Biskut mazola merupakan antara kuih raya kegemaran ramai. Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.
Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Nayla Gee.
Selamat mencuba!
Kuih raya lajen mak ajo wat ms kecik2 dl…da tua2 ni br le ade keberanian nk buat,thn ni thn ke2 buat sendiri biskut mazola ni…sy sertakan resepi..
Uniknya ketika menyediakan hidangan berasaskan makanan laut ini ada teknik dan caranya yang tersendiri.
Contohnya seperti sotong, walaupun nampak cukup mudah untuk dimasak, tapi ada cara tersendiri terutamanya dalam hal membersihkan isi perutnya hinggalah perlu tahu teknik memasaknya agar tidak menjadi liat.
Nak tahu apa tip dan tekniknya? Ayuh! Praktis 6 cara mudah ini yang dikongsikan oleh Mamak Haji agar sotong yang dimasak tidak liat dan tidak menjadi kecut.
2. JANGAN TERLALU LAMA masak sotong, isinya akan jadi macam tayar goodyear. Kalau gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja. Atas 5 minit, sayonara.
3. Masak sotong dengan api dapur yang sederhana, cara simmering atau reneh sekurang-kurangnya selama 45 minit. Ini yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Ingat ye kalau nak cepat cuma gunakan air panas yang mendidih gunakan masa masak di atas iaitu sama 1-3 minit saja..tapi kalau masak masala yang sedap maka elok masak sotong dalam renehan iaitu mulakan dengan air sejuk, tapi kena sabar.
4. Isi sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan jus limau nipis atau lemon. Asid dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.
5. Ada juga orang Perancis suka rendam sotong dalam susu untuk melembutkan sotong. Ini kerana susu mengandungi asid lactic, oleh itu perap sotong semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dalam peti sejuk sebelum digunakan.
6. Dakwat hitam sotong bukan beracun maka boleh disimpan dan digunakan untuk masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan beri aroma yang sedap untuk masakan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu petua yang mak-mak ingin tahu adalah petua cara menyimpan bahan masakan tahan lama seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili.
Jika ada bahan-bahan masak ini, mudah untuk memasak dengan cepat. Tapi nak simpannya kena tahu cara. Jika tidak tak tahan lama dan tidak berkulat.
Sebagaimana perkongsian wanita ini. Ikuti lanjut cara beliau.
Boleh simpan sehingga dua minggu.
PKP ni hari-hari kena masak…nk mudahkan kerja saya buat stock bahan tumis siap²..senang…ni pun tahan 2 minggu…arini restock balik..Mak aiii…mahai la bawang skrg ni kan..
Cili kisar
Petua nk cili blend tahan lama dlm peti ais.. *masukkan 2 sudu minyak masak time nk blend (ni rahsia utk hancurkan biji cili tu yer)..lepas blend tu…biar sejuk betul² baru ttp penutup dan simpan dlm peti ais..cili lps blend akn jd panas,x sama mcm bawang..xyh letak apa² pun..garam ker,asam keping ker…xyh langsung..ini yg saya amalkn insya Allah x berkulat.saya pernah buat dekat sebulan ok lagi..cuba lah yer
Bawang merah
*bawang merah jgn blend halus sgt..x sedap bg saya laa..letak air sikit ja time blend tuu..sbb bawang akan keluarkn air bila diblendkan..dh blend,sblm letak dlm balang..tapis dulu (tgk gambar) airnya..dan air tu gunakan utk second round blend bawang tu…dh xyah guna byk² air nti hilang rasa manis bawang..klu blend sikit sekali blend jer xyh tapis dh.
Bawang putih
*utk bawang putih..just blend mcm biasa..air jgn byk,tp x blh tapis sbb x kluar air pun klu tapis..letak terus dlm balang
*halia pun buat step sama mcm bawang merah yer sayang² semua.
buat tauu…ni semua nk mudahkn kerja² memasak kita…
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, walaupun raya ini tak boleh nak sambut besar-besaran tapi tak bermakna anda tak masak untuk keluarga kan.
Apa kata untuk hidangan pagi raya kali ini, ibu-ibu sediakan resipi Mee Celum Ala Thai.
Nak tahu caranya jom tengok perkongsian dari Fatin Shaida. Selamat mencuba!
RESEPI MEE CELUP ALA THAI resepi mi celup thai ‘sebijik’ macam di kedai Thai yang anda boleh buat di rumah. Mesti puas makan dan satu keluarga nak lagi!
BAHAN- BAHAN
1. Ayam / tulang daging lembu
2. Meatball / bebola daging (celur)
3. Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
4. Daun ketumbar
5. Daun bawang / sup
6. Kangkung / sawi / tauge
7. Kicap pekat
8. Garam / gula / ajinomoto
9. Cili serbuk
10. Cili jeruk (cili besar hijau)
11. Cili api
12. Kacang tanah tumbuk halus
13. Bawang putih goreng
14. Bawang merah goreng
15. Bawang putih jeruk
16. Kicap soya / manis
17. Kicap sotong thai
18. Lada hitam serbuk
19. Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun Cara memasak:
1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging..
2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.
3. Masukkan akar daun ketumbar , perencah thai , 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.. Semalam sy buat ayam seekor setengah, sy masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.
4. Masukkan garam , ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.
6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.
7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus
8. Sedia utk dihidang.
CARA BUAT HIDANGAN PERENCAH PENAMBAH PERASA
1. Cili jeruk – Potong halus-halus , rendam bersama cuka makan
2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
3. Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudian blend / tumbuk.
4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.
Psstt : Wajib celur mee & sayur-sayuran.. supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di