Bila sebut tentang peningkatan umur dari tahun ke tahun bukan sahaja bermakna bertambahnya angka semata-mata. Bahkan meningkatnya usia turut mematangkan diri kita dalam banyak hal.

Lebih-lebih lagi bila usia telah menginjak 40 tahun.  Ada yang mengatakan bila masuk umur 40 tahun, saat itulah bermulanya kehidupan yang sebenar. Kebanyakkan antara kita melalui pelbagai ujian hidup ketika berusia 40 tahun. Antaranya diuji dengan kesihatan diri, ibu bapa semakin uzur, pasangan hidup ada yang sakit, atau berdepan dengan masalah anak-anak yang meningkat remaja dan pelbagai ujian yang berat.

Pun begitu, tidak kurang juga ada yang menyifatkan usia 40 tahun ini jika seseorang itu tidak berubah, sukar untuk dia berubah sampai bila-bila. Wallau ‘ahlam.

Bila Umur Dah Masuk 40 Tahun, Ni Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!

Sebagai orang yang bijak, kita sewajarnya  memperbaiki diri dan amalan sepanjang hidup di dunia ini. Baki umur yang ada kita cuba sentiasa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia dan gandakan amalan sebagai tanda rasa syukur dengan usia yang dikurniakan Allah.

Ini sebagaimana Khairul Anuar Basri ada menitipkan doa khas yang perlu dihafal untuk kita yang berusia menginjak 40 tahun.

Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!

Pagi ini saya nak ajar kat you all, doa wajib hafaz dan baca untuk semua yang berumur 40 tahun ke atas macam saya.

IKLAN

Doa ni saya ambil dari Surah Al-Ahqāf ayat 15.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Bila Umur Dah Masuk 40 Tahun, Ni Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!

IKLAN

Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.

Ada 3 benda yang kita minta sekaligus dalam doa ini :

-Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.

-Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.

-Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.

Masuk umur 40 tahun ni, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.

IKLAN

Mula jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja.

Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua.

Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila Umur Dah Masuk 40 Tahun, Ni Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI