Sepasang suami isteri tekad untuk menjual sebuah kenderaan yang merupakan pengangkutan utama keluarganya kerana berdepan dengan masalah kewangan yang rumit dan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Ini merupakan ikhtihar terakhir bagi mereka demi untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka yang sudah 3 bulan tertunggak.
“Bayaran rumah sewa sebanyak RM400 sebulan sudah tertunggak tiga bulan. Itu belum lagi nak menampung makan minum kami sekeluarga.
Menurut isteri pasangan berkenaan, Safiyah Abdullah bahawa kereta Kancil terpakai itu dibeli pada 2021 untuk kegunaan berniaga dan menghantar anak-anak ke sekolah.
Walaupun berat hati untuk melepaskan kereta yang banyak membantu mereka sekeluarga dalam mencari rezeki, namun wanita berusia 30 tahun ini bersama suaminya terpaksa melepaskannya.
“Saya dan suami berniaga asam pedas tetal sejak 1 Ramadan lalu, tapi tak balik modal. Ada hari hanya terjual sebungkus RM5 sahaja.”
Perniagaannya hanya bertahan selama enam hari, Safiyah terpaksa akur bisnes berkenaan lebih mendatangkan kerugian sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Sebelum ni okay, tapi masuk bulan puasa bisnes makin ‘sakit’. Mungkin antara sebab adalah gerai kami di Duyong Bestari, Melaka terlalu dekat dengan bazar Ramadan, jadi orang ramai lebih tertumpu ke sana membeli juadah.
“Kami pula tak mampu nak sewa tapak bazar. Jadi berniaga apa yang boleh, tapi kami struggle nak bayar tunggakan sewa rumah dan tanggung anak-anak.
Ads
“Itu sebab kami buat video di TikTok untuk cuba jual kereta kancil tu pada harga RM3,000,” ujarnya yang mempunyai 5 orang anak.
Selain masalah tunggakan sewa rumah dan sara hidup keluarga, dia yang menetap di Melaka Tengah, Melaka itu juga perlu menanggung kos penjagaan anak bongsunya yang berusia dua tahun kerana menghidap laryngomalacia yang berkaitan dengan masalah saluran pernafasan.
“Kami lebih risau hilang tempat tinggal. Kat mana kami sekeluarga nanti? Itu belum lagikos ulang-alik bawa anak ke hospital setiap minggu selain cari duit untuk baiki seandainya kereta tu rosak lagi.
Apabila ditanya mengenai bantuan kewangan daripada NGo ataupun zakat, wanita ini memaklumkan bahawa dia cuba ikhtihar sedaya-upaya sebelum mendapatkannya.
“Bukan tak pernah terfikir nak mohon bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi kami rasa masih mampu berusaha dan berikhtiar sedaya-upaya.
“Bantuan kewangan tu seeloknya untuk mereka yang lebih susah, fakir miskin. Buat apa ambil hak orang, jadi kami ikhtiar dengan jual kereta untuk selesaikan segala hutang yang ada,” ujarnya lagi.
Ads
Kisah Safiyah dan keluarganya ini yang tular di media sosial telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang kemudiannya segera membuat lawatan bersama JKM dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) ke rumah keluarga tersebut, pada Isnin lalu.
“Hasil perbincangan Safiyah tak pernah mohon JKM dan Maim untuk bantuan yang berkala. Kita tunggu Safiyah lengkapkan borang untuk hantar kepada JKM dan Maim.
“Untuk rekod juga, Maim sebenarnya banyak kali dah bantu Safiyah dalam bentuk one-off (sekali) yang mana dia datang apabila mengadu masalah dan Maim bantu secara tunai.
“Jadi, untuk langkah seterusnya kita perlukan dokumen-dokumen daripada Safiyah untuk kita bantu dari segi bantuan lain.
Pasangan ini turut mengatakan bahawa, mereka tidak menyangka kisah mereka mendapat perhatian ramai di media sosial.
Ads
“Alhamdulillah syukur. Kami juga mencuba nasib, kembali berniaga nasi goreng ayam kunyit dengan menu rahmah berharga RM5 sebungkus.
“Buat masa ini, kami buka tempahan dan kebanyakan pelanggan melakukannya untuk infaq Ramadan, sama ada disumbangkan ke masjid, rumah anak-anak yatim atau orang awam.
“Jika ada permintaan, kami akan menjual di gerai seperti biasa. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan teruskan mendoakan kami,” katanya.
Mencuit hati apabila melihat video yang telah dimuat naik oleh Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raff Yaakob di Instagramnya, sempena meraikan hari jadi abang sulungnya, Datuk Fazley Yaakob yang ke 41 tahun yang merupakan pelakon dan juga usahawan. Jelas membayangkan hubungan yang akrab sebagai adik beradik.
“Happy Birthday Balongku sayang @fazleyyaakob ! 41 today, but looks like 21. I’m so sleepy, tanak tulis panjang2. Just want to tell you that I LOVE YOU SO MUCH and I will always, always and always be by your side no matter what happens. All my life, I’ve seen you went through all the crazy ups and downs in your life like no other and yet you’re so calm and content. Dalam hati Allah Swt jua yang tahu.
“Because of that, I think I am much more protective over you even though I am the younger brother. You can be the good cop, but let me be the bad cop always and all ways. Ngeeee,” tulis suami kepada Mawar Rashid ini.
Menjengah diruang komen, para peminat rata-rata suka melihat keakraban mereka. Malah ada juga mengucapkan tahniah kepada Fazley atas ulang tahunnya yang ke 41 tahun.
Sweetnya adik beradik ni
Sampai dah besar rapat. Tahniah kepada ibu bapanya
Sesiapa pun sangat berkeinginan untuk memiliki anak kembar. Apatah lagi sepasang anak kembar yang comel. Bonus berganda kalau berjaya miliki sepasang anak kembar. Tak gitu?
Beberapa artis tanah air kita juga tak ketinggalan memiliki anak kembar. Seronoknya tengok artis-artis kita ni dengan anak masing-masing. Lebih-lebih lagi bab menggayakan mereka. Jom intai artis-artis bertuah ni.
1. Ziana Zain
Kelahiran sepasang anak kembar bagi penyanyi tersohor ini hampir meragut nyawanya satu ketika dahulu. Kini Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin sudah pun semakin membesar dan menjadi kesayangan ibu ayahnya. Comel.
2. Fad Bocey
Dua anak kembar lelaki pelawak Fad Bocey dan isteri Nur Syahirah A. Rahman ini memang lasak. Kini Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan sudah pun berusia 2 tahun pada 2 Disember lalu. Malah mereka juga sudah punya adik baru. Tambah besar ahli keluarga Fad. Tahniah!
3. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Paling terbaru pastinya Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memperoleh cahaya mata kembar lelaki. Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang dilahirkan pada 27 Julai lalu adalah pelengkap keluarga ini. Paling menarik si kembar juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ayahnya. Wow!
4. Datin Paduka Eina Azman
Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden juga memiliki sepasang anak kembar yang cukup comel. Karl Kareef dan Arianna Aubrey dijaga oleh pembantu peribadi mereka. Kini keluarga ini sedang bercuti di Istanbul, Turki. Seronoknya tengok kembar comel ni beraksi. Comel!
5. Nurul Syuhada Nurul Ain
Pengacara yang satu ini baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 7 November yang lalu. Kini anak kembarnya, Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan yang sudah pun berusia 3 tahun, sudah jadi kakak dan abang lah ya. Memang cute!
Foto: Instagram Eina Azman, Nurul Syuhada Nurul Ain, Dr Syeikh Mudzaphar & Fad Bocey
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau ke pasaraya selalu kita perhatikan ada anak-anak yang baring di lantai sambil mengamuk. Biasanya kes hendak dibelikan mainan atau ada permasalahan lain yang mengganggu emosinya.
Ada juga keluarga berhenti di pertengahan jalan atau di tempat parking kereta gara-gara anak menangis dan mula memberontak. Bukan biasa-biasa tapi kuatnya sampai boleh didengari segenap ruang. Hebat.
Tapi hal ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi kita mak ayah. Mungkin bagi yang berkahwin dan punya anak hal ini sudah terlalu biasa. Bagi yang bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.
Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.
Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :
1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama
lamanya.
2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?
3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh
stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.
4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.
5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.
Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.
Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.
Kredit: Taufik Raziq
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Juruterbang wanita rugi hampir RM200K, terpedaya pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.