Biskut mazola merupakan antara kuih raya kegemaran ramai. Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.
Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Nayla Gee. Selamat mencuba!
Kuih raya lajen mak ajo wat ms kecik2 dl…da tua2 ni br le ade keberanian nk buat,thn ni thn ke2 buat sendiri biskut mazola ni…sy sertakan resepi..
– klu da ok blh le kepal2 kn or bulat2 kn..
– hiasan atas lebihan kacang td & sapukn telur kuning
– masak dlm oven suhu 150°c & ms 20min ikut oven masing2
Pasti sahaja kita sebagai anak telah melihat jerih perih ayah selama ini untuk membesarkan kita. Lantas, wajar untuk kita membalas setiap jasa baik dan kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini. Apatah lagi andai kesihatan mereka terjejas, kitalah tempat mereka bergantung harap.
Demikian juga perkongsian seorang lelaki ini, Harmanto Abdul Aziz. Demi menjaga dan menguruskan keperluan bapa tercinta yang lumpuh akibat angin ahmar, dia nekad berhenti kerja di sebuah syarikat automotif lapan tahun lalu.
Difahamkan sebagaimana dilaporkan di dalam Harian Metro, Harmanto membuat keputusan tersebut setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga. Menurutnya lagi, berhenti kerja adalah jalan terbaik walaupun tiada wang simpanan ketika itu dan berdepan sindiran daripada mereka yang tidak berada di tempatnya.
Kerap Ambil Cuti
“Dulu saya bekerja di bahagian pentadbiran dan pengambilan pekerja namun banyak ambil cuti kerana ayah, Abdul Aziz Salleh, 82, kerap keluar masuk hospital.
“Pada waktu itu, ada tugasan diberi tidak dapat disiapkan dan kerana enggan menyusahkan ramai pihak, saya ambil keputusan berhenti dengan menghantar notis 24 jam.
“Bagaimanapun, tiga hari juga saya fikir sebelum hantar notis dan memang tidak nampak cara lain kecuali berhenti,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 13, di sini.
Tiga Hari Koma
Harmanto berkata, bapanya dulu seorang yang aktif bersukan sebelum jatuh sakit pada awal 2014 selepas berkebun.
Katanya, bapanya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan kronik ketika itu.
“Disebabkan itu, ayah menjalani pembedahan trakeostomi atau tebukan pada leher bagi memasukkan tiub pernafasan.
“Ayah kemudian diintubasi (ditidurkan) dan tiga hari koma. Selepas sedar, ayah lumpuh sebelah kiri daripada tangan ke bawah.
“Dulu, ayah ada ke hospital untuk pemeriksaan susulan namun sudah empat tahun tidak jumpa doktor untuk periksa keadaannya,” katanya.
Dimurahkan Rezeki
Meskipun tiada pekerjaan tetap, Harmanto mengakui tidak boleh duduk diam malah mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan berbekalkan kemahiran yang ada.
Berkat usaha dan kesabaran, Harmanto tidak pernah putus rezeki malah dapat menghantar anaknya menyambung pengajian ke menara gading.
“Rutin harian saya pada sebelah pagi adalah sediakan sarapan sebelum hantar anak ke sekolah dan isteri ke pejabat.
“Tengah hari, saya ambil anak pulang dari sekolah kemudian rehat seketika sebelum keluar ambil isteri pada sebelah petang.
“Ada kalanya, saya dapat tempahan memasak malah pernah juga orang panggil baiki tingkap dan sebagainya jadi saya buat saja semua kerja asalkan dapat duit. Ikutkan, saya tidak belajar kemahiran itu namun mungkin ia anugerah Allah buat saya.
“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi tadah tangan minta sedekah atau sumbangan sebaliknya usaha sendiri kerana yakin rezeki Allah itu luas. Cuma jika ada yang nak menyumbang sekalipun biarlah untuk ayah,” katanya.
Terus Berharap
Jauh di sudut hati, Harmanto masih berharap bapanya kembali sembuh dan kuat berjalan seperti dulu.
“Semua anak senasib dengan saya tentunya mahu ayah mereka sembuh.
“Cuma, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan usaha kerana selebihnya serah kepada Allah,” katanya.
Mencipta ruangan di dalam kediaman untuk nampak mewah pastinya akan terkesan dengan pemilihan perabot yang digunakan. Umumnya perabot bersaiz besar daripada material kulit atau fabrik berkualiti tinggi dan kaki perabot pula diperbuat daripada kayu rona gelap atau besi berwarna kuning keemasan. Ciri-ciri ini jelas sekali akan menampakkan gaya dekorasi mewah yang diharapkan.
Selain itu menyerlahkan lagi elemen elegan dan mewah pada rekaan perabot, kebiasaannya turut diberi kemasan detail dengan penggayaan paku pada bahagian-bahagian tertentu. Ini sekali gus menampakkan perabot tersebut di dalam kelasnya yang tersendiri.
Pastinya harga untuk memiliki perabot dengan citarasa mewah seperti itu ada nilai yang tinggi perlu dibayar.
Pun begitu, hendak seribu daya dan kalau sudah namanya kreatif ada sahaja yang boleh dilakukan untuk mencapai keinginan memiliki ruangan yang serba mewah. Ini sebagaimana apa yang diilhamkan oleh Puan Amy Sharina Kaneshiro yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah dalam memperindahkan lagi kerusi makan dengan menambah paku sendiri menjadikan kerusi yang sedia ada nampak mewah dan istimewa.
Perabot SSF beri inspirasi
Saya buat begini, sebab saya suka barang-barang di ssf tu, kebanyakan barang-barang mewah dan sofa/armchair dia mesti ada paku2-paku ni. Tapi harga selalunya mahal,so saya nak jimat, dan tak mahu membazir buang kerusi lama so saya makeoverkan dia nampak ala-ala kerusi kat ssf tu. Jadi saya beli paku tersebut di shoppee. AliExpress pun ada tapi tak sampai lagi pakunya.
Kos hanya RM70 je
Kos cuma RM70 untuk 1000pcs paku. Sebijik kerusi saya paku sebanyak lebih kurang 130pcs paku. Total ada 6 kerusi saya ambik masa dua hari untuk menyiapkannya dan hanya belah siang je, malam saya tidak bertukang.
Selepas diberi sentuhan DIY
Macam-macam lagi DIY
Ya kebanyakan saya diy, kat dinding wainscoting tu pun saya buat sendiri. Biasanya mana yang kalau upah orang buat tu mahal saya akan ambil inisiatif buat sendiri.
Cermin petak-petak kat dinding tu saya tampal-tampal sendiri guna cermin ikea. Kos jauh lebih murah dari tempah. Tapi belum siap sepenuhnya cermin tu actually, sebab saya kat kk. Belum ada masa lagi nak pergi beli cermin lagi di ikea. Nak potong-potong cermin tu, nak bubuh frame.
Sentiasa Kemas, Anak Perlu Disiplin
Saya housewife ada anak 3 orang, dua bersekolah rendah lagi dan seorang berumur 2 tahun lebih. Walaupun anak kecil saya tu memang suka sepah barang mainan dia. Saya biar dia sepah main.
Tapi lepas tu ajak dia kemas balik. Yang anak besar-besar tu saya disiplinkan untuk simpan balik barang sebaik je lepas guna jangan tinggal-tinggalkan merata. Untuk barang-barang deko dan kaca-kaca tu alhamdulillah anak-anak tak kacau sangat. Mula-mula tu sibuk gak la nak tengok-tengok tapi lepas tu sudah tidak hairan lagi, dia main mainan dia sahaja.
Boleh dikatakan siapa sahaja yang tidak pandai merebus telur bukan? Hanya masukkan beberapa biji telur ke dalam periuk berisi air, kemudian letakkan di atas api dan biarkan mendidih untuk beberapa minit, siap.
Memang tidak dinafikan cukup mudah, namun apa yang jadi tidak puas hati adalah apabila hendak dikupas kulit telur tersebut melekat. Habis menggerutu telur yang dikupas dan lebih menyedihkan lagi bila dikupas kulitnya terkopek sekali dengan isi telur tersebut. Rugi pula terbuang begitu sahaja.
Tidak mahu berlaku seperti itu, sebenarnya ada banyak petua dan cara boleh dilakukan untuk pastikan kulit telur rebus mudah ditanggalkan dan dalam masa yang sama telur nampak elok kejadiannya, berkilat dan licin.
Salah satunya seperti yang dikongsikan di facebook oleh Basiroh Kz di salah satu group masakan. Difahamkan petua tersebut diperolehi daripada kenalannya yang berasal dari Indonesia.
Petua Rebus Telur Agar Cantik ‘Kejadiannya’
Mungkin sudah ramai yang sudah tahu petua ini. Dulu-dulu saya gagal rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.
Bila dapat petua daripada kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini. Jadi saya nak kongsikan petua mudah ini.
Cara-caranya :
1.Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.
2.Rebus seperti biasa menggunakan api sederhana. InshaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sgt mudah dikupas.
Ekstra Tip
1.Paras air pastikan tenggelam telur.
2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih
3.Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya
4.Bila sudah cukup masanya terus buang air.
5.Teknik nak mudah kupas kulit. Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.