkeladak.
2) Lauk-lauk pun saya cuci dan masukkan dalam bekas bertutup… Setiap bekas untuk sekali masak… Senang nak defrost.
4) 1 bekas khas untuk makanan anak-anak dan letak kat tempat yang diaorg boleh capai. Susu sebenarnya better letak belah dalam bukan kat pintu untuk tahan lama tapi sebab anak-anak biasa ambil sendiri so saya letak kat pintu peti… Tapi memang susu kat rumah ni sekotak sehari so tak de la isu tahan or tak tu.
5) Telur saya tak letak pun kat tempat telur yang dalam peti tu… Saya biar je dalam bekas telur yang asal tu… Nak masak baru basuh.
6) Left over foods pulak saya selalunye masak untuk sekali makan sebab malas nak simpan makanan yang tak abis… Tapi kadang ada jugak yang tak abis so saya salin dalam bekas bertutup baru masuk peti… So esok nya bukak peti tak de la satu peti bau tempoyak disebabkan left over patin masak tempoyak malam tadi.
7) Bila semua letak dalam bekas so peti pun tak kotor… Nak cuci pun senang.
Ok tu je kot cara saya organize barang dapur… Again ni cara saya sendiri so kalau rasa bermanfaat boleh apply kalau sebaliknya abaikan ye.
Sumber : Suriati Zamri Via Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini tip mudah ketika membersihkan rumah, tidak perlu keluar belanja yang banyak.Cepat dan mudah terutama buat suri rumah dan juga untuk ibu-ibu bekerja yang sibuk.
Hanya dengan cuka, banyak manfaat yang anda peroleh. Tip ini dikongsikan oleh Puan Shida Rahman. Nak tahu jom semak! Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh ibu-ibu cuba sendiri di rumah.
1. singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...