Apapun kerja di dunia ini, selagi memberi rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga pun dah mencukupi tanpa perlu memilih.

Baru-baru ini, tular satu video di mana sebuah keluarga sanggup menunggu ketua keluarga mereka yang merupakan pemandu lori treler di atas jejantas untuk berjumpa walaupun hanya seketika.

Paling menyayat hati dalam video tersebut apabila anak-anak berlari ke ayah mereka kemudian memeluknya, diikuti yang paling kecil sehingga si ayah perlu ke arahnya kemudian didukung bayi itu.

“rindu seorang pemandu lori pada anak isteri nya.. maafkan ayah nak, ayah jarang balik.. 🥲” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Bila Yang Merangkak Masuk ‘Frame’..” – Pemandu Treler Berhenti Tepi Jalan Jumpa Anak Undang Sebak!

IKLAN

Memetik laporan harian Metro, berkongsi kisah itu, Muhammad Ghaffar Ilham berkata, video berkenaan dibuat untuk mengenang memori mereka ketika tinggal berasingan dua tahun lalu apabila dia hanya pulang ke rumah setiap dua minggu kerana tuntutan kerja.

Menurutnya, ketika itu keluarganya masih tinggal di Batu Pahat, manakala dia di Pasir Gudang dan memenuhi tempahan muatan di sekitar Johor Bahru sebelum membawa keluarga berpindah ke Kota Masai, di sini, sejak dua tahun lalu.

“Sekarang kami tinggal bersama, cuma masa bersama keluarga masih kurang kadang-kadang dua hari sekali baru balik, tetapi saya usaha untuk pulang ke rumah juga biarpun bila sampai anak sudah tidur,” katanya.

@haji_ghaaporr93 rindu seorang pemandu lori pada anak isteri nya.. maafkan ayah nak, ayah jarang balik.. 🥲#fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #truckersoftiktok #abgloritiktok #abgtankersimen #ytl #rindu #sayangsampaimati ♬ bunyi asal – hilang

IKLAN

Justeru, katanya, video TikTok itu dibuat untuk kenangan dan mengamit memori zaman ‘berpisah’ berminggu-minggu sebelum ini supaya semua anaknya boleh melihat kembali memori itu apabila mereka besar.

“Kebetulan ketika itu isteri dan anak pulang ke kampung jadi kami curi masa berjumpa sekejap sebelum merakam video yang memang kisah sebenar keluarga kami sejak dulu.

IKLAN

“Saya terharu dan gembira baca komen di TikTok yang mendoakan keselamatan saya dan keluarga, malah ramai berkongsi pengalaman sama dalam pelbagai bidang kerja yang menuntut mereka tidak dapat pulang ke rumah selalu,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak melihat video keluarga ini dan mendoakan yang bak-baik buat mereka. Malah, ada juga yang mendakwa disebalik pengorbanan suami mencari rezeki, ada isteri di belakangnya sama-sama berkorban menjaga anak-anak.

“Bila Yang Merangkak Masuk ‘Frame’..” – Pemandu Treler Berhenti Tepi Jalan Jumpa Anak Undang Sebak!“Bila Yang Merangkak Masuk ‘Frame’..” – Pemandu Treler Berhenti Tepi Jalan Jumpa Anak Undang Sebak!

Sumber : Tiktok @haji_ghaaporr93, Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI