Pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. Selalu kalau nak dekat raya nanti mak-mak lah paling sibuk untuk uruskan persiapan raya. Lebih-lebih lagi part kuih raya. Yang dah order dari awal, boleh tarik nafas lega dah! Yang mana aim nak buat sendiri je tahun ni, mesti tengah mencari-cari resipi yang simple dan sedap kan?
Haaa ni ada satu resepi biskut yang mudah dan semestinya sedap! Paling penting, siapa yang tiada oven pun boleh buat tau. Tak perlu lah nak membakar bagai! Menarik kan? Nak tahu buat macam mana, jom ikuti resipi dari Farrah Emylia ni!
Yang tak Ade oven pun boleh buat taw…. Tak perlu Bakar SEDAP CRUNCHY & TAK MUAK walau kaya dengan salutan coklat 🤭 dah Cuba buat…? Kalau belum g la buat sekrang 🤣🤣
RESEPI SNOW NESTUM
500g Milk Coin (ape2 brand pun boleh)
500g Dark Coin (ape2 brand pun boleh)
500g Nestum
Untuk Hiasan/Salutan
Choc Compound 1kg
Coco butter 50g
bread crumbs
Cara-caranya:-
– Cairkan dulu coklat milk coin dan dark coin.
– Kemudian, masukkan nestum. Tutup api dan kacau sebati.
Ads
– Tuang dalam loyang & padat² kan dye terus potong ikut creativity anda
– Masukan dalam peti selama 30min. Keluarkan after 30min patah2 kan ikut line potongan tadi
– Cairkan choc compund dan coco butter guna kaedah double boil. Dah cair celup biskut tadi ke dalam coklat.
Ads
– Angkat dan salutkan pula dengan bread crumbs.
Lepas salut biar around 30min dekat luar baru masuk dalam balang. Siap! Selamat mencuba..
Buat penggemar pulut kuning, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Bonda Rozita Ibrahim ini. Dia yang menggunakan cara moden dan mengikut resipi sendiri.
Pulut kuning superb sedap lemak wangi level global sedapnya he he serius …Cara saya masak pulut kuning beza dari tradisi family saya buat yang merendam semalaman sebelum kukus..( TAK PERU RENDAM ).
Bahannya kunyit, garam, kayu manis , gula pasir, pandan rebus dulu sampai keluar manis si kayumanis tu ( dh mengelegak masukan santan dn beras pulut , masak sampai kering air santan , lepas tu kukuslah.
(Full video masak ni sila subscribe youtube bonda rozitaibrahim)
Sedap cara saya ni dan mudah tak lembik senang agak2 je..
“Ada ke sahabat followers bonda nak video cara buatnya ??..Simple sangat tapi sedap lemak manis santan tu umpph.
Sy segan nk tunjuk sbb artis yg sy hormati @zarinazainuddin_ tu lagi pandai . ( dia sgt rajin dn sy kagum jiwa keibuan , kuat dia cari rezeki , dah lah cantik juga solat xtinggal kata kri dan sgt baik orgnya.Masa dia muda sy pernah jumpa dekat blue wave hotel..Dulu sy keja hostess saketei Japaness Restoran )
Bagi yang belum pernah mengenali menu ini, mesti cuba memasaknya! Memang rasa enak sebagai hidangan seisi keluarga. Resipi ini dikenali sebagai Sup Tulang Merah mungkin hidangan agak asing di kalangan rakyat Malaysia tetapi sebaliknya bagi rakay Singapura. Hidangan yang sangat popular di republik itu menjadikan tulang lembu atau tulang kambing sebagai bahan utamanya.
Kuah sup yang merah menyala dan pekat yang enak dimakan bersama roti atau nasi. Malah tulangnya boleh diratah begitu saja. Memang terangkat!
Ikuti perkongsian wanita ini dan tip cara memekatkan kuah menjadi bertambah lazat. Ini rahsianya!
SUP TULANG MERAH PEKAT SINGAPORE
Belah Terengganu ni susah dapat. Tapi bila tekak teringin ada pulak kerajinan semua jadi.
Duk royak terliur je semalam tu kan, so ni ha resepi sup tulang merah versi Kakdell hehe
Rasa dia, empuk masam manis lemak bersos merah pekat likat menggoda. Bau? Ya Allah.
Step by step dekat gambar ya dan Kakdell halalkan untuk korang kongsi.
Boleh ke Kuali Kakdell untuk lebih resepi.
Macam biasa step by step ada delat gambar ya.
Satukan tulang, halia, serai, daun sup dan 2,3 bihi ubi kentang dalam periuk.Rebus hingga empuk. Tutup api dan ketepikan kejap. Sambil tu panaskan minya dan tumis rempah 4neradik. Masukkan ketumbar dan lada hitam tumbuk. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan 2 tangkai cili kering. Setwrusny tumis sampai naik wangi. Lepastu masukkan cili boh. Tumis kejap lagi bagi wangi dan pecah minyak. Then masukkan sos cili, sos tomato dan ais tiram. Tumis kejap lagi ya. Sambil tu keluarkan ubi kentang dalam rebusan daging tadi. Hancurkan ya. Kakdell penyet pakai lesung je hihi. Lepastu masukkan dalam tumisan tadi.
Kentang ni salah 1 fungsi selain penyedap rasa ia dia akan memekatkan sos sup kita nanti.😃
Kentang ni salah 1 fungsi selain penyedap rasa ia dia akan memekatkan sos sup kita nanti.
Then campak tumisan tadi kedalam rebusan daging tadi. Pewarna jangan tak bubuh na. Ini kunci daging sampai tulang kan jadi merah. Kakdell pakai pewarna yang dalam botol tu js.
Add garam, serbuk perasa dan gula ya. Reneh sampai pekat.
Kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita rajin semua benda pasti akan jadi.
Untuk ibu-ibu yang buntu tidak tahu menu apa untuk hidangan minum petang buat seisi keluarga, cuba resipi mudah ini. Mungkin sebelum ini anda hanya membeli di kedai sahaja, kali ini pikat selera anak-anak dengan buat sendiri Kek Gulung Swiss.u
Hujung minggu begini, ibu boleh ajak anak-anak bantu di dapur.
Apa kata cuba resipi viral Kek Gulung Swiss yang hanya menggunakan kuali sahaja. Menarik bukan, jom semak resipinya!
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
3 biji telur (asingkan kuning dan putih telur).
30 gram mentega.
50 gram susu.
Minyak zaitun.
Putih telur.
Gula.
250 gram tepung kek.
Cara-caranya ialah:
#1 Campurkan kuning telur, minyak zaitun, susu, mentega dan gula ke dalam satu bekas. Kacau adunan itu sehingga sebati dan tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi.
#2 Pukul 3 biji putih telur perlahan-lahan dan tambah putih telur lagi apabila ia mula mengembang. Pukul sehingga putih telur itu mengeras dan gebu.
#3 Satukan adunan tepung dan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
#4 Sapukan kuali dengan sedikit minyak zaitun dan tuangkan adunan kek ke dalam kuali. Pastikan kuali tidak dipanaskan dan tiada gelembung udara dalam adunan kek tersebut.
#5 Dengan menggunakan api yang kecil, bakar kek tersebut selama 6 minit. Pastikan anda memeriksa keadaan api di bawah kuali. Apabila bahagian atas kek mula berubah warna, balikkan kek tersebut dan bakar selama 2 hingga 3 minit lagi.
#6 Selepas kek masak, keluarkan dari kuali dan letakkan di atas kertas minyak. Sebagai pilihan, anda boleh meletakkan krim atau jem untuk menambahkan lagi keenakan rasa dan meningkatkan persembahan kek supaya menjadi lebih menarik.
#7 Gulungkan kek tersebut dan potong.
Kek yang lazat sudah tersedia untuk dimakan. Sangat mudah dan menyelerakan bukan?
Tips untuk mendapatkan putih telur yang kembang dan gebu dalam masa yang singkat:
♥ Letakkan mangkuk berisi putih telur di dalam peti beku atau selama 7 minit sebelum dipukul sehingga kembang.
♥ Putih telur yang lebih sejuk akan mengambil masa yang singkat untuk mengembang sebelum ia dikaup balik untuk dicampur dengan adunan yang lain.
Sumber: malaysiabolehbro.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di